Jika makan di kedai mamak dan sukakan masakan India seperti Tosei, pastinya pernah makan kuah Chutney ini. Ia seperti sambal kelapa pekat dan memang sedap dimakan dengan tosei. Cara nak buat pun mudah rupanya, 10 minit dah boleh siap. Bila buat sendiri lebih puas hati makan dan diyakini tahap kebersihannya.
Nak belajar buat Chutney sendiri, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Selvakumar Arunasalam ini.
Resepi Chutney, ramai duk minta benda nie, baru ada masa nak buat. Sebenarnya, chutney nie sangat senang, kalau barang dah siap potong, 10minit siap.
Bahan-Bahan:
Bawang merah
Tomato
Daun Kari
Cili kering
Bawang putih
kelapa parut
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah, tomato, daun kari, cili kering, bawang putih.
2. Masukkan kelapa parut,tumis dan masukkan sedikit serbuk cili (takde dalam gambar), campurkan sedikit air (kalau dia start hangus), garam cukup rasa.
*Tumis satu-satu, saya tak sangai apa-apa terlebih dahulu. Minyak pakai macam biasa cukup-cukup untuk bawang je, ngam lah tu.
3.Masukkan hasil tumis dengar air yang mencukupi dalam blender, kisar sampai dia jadik macam kat gambar bawah. Kalau nak versi putih, jangan masukkan serbuk cili, itu je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Ayam percik kebiasaanya merupakan salah satu menu yang wajib ada di Bazar Ramadan atau pasar malam. Ayam percik pula ada pelbagai jenis tapi yang selalunya diminati ramai ialah Ayam Percik Kelantan. Kelainannya adalah pada kuahnya yang pedas dan lemak berkrim.
Memandangkan tahun ini tiada Bazar Ramadan, jangan bimbang mak-mak boleh cuba buat sendiri Ayam Percik stail Kelantan ni di rumah. Cukup mudah!
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Fariha ini sebagai panduan;
AYAM PERCIK KELANTAN BY CIKHA SI PENJUAL BAJU
Bahan-Bahan (Perap Ayam):
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
halia skit
garam secukup rasa
Bahan untuk kuah:
6 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
santan pekat
1 batang serai
halia
garam
gula
asam keping
Cara Membuat:
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit.
2. Bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
3. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi.
4. Masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat.
6. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam.
7. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
8. Bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.
Siap!
MW: Memandangkan tahun ni tiada Bazar Ramadan yang selalu jual Ayam Percik, jadi mak-mak boleh lah cuba buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Pernah viral sebelum ini, nasi kak wok, hidangan dari Pantai Timur. Hidangan yang cukup ringkas dengan hanya ayam goreng, gulai ayam dan sambal belacan itulah menjadi igauan buat peminat-peminat nasi kak wok. Sampai makan bertambah-tambah.
Sekarang ini pun masih lagi menjadi kegemaran dan tak luput di telan zaman. Cara membuatnya pun cukup senang. Kalau mak-mak malas nak masak yang pelbagai. Hidangan ini pun sudah cukup, satu keluarga siap bertambah-tambah lagi.
Kali ini, Rose Farra turut berkongsi resipi yang diolah sedikit mengikut cita rasanya dan mungkin boleh menjadi cita rasa mak-mak sekeluarga. Senang sangat nak membuatnya, lebih-lebih lagi bila di makan dengan nasi panas.
“Paling best bila masak nasi ala kak wok nie, bab meratah ayam yang garing-garing tu.
Resipi
Model utama: Nasi putih ditanak dan letakkan daun pandan simpul.
Resipi Gulai Ayam: 4 labu bawang bombay 5 ulas bawang putih 1 ½ inci halia 3 sudu rempah kari daging 1 sudu rempah kerutub Kacang panjang – potong Terung potong kecil-kecil Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong-potong kecil Santan (jangan pekat sangat) Garam dan kiub ayam 1 kerek gula melaka
Cara Membuat: 1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi. 2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap. 3. Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan ayam dan masak ayam empuk. 4. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan terung dan kacang panjang. 5. Masuk garam, gula melaka dan serbuk kiub ayam. Masak sekejap.
Resipi Ayam Goreng Harum: 1 ekor Ayam – potong kecil-kecil 2 sudu kecil garam 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil serbuk cili 3 tangkai daun kari Tip: Daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ni.
Cara Membuat: 1) Basuh bersih ayam dan toskan. 2) Potong kecik. Lumurkan ayam dengan bahan-bahan di atas dan perapkan sekejap. 3) Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.
Resipi Sambal Belacan Ala Kak Wok:-
4 biji cili kering – direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, perasa
Air asam jawa
Cara Membuat:
1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dengan kulitnya.
Resepi asal by Rosmaliza Omar dan diolah sedikit.
MW: Resipi cukup ringkas, sesuai sangat kalau mak-mak nak cepat. Ini pun dah bertambah-tambah makannya.
Ikan bilis ini tak kisahlah dibuat sambal, sedap dimakan dengan nasi. Kalau digoreng dibuat kudapan pun jadi ketagih, tapi syaratnya kena gaul dengan tepung jagung. Serba-serbi berkait dengan ikan bilis memang sedaplah.
Tapi paling penting dalam menentukan sedap atau tidak ikan bilis adalah bila dimasak ia kekal rangup. Mungkin mak-mak boleh cuba petua ini.
Menurut perkongsian Noraslinda Md Radzhi, ikan bilis harus digaul tepung jagung dahulu sebelum digoreng. Barulah ikan bilis jadi rangup.
Ini resipi ikan bilis goreng tumis dengan cili kering gunting, bawang putih, sos cili dan sos tiram.. Anak-anak memang makan, mereka ratah macam itu saja sebab rangup digaul tepung jagung sebelum digoreng.
Ada ke yang nak cuba buat. Simple saja caranya, paling penting sedap .. ceewaahhh.. Hehehe..
Kalau makan dengan nasi panas-panas boleh menambah…
Bahan-bahan (termasuklah tepung jagung):
Segenggam ikan bilis
Tepung jagung secukupnya ( fungsinya bila dah masak ikan bilis lebih rangupnya )
5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
3/4 tangkai cili kering di gunting halus ( rebus dan toskan )
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
Sedikit air
1. Ikan bilis di cuci bersih, toskan. Kemudian, tabur tepung jagung, gaul hingga tepung melekat pada ikan bilis.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering yang telah digunting, kacau hingga cili sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, gula dan air. Kacau sebati. 5. Biarkan sedikit pekat, masukkan ikan bilis. Gaul rata, siap.
MW: Rasanya yang masam, manis bukan sahaja sesuai untuk makan bersama nasi panas. Makan macam tu saja pun layan.
Misteri kehilangan seorang wanita Tabuan Jaya akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam kereta di parkir pusat beli-belah. Polis sahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini.