Remaja buang bayi di belakang rumah, alami pendarahan teruk. Seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui sudah tidak bernyawa di kawasan belakang sebuah rumah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar pada Ahad.
Remaja Buang Bayi Di Belakang Rumah, Alami Pendarahan Teruk
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan kejadian itu terbongkar selepas seorang gadis Orang Asli berusia 18 tahun hadir ke Klinik Kesihatan dalam keadaan pendarahan teruk.
“Pihak polis menerima panggilan pada jam 5.30 petang apabila pesakit itu tiba di klinik selepas mengalami pendarahan serius pada bahagian kemaluannya.
Ads
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat koyakan besar sebelum remaja itu mengaku baru sahaja bersalin sendirian di rumah.
“Dia juga memaklumkan telah bertindak membuang bayi tersebut di belakang rumahnya,” katanya dalam kenyataan.
Ads
Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi yang dimaksudkan dan berjaya menemui bayi berkenaan. Namun begitu, bayi malang itu disahkan telah meninggal dunia.
Menurut Noor Hisam lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
“Nak bantu supaya bekas suami tunaikan tanggungjawab, agar kami semua sama-sama menuju ke syurga” itulah antara luahan Raja Azura apabila ada segelintir netizen menyifatkan dirinya seolah-olah mencari publisiti atau tidak lagi relevan dalam industri seni.
Mengambil pendekatan positif, Raja Azura tidak pernah ambil hati dengan komen netizen. Diriny Ahanya mahu menuntut hak anak-anak dek kerana perkara nafkah ini melibatkan hukum dalam Islam.
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Raja Azura juga tidak mahu bermusuh dengan sesiapa tindakanya itu menuntut nafkah terhadap bekas suami, Adzmin Osman hanya mahu menegakkan hak anak-anak yang terabai sejak sekian lama.
“Saya cuma tuntut hak anak-anak sebab perkara ini melibatkan hukum dalam Islam. Kalau tak buat, berdosa dan haram hukumnya.
“Saya tak minta lebih, hanya mahu dia keluarkan diri dan jalankan tanggungjawab yang dia sendiri setuju masa kami bercerai dahulu.
“Saya pernah beri nombor akaun tapi tiada duit pun dimasukkan. Saya bukan nak aibkan sesiapa, tapi anggap ini satu kesilapan yang masih boleh diperbetulkan,” ungkap Raja Azura yang sudah 15 tahun berpisah dengan suami.
Sambungnya lagi sepanjang perpisahan dirinya tidak pernah menghalang bekas suami berjumpa dengan anak-anak.
“Hanya awal-awal selepas kami bercerai sahaja dia ada berjumpa anak-anak. Lepas tu terus hilang. Bertanya khabar pun tidak.
“Kalau dia segan atau tak mahu berhubung dengan saya, boleh saja melalui pengurus saya yang juga sepupu dia sendiri. Saya pun masih duduk rumah yang sama sejak dulu.
“Saya tak pernah letak syarat, tiada masalah pun kalau dia nak jumpa anak-anak. Boleh jumpa bila-bila,” kongsinya.
Sebagai selebriti dirinya juga tidak lari dari gosip malah mendapat kecaman netizen apabila dirinya menuntut nafkah anak-anak.
“Itu hak individu nak bercakap. Ada yang kata saya dah tua, dah tak ada kerja, itu semua saya tak kisah.
“Saya masih ada rezeki, masih kerja macam biasa. Tapi yang saya nak tekankan adalah saya buat semua ini untuk anak-anak dan demi akhirat.
“Saya dah jaga anak-anak seorang diri, sekarang saya cuma nak bantu supaya bekas suami saya tunaikan tanggungjawab dia agar kami semua sama-sama menuju ke syurga,” luahnya.
Sebelum ini Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.
Menerusi ruangan komen ramai yang memberi sokongan buat ibu tunggal ini.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
PM umum subsidi petrol BUDI95 terhad 300 liter sebulan, harga RON95 RM1.99 mulai 30 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 sebagai tanda penghargaan kerajaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Beliau menegaskan, subsidi hanya diberikan kepada warganegara manakala bukan warganegara serta syarikat besar akan dikenakan pada kadar RM2.60 seliter.
