Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
Bahan-bahan:
Sedikit Udang
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
Ads
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
2 biji cili merah | dihiris nipis
Ads
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
Ads
4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sekarang ini macam satu trend orang kita suka join contest online. Ada sesetengah company pun suka juga cipta contest online untuk branding produk mereka. Sebab itu, tak rugi jadi ‘kaki contest’ online ini. Macam ibu anak kembar ini, Hamiza Mohd Hanapi yang sedang menikmati hadiah percutian di Fun Island Resort Maldives bersama suami, Al-Aza Asham Muhammad Hamim.
Syok ke tak syok.. Tentulah seronok kan. Macam-macam hadiah boleh dapat jika rajin masuk peraduan online ini. Tapi nak menang satu-satu peraduan itu, bukanlah ‘luck’ semata-mata. Rupanya ada teknik dan cara macam mana nak sampai dapat hadiah kemenangan.
Hamiza dan keluarga, dah beberapa tahun terlibat dengan peraduan online ini. Biasanya, mak usia 32 tahun ni akan sertai peraduan online dengan bantuan sepasang kembar dan anak bongsu yang ketiga-tiganya lelaki. Kadangkala suaminya akan membantu. Terutama dari segi membuat rakaman video atau fotografi dan edit sendiri.
Memandangkan masing-masing bekerja, mereka menjadikan hari Sabtu dan Ahad untuk memenuhi hobi yang amat menguntungkan ini. Percutian ke Maldives itulah hadiah honeymoon terbaik untuk pasangan anak tiga ini.
Nak tahu kaki ke tak kakinya Hamiza ini, dalam sebulan dekat 30 peraduan disertai. Sebelum ini beliau pernah menang telefon bimbit harga RM2000, wang tunai, barang kemas, tiket wayang, produk kanak-kanak, baucar dan VESPA.
Hamiza juga sudi berkongsi tip bagaimana nak menang peraduan online. Buat anda yang baru-baru hendak mencuba, boleh ikuti tip yang beliau berikan ini. Mana tahu, untung-untung boleh jejak luar negara pula.Tak pun memang hadiah wang tunai yang lumayan. Sekarang ini memang banyak peraduan yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat yang ada di negara kita. Rajin tak rajin je nak mencubanya.
(Dari Pengalaman Peribadi Hamiza Hanapi Sendiri)
1. Penting ada kawan-kawan kaki contest. Makin ramai kawan, walaupun tak pernah jumpa, merekalah yang sering bagi semangat. Bila ada rakan-rakan post kemenangan, ianya menyuntik semangat bersaing cara sihat.
2. Baca terma & syarat dengan jelas sebelum sertai satu-satu jenis contest.
3. Berusaha dengan gigih.
4. Tunjukkan kreativiti diri.
5. Kalau tak berjaya jangan putus asa, cuba contest yang lain pula. Perbaiki lagi tekniknya.
6. Penyertaan contest online ni kena hantar saat-saat akhir untuk mengelakkan idea ditiru.
7. Jangan target nak menang. Sebab kalau gagal kecewanya lain macam. Hantar dan relaks saja. Ada rezeki tak ke mana, sampailah ke tangan kita.
Makna kata di sini, suri rumah atau suri bekerja yang tengah fikir nak cari pendapatan lebih tu, boleh cuba hobi baru ini. Tak rugi sebenarnya jadi ‘Kaki Contest’ ni. Percayalah!
Sumber/Foto : Facebook Hamiza Hanapi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memetik laporan Sinar Harian online, kejadian yang berlaku di Hulu Terengganu baru-baru ini, hanya ingin memastikan segala hajat pasangan hidupnya tercapai, seorang wanita bergelar isteri, di sini, bukan sekadar merelakan dirinya dimadukan tetapi juga sanggup merisik, meminang serta menyaksikan sendiri akad nikah suaminya dengan isteri baharu.
Tidak cukup dengan itu, Mek Nik Hassan,58, juga mengenakan busana putih pada majlis akad nikah sekali gus kelihatan sedondon bersama pasangan pengantin, Md Noor Abd Ghani, 59, dengan Wan Nora Wan Mustafa,38, selain turut menyarungkan barang kemas berupa seutas rantai di leher madunya.
Majlis berlangsung di kediaman pengantin perempuan petang Jumaat lalu yang terletak di seberang jalan dengan rumah Mek Nik dan Md Noor juga menyaksikan Mek Nik setia di sisi madunya sehingga ke akhir majlis selain turut mengabadikan kenangan merakam gambar bersama-sama.
Berkongsi cerita, Mek Nik yang lebih mesra dipanggil Kak Nab berkata dia lega dan bersyukur kerana segala urusan serta perjalanan majlis berjalan lancar sekali gus dapat memenuhi hajat yang disuarakan suami tercinta beberapa bulan lalu untuk berkahwin lain.
“Saya tidak terkejut apabila suami maklumkan hasrat untuk berkahwin lagi sebaliknya percaya dia benar-benarkan maksudkan begitu kerana suami jenis suka berterus-terang, jika itu dikatakannya itu jua lah dilakukannya. Lagipun, saya rasa suami berkemampuan dan berpoligami bukannya berdosa dalam Islam.
