Selalunya, bila nak buat sarapan dengan nasi goreng, mak-mak akan guna perencah nasi goreng saja. Ini pun dah cukup sedap dengan perencah segera dan tak perlu letak bahan-bahan lain.
Tapi, bagi mak-mak yang kreatif, perencah nasi goreng boleh dipelbagaikan dan tak terhad pada satu-satu resipi saja.
Malah, perencah nasi goreng boleh dijadikan bahan perapan untuk ayam bakar. Menarik sangat ni. Inilah yang dikongsikan oleh Liyaw Ah Seng untuk resipi ayam bakarnya.
Tak perlu perencah lain, cukup guna dua bahan untuk membuat ayam bakar. Paling penting, kena perap semalam dulu untuk bagi rasa dan aromanya meresap ke dalam ayam bakar tersebut.
Basque Burnt Cheese Toast Sedap Berlemak, Senang Nak Buat Campak-Campak Pun Jadi!. Jika ada roti putih di rumah, selain buat sandwich biasa boleh cuba resipi mudah Basque Burnt Cheese Toast ini. Memang sedap lebih-lebih lagi makan waktu panas-panas. Lemak manis masin secukup rasa. Nak buat untuk bekal anak sekolah pun sesuai sangat.
Selamat pagi gaiss. Pagi ini kami buat sarapan Basque Burnt Cheese Toast. Bahan-bahan sangat senang kita nak buat. Main campak-campak pun dah jadi. Bawak bekal sekolah anak pun boleh.
4 keping roti sandwic (potong kerak tepi roti)
4 keping kepingan cheese burger
1 biji telur kuning sahaja
1/4 cawan susu segar/susu cair
4 sudu besar gula pasir
1 sudu besar mentega/marjerin
1. Panaskan mentega/marjerin sehingga cair. Masukkan kepingan cheese. Gaul sehingga sebati. Tambah telur kuning, susu segar dan gula pasir.
2. Gaul sehingga bahan sekata tiada gentelan dan sedikit pekat. Adunan sederhana cair. Ambil sesudu ketika panas dan sapu kan terus pada roti .Sebabnya kalau adunan dah sejuk akan jadi pekat dan keras.
3. Bakar dalam air fryer 160-180 darjah selama 5 minit sehingga kuning keemasan.
4. Dah siap. Makan ketika panas. Terasa sangat lemak manis masin macam burnt cheese kek.
Mingguan Wanita: Mudah nak buat dan nampak sedap sungguh Basque Burnt Cheese Toast ni. Apatah lagi dimakan panas-panas, terasa manis, masin berlemak secukup rasa.
Resipi pizza homemade. Selalunya hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak. Mak kalau nak mudah pesan saja. Tapi kalau jenis rajin, boleh saja buat sendiri.
Rupanya, mak-mak boleh saja buat snediri resipi pizza homemade, tak perlu pun nak ke kedai makanan segera. Lagipun, kita ‘modified’ dari guna doh, kita pakai saja roti gardenia.
Rasanya pun tak adalah jauh beza dan mungkin juga resipi pizza homemade yang kita buat ini lebih sedap dari beli kat kedai.
Apa kata buat sendiri resipi ini di rumah. Jimat dan semestinya wajib cuba untuk hidangan keluarga.
Sup cendawan memang sedap dihirup panas-panas atau di cicah dengan roti bawang putih garing.Mudah je rupanya nak buat sup cendawan berkrim yang sedap di rumah. Bila buat sendiri memang puas hati malah lebih jimat dan berbaloi. Rasanya pula lebih sedap berbanding guna pes segera, guna cendawan butang dalam tin je.
Jika mengingatkan sup cendawan berkrim jenama Campbell yang popular maka kita bermula dari Amerika Syarikat.
Tetapi, syarikat Campbell mengambil daripada asas sos bechamel dari Perancis yang direka oleh Chef Marquis Louis de Béchamiel de Nointel. Daripada nama beliaulah yang setelah beberapa lama hilang huruf ‘i’ lalu jadi bechamel sahaja.
Chef Béchamiel pula diinspirasikan oleh tukang-tukang masak Catherine de Medicis yang membawa salsa colla (gam) dari Tuscany, Itali. Salsa colla dipanggil begitu kerana sos ini digunakan untuk ‘mengikat’/ ‘memegang’ bahan-bahan dalam satu hidangan.
Dahulu saya berniaga sup cendawan berkrim. Macam-macam bahan dan macam-macam kaedah saya cuba. Ada saya kongsi resipi dengan seorang guru dan beliau berikan komen yang membantu saya merombak lagi resipi.
Benarlah, kadang-kadang penyelesaian yang elegan itu mudah.
½ tin 450 g cendawan butang
6 ulas bawang putih
2 sudu makan marjerin/mentega
2 – 3 sudu makan krim putar (cooking cream)
stok ayam (optional)
lada hitam
garam
Secawan air
Tambah Italian herbs/oregano
2 sudu teh tepung jagung
¼ cawan air
*Boleh guna cendawan butang segar atau campuran cendawan lain yang disukai.
**Saya elakkan mengguna cendawan shitake kerana rasanya yang terlalu kuat dan profil rasanya lebih Jepun berbanding dengan Amerika. Namun jika mahu guna cendawan shitake, tidak ada salahnya.
1. Panaskan 2 sudu makan marjerin/mentega.
2. Tumis cendawan dan bawang putih.Gunakan api perlahan dan biarkan sehingga cendawan ‘meletit’/ ‘meletup’ kecil (popping).
Saya dapati dengan cara ini rasanya kurang ‘plastik’ dan lebih asli.
3. Sehingga keemasan begini memadai. Jika terlalu garing, warna sup akan jadi lebih gelap.
4. Masukkan dalam pengisar (blender).
5. Tambah krim putar (bukan yang manis ya!). Krim saya berketul di sini kerana saya simpan dalam tempat sejuk beku (frozen).Jika tiada krim, boleh guna susu segar, susu tepung atau susu sejat.
6. Tambahkan serbuk stok ayam (jika mahu), serbuk lada hitam dan garam.
7. Kemudian tambahkan air.
8. Kisar sehingga halus.
9. Tuang semula ke dalam kuali/periuk gorengan tadi yang masih berbekas dengan marjerin/mentega. Panaskan atas api perlahan.
10. Tambah Italian herbs atau oregano.
11. Jika mahu lebih pekat, tambah bancuhan tepung jagung dan air.
12. Pada saya, apabila kepekatan boleh menyalut sudip begini sudah cukup. Matikan api, sup cendawan berkrim siap!
Mingguan Wanita: Memang sedap sup cendawan berkrim ni cicah pula dengan roti bawang putih. Makan panas-panas musim hujan ni memang terbaik. Puas hati bila kita buat sendiri, lebih jimat dan berbaloi. Terima kasih berkongsi resipi yang pernah dibuat niaga.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.