“Mulai 30 September, bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ia mengikut perseorangan. Harga bagi bukan warganegara ditetapkan RM2.60,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.
Subsidi Bersasar BUDI95
Harga baharu ini dilaksanakan menerusi program Budi Madani RON95 (BUDI95) yang menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan bagi setiap rakyat Malaysia. Pemandu e-hailing pula dikecualikan daripada had tersebut dan boleh memohon kuota lebih tinggi mengikut keperluan.
Mekanisme Penggunaan
Pengguna perlu mengesahkan kelayakan melalui MyKad dan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mesin pembaca MyKad akan disediakan di stesen minyak, manakala aplikasi Setel dan Touch ‘n Go boleh digunakan sebagai alternatif digital.
Anwar turut mengingatkan orang ramai agar menyemak cip MyKad dan lesen memandu lebih awal bagi mengelakkan masalah teknikal ketika pengisian.
Kerajaan memilih pendekatan berperingkat untuk mengelakkan kesesakan dan menguji sistem:
27 September – Polis dan tentera sebagai kumpulan pertama.
28 September – Golongan B40 dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
30 September – Pelaksanaan penuh kepada semua warganegara.
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna di seluruh negara. Bagi pemandu e-hailing yang menempuh jalanan berjam-jam setiap hari, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah atau pekerja harian yang bergantung kepada motosikal dan kereta kecil untuk mencari rezeki, kadar RM1.99 seliter walaupun terhad 300 liter sebulan tetap memberi ruang bernafas. Ia mungkin angka kecil di papan tanda stesen minyak, tetapi besar maknanya dalam kehidupan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah pilu seorang ibu berusia dari utara tanah air yang hampir disembelih anak kandungnya akibat najis dadah didedahkan oleh individu dikenali sebagai Abbe Hae yang juga pengasas Ngo Pertubuhan Jejak Jalanan yang sering membantu mereka yang hidup di jalanan selepas menemui wanita ini hidup di gelandangan di ibu kota.
Kisah pilu ibu ibu sudah cukup membuatkan ramai yang sebak kerana di usia tuanya dirinya terpaksa hidup di jalanan demi sesuap nasi. Menurut Abbe Hae, ibu ini memaklumkan anaknya memaksa dia menyerahkan wang bantuan zakat untuk membeli dadah. Jika tidak memperolehnya dia akan dipukul hingga cedera. Malah pernah dicederakan anak sendiri. Kemuncaknya anaknya pernah meletakkan pisau untuk menyembelih si ibu jika enggan menyerahkan wang. Nauzubillah.
Lebih menyedihkan, suami yang diharapkan sebagai pelindung hanya menyuruhnya melarikan diri ke mana sahaja kerana sudah beristeri lain. Sejak itu, ibu malang ini melarikan diri ke ibu kota dan terpaksa berteduh di kaki lima bersama gelandangan lain dan hanya menyewa bilik kecil jika ada sedikit wang.
Baca kisahnya yang sangat menyayat hati.
Kepala ibu ini pernah cedera kerana dipukul oleh si anak yang penagih.Ibu ini ada lagi anak anak yang lain tapi tak pedulikan ibu mereka yang dah tua ini.
Untuk menyara kehidupan selain ada.lagi bantuan zakat bulanan dia menjual kerepek dan tisu. Pada anak anak di luar sana jagalah ibu kalian sebaik baik mungkin selagi ibu kalian masih diberi nafas oleh Sang Pencipta.Kredit :- FB Abbe Hae.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
PRISMAnita dilancar sempena Sambutan Hari Wanita Antarbangsa 2026. Demi memastikan wanita mendapat akses lebih mudah kepada pelbagai bantuan, sokongan dan perlindungan, kerajaan hari ini mengumumkan perlaksanaan PRISMAnita.