Resepi Rahsia Ayam Rica Rica Pedas Lagi Sedap, Daun Kemangi Tu Pembangkit Aroma

Share

Kalau mak-mak nak tahu, resepi ayam rica rica ini bukan saja pedas malah sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Istimewanya sebab penggunaan daun kemangi itu yang buatkan selera kita terbuka.

Perkongsian resepi daripada Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini memang rugi kalau tak dicuba. “Kalau nak rasa sedap dan sama macam gambar. Jangan derhakakan resepi.”

Haa… pesanan itu memang makan dalam. Tapi ada betulnya. Sebab nak bagi rasa original rica rica terasa sampai dalam perut.

Bahan Ayam Rica Rica

10 ketul Ayam – basuh bersih, (Jika suka ayam boleh digoreng terlebih dahulu)
5 biji Bawang merah – dikisar
6 tangkai Lada Api Merah Siam – dikisar
6 tangkai Lada Api Kampung (Kalau tak makan pedas, boleh tukar ke lada merah dan campur sedikit lada api sedikit ) -dikisar
1 biji Tomato – potong dadu
2 batang Serai – dihiris
4 helai Daun purut – ambil yang muda
2 batang Daun bawang
2 genggam Daun kemangi (kalau tak ada daun kemangi tak perlu letak. Kalau nak cari ada di jual di pasaraya )
3 sudu kecil Gula perang
1 1/2 sudu kecil Garam halus

* Daun kemangi ini tak sama ya dengan daun selasih. Kemangi ini bunganya yang berwarna putih.

Jom Mulakan Kerja-kerja Memasak

Ayam yang sudah dipotong dan dibasuh bersih

 

 

Daun kemangi segar. Petik dari kebun kecilku

 

 

Gula perang dan garam.

 

 

Tomato potong dadu kecil kecil

 

Serai, daun limau purut, daun kemangi semua dihiris dan asing-asingkan.

 

Daun bawang potong memanjang

 

Bawang merah dan lada dikisar, selepas itu. Panaskan kuali tuang minyak secukupnya, goreng bawang dan cili kisar hingga garing dan masak

 

Masukkan ayam tadi kacau sebati.

 

Masukkan sedikit air dan tomato yang dipotong tadi, masak selama 4-5 minit.

 

Selepas itu masukkan serai, kacau sebati, masak selama 2 minit.

 

Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau seketika.

 

Masukkan gula dan garam.

 

Akhir sekali masukkan daun kemangi dan daun bawang. Masak sekejap. Tutup api. Sedap makan dengan nasi panas panas.

Sumber/Foto : Parmiati Binti Suyudi

IKLAN