Resepi Umai Ikan Bilis Ala Sarawak Cara Abang Famous, Cuma Guna 4 Bahan

Share

Resepi umai ikan bilis ala-ala Sarawak ini paling mudah dan ringkas nak disediakan. Tak ambil masa yang lama pun, sebabnya tak perlu pun panaskan kuali atau petik api dapur.

Main cincang-cincang je. Hidangan pembuka selera ini dikongsikan oleh Pemilik Bagan Restoran Bangi Gateway, Mukhlis Adzha (Yuadzaha Ishak) yang turut menggunakan nama gelaran abang Famous.

Resepi simple tapi tahap kepuasan macam makan Wagyu. Puas dan mantap,”

Bahan-bahan Umai Ikan Bilis Ala-ala Sarawak

Ikan bilis- cuci dan rendam air panas

Bawang merah (saya pakai bawang besar jer malas kopek)

Cili api ikut selera

Limau kasturi 3 biji

Cara Buat

1. Masukkan kesemua bahan dan ramas biar sebati, masukkan sedikit garam, siap.

Nota Abang Famous

√   Kalau tengah diet make sure nasi tak panas, kalau nasi panas sure bertambah-tambah. Makan pula dengan umai ikan bilis ala-ala Sarawak ni.

Sumber/Foto/Video : Facebook Mukhlis Adzha (Yuadzaha Ishak)

 

IKLAN