“Saya lebih rela dengar dari mulutnya sendiri daripada tahu kemudian hari daripada cerita orang. Sekurang-kurangnya dia jujur kepada saya sebagai isterinya kerana tidak sorokkan apa-apa dari saya atau berkahwin lain secara senyap-senyap kerana itu akan buatkan saya terluka.
“Biarpun terpaksa berkongsi kasih suami, namun demi penuhi hajatnya saya sanggup.
Lagipun, saya telah lama kenal madu saya ini kerana tinggal sekampung dan kerana itu juga mudahkan saya untuk urusan persiapan perkahwinan termasuk mengajak Wan Nora ke Bandar Kuala Berang untuk membeli cincin.
“Alhamdulillah, sembilan anak saya berusia antara 17 hingga 38 tahun juga tidak menghalang perkahwinan baharu ayah mereka, cuma saya harapkan kami semua sentiasa bahagia. Saya yakin, madu saya ini dapat berikan kebahagiaan jua kepada suami, lagipun kesihatan saya kurang mengizinkan kerana menghidap kencing manis,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Wan Nora berkata selain tertarik dengan perwatakan suami yang begitu pemurah dan baik hati, kesungguhan serta kebaikan Kak Nab bagi melihat perkahwinan itu menjadi satu kenyataan turut menyebabkan hatinya terbuka sekali gus menerima lamaran meskipun tahu akan berkongsi kasih dengan suami orang.
“Kak Nab sendiri datang jumpa saya tanya sudi kahwin dengan suaminya ataupun tidak dan beritahu dia tidak marah. Mulanya, saya tiada jawapan tetapi melihat Kak Nab begitu bersungguh saya akhirnya bersetuju dan keesokan harinya dia terus ajak saya pergi beli cincin sebagai persiapan.
“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan berkahwin dengan ayah kepada rakan sekolah sendiri, namun siapa menyangka kerana jodoh itu rahsia ALLAH. Bermadu juga ibarat mimpi ngeri bagi wanita, tapi Alhamdulillah saya terpilih rasai kemanisannya.
“Suami yang mengusahakan tanaman sawit antara pelanggan tetap kedai makan yang saya usahanya sejak lebih kurang lima tahun lalu di kampung ini. Dari situlah sifat pemurahnya dapat saya lihat kerana dia sering belanja orang lain sekali gus membuat kan saya tertarik dengan perwatakannya,” ujarnya.
Tambah Wan Nora, dia berterima kasih kepada Kak Nab kerana sudi menerima dirinya serta turut berharap perkahwinan kali ketiganya itu kekal selamanya dan dia telah pun mempunyai lima anak berusia antara sembilan tahun hingga 20 tahun sebelum alami kegagalan rumah tangga kali kedua Mei lalu.
Katanya lagi, biarpun mungkin ada segelintir individu bercakap mengenai perkahwinan itu namun dia tidak mahu memikirkannya kerana dia melakukan sesuatu yang baik dalam Islam dan tentunya jodoh serta segalanya itu sudah ditakdirkan serta ditentukan oleh-NYA.
Sambal Totok Jawa memang sedap. Bila takde selera tak tau nak makan apa,buat sambal totok ni pasti terbuka selera. Memang pilihan menu yang paling terbaik buat mak-mak disaat perut tengah lapar tapi nak cepat siap masak. Rasa garing ikan bilis, pedas cilipadinya ditambah masam manis perahan limau kasturi memang secukup rasa. Ada umphh! ‘Bahayanya’ boleh buat kita makan bertambah-tambah nanti.
Resipi Sambal Totok Jawa ini merupakan perkongsian oleh Puan Norbawati Buang;
“Elok jer sampai rumah, mood nak masak terus ON. Tiiinggg! Dalam kereta masa drive Broga-Senai dah bayangkan dapat golek-golek atas katil macam ikan duyung kepenatan berenang dari Afrika. Uiiikkk??
Maka itu, ini dia Sambal Totok Jawa. Bila dah diperahkan limau kasturi atas sambal tuuu.Lawankan pulak dengan lemak taugeh dengan ikan goreng. Waalllaweiii..memang boleh sampai 3 pinggan.
Ikan bilis kopek segenggam
Cili kecik segenggam
Bawang besar 1/2 biji hiris kasar
Bawang putih 3 biji
Belacan sebesar ibu jari
Limau kasturi 2 biji
Garam secukup rasa
1.Goreng ikan bilis sampai garing. Takmo hangus @ geseng nanti sambal jadikan pahit.
2.Goreng layu cili, bawang besar, bawang putih, belacan. Kena tutup tau kuali masa ni. Takut nanti cili meletop.
3.Aaa…kalau buat sambal ni kenalah guna lesung batu. Letak garam secukup rasa. Dan mulalah menumbuk dengan kasih sayang, tambah geram-geram sikit.
Dr Sheikh Muszaphar homesick anak jadi perhatian apabila beliau berkongsi cara menenangkan anak di asrama ketika Ramadan. Kisah ini menyentuh hati ramai ibu bapa.