Seorang remaja hilang di Bentong selepas dipercayai menaiki perkhidmatan e-hailing menuju ke sebuah pasar mini di Taman Gemilang pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dikenali sebagai Putri Ariyana Fariesya Ariffadilah, 15, dengan alamat terakhirnya di Apartment Taman Gemilang, di sini.
Menurut beliau, kali terakhir remaja hilang di Bentong itu dilihat berada di kawasan Kampung Chamang, berdekatan sebuah kedai runcit sebelum menaiki e-hailing berkenaan.
“Remaja itu berkulit sawo matang, bertubuh sederhana dan mempunyai ketinggian kira-kira 154 sentimeter serta berat sekitar 46 kilogram.
‘Ketika kejadian, dia memakai baju berwarna biru serta seluar bercorak petak-petak,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, pihak polis kini giat menjalankan usaha mengesan remaja hilang di Bentong itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2231999
atau mana-mana balai polis berhampiran.Polis berharap mana-mana individu yang ternampak remaja tersebut segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi membantu mempercepatkan proses pencarian.
Kes kehilangan remaja hilang di Bentong ini mendapat perhatian orang ramai di media sosial, dengan ramai yang berkongsi maklumat dan menyeru agar Putri Ariyana segera ditemui dalam keadaan selamat.
Sumber: Sinar Harian dan IPD Bentong
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE