Resipi Bingka Sawit Lemak Manis Bangkit Nostalgia Anak Felda!

Share

Bagi anak-anak felda,mesti pernah makan kuih yang penuh nostalgia ini.Rasa Bingka Sawit yang lemak manis, baunya yang sedap apatah lagi dinikmati ketika panas-panas, memang cukup membuka selera. Bahagian yang ‘paling mahal’ semestinya, kerak-kerak yang garing disekeliling bingka sawit ini. Mak-mak yang pernah menikmati kuih ini dulu, jom cuba buat sendiri,bagi mengimbau kembali memori manis dengan kuih ini.

Bahan-Bahan:

1cawan pati sawit (20 ulas/ 500 gram buah sawit)
1 cawan gula
2 1/2 cawan santan
2cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 sdu teh esen vanilla
Sedikit bijan

Cara Membuat:

1.Basuh bersih buah kelapa sawit dan buang bahagian pangkal serta hujungnya.

2.Kemudian rebus buah sawit tersebut sehingga empuk lebih kurang dalam 1 jam.

3.Setelah empuk, buang air rebusan kemudian campurkan dengan 1 cawan air suam untuk mudah diramas dan diperah.

4.Kemudian, tapis untuk mendapatkan 1 cawan pati sawit.

5.Campurkan semua bahan-bahan,gula,tepung gandum,telur,esen vanilla dan garam kecuali bijan.

6.Kacau rata dan sebati, kemudian tapiskan adunan.

7.Sapukan sedikit minyak pada loyang atau acuan bingka, kemudian masukkan adunan tadi dan taburkan dengan bijan diatasnya.

8.Bakar pada suhu 200 selama 1 jam guna api bawah.Kemudian tambah 10 minit untuk api atas. Namun bergantung pada oven masing-masing.

Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber: Aleeya AlIbrooheem

IKLAN