Rendam Dalam Air Panas, Kulit BAWANG MERAH Lebih Mudah Kupas Tak Melekat!

Share

Bawang merah antara bahan wajib yang sering digunakan dalam masakan. Bila nak masak banyak menggunakan bawang merah, memang jenuh nak kupas kulitnya sebab kulitnya kering dan mudah melekat. Ada cara mudah dan cepat nak kupas bawang merah ni. Hanya perlu rendamkan sekejap dalam air panas.

Dalam perkongsian di Tiktok Awang Dapur
ada kongsikan tip mudah dan pantas nak kupas bawang merah ni.

Cara-Caranya:

1. Ambil bawang merah yang nak dikupas dan letak dalam mangkuk.
2. Curah air panas dan biarkan seketika semua bawang merah terendam dalam mangkuk tadi.

 


3. Selepas beberapa minit cuba kupas bawang tersebut.Potong bahagian atas dan bawah bawang tersebut.


4.Hasilnya kulit bawang lebih mudah dikupas sekeping-sekeping dan tertarik semua. Tak mudah terkoyak.

 

@awangdapur Replying to @Sebuahnoktah Tips kupas bawang merah Siap! #awangdapur #barangdapur #resepi #tipsdapur #tipsmasak ♬ Chill Vibes

Semoga Bermanfaat! Selamat Mencuba.

Mesti Baca: Cara Mudah Hilangkan Jeragat, Guna Getah Bawang Merah & Nampak Awet Muda Lagi!

Baca Lagi Di Sini:Sambal Bilis Kekal RANGUP Sampai Seminggu, Jangan Guna Bawang Merah!

Artikel Menarik:Guna Air BAWANG MERAH Barulah Pokok Kesum Keluarkan AKAR Yang Banyak

Mingguan Wanita: Menarik tip yang dikongsikan ini. Sesuai sangat jika nak masak menggunakan banyak bawang merah. Kerja mengupas kulit bawang merah ni jadi lebih mudah dan pantas.

Sumber: TikTok Awang Dapur

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN