Resepi Tau Fu Fah Guna 3 Bahan, Rasa Sama Sedap Macam Beli Kat Pasar

Share

Tau Fu Fah ini biasa beli dekat pasar sajakan. Lepas tu terfikir, macam susah je nak buat. Lebih baik beli. Rupanya senang sangat nak membuatnya. Bahan yang digunakan cuma air soya, gula Melaka dengan agar-agar.

Ringkaskan.. yang pasti rasanya seenak macam beli dekat pasar. Resepi Tau Fu Fah perkongsian daripada Hana Ramli ini tak ambil masa lama pun nak buat. Katanya boleh buat dekat rumah saja.

Bahan-bahan Tau Fu Fah

2 kotak Soya Besar (1 litter)
Agar agar tali (18 gram)
Gula Melaka (1 ketul)

Cara Membuat Tau Fu Fah

 

First sekali masukkan secawan air, didihkan dalam periuk.

 

 

Dah mendidih elok, saya masukkan agar agar terus ke dalam periuk. Tunggu sampai semua agar agar larut, pastikan tak ada tertinggal agar agar yang bertali ya. Proses ni kene tunggu dalam 10 minit macam tu.

 

 

Dah larut semua, masukkan 2 kotak soya ke dalam periuk.

 

 

Masak beberapa minit dan tutup api.

 

 

Selepas itu, masukkan dalam bekas. Ikutlah nak masuk dalam tupperware ke atau mana mana bekas.

 

Ini Cara Nak Buat Air Gula Merah

 

Okay ni part air gula pula. Didih air semangkuk, masukkan seketul gula Melaka.

 

 

Tunggu sampai larut.

 

 

Biar je dia mendidih.

 

 

Ini optional ye, kalau nak manis lagi masukkan dua sudu besar gula pasir. Kalau tak nak pun tak apa.

 

 

Dah siap air gula, tutup api. Tuang air gula dalam mangkuk tau fu fah kita tadi. Boleh makan.
Selamat mencuba!

 

Sumber/Foto : Hana Ramli

 

 

IKLAN