Dalam video berdurasi 12 saat dipercayai dirakam oleh mangsa yang duduk di bahagian belakang, pemandu e-hailing terbabit yang dipandu seorang lelaki tua jelas kedengaran meminta mangsa membuka tudungnya.
Apabila remaja perempuan itu bertanya untuk apa tudung perlu dibuka, lelaki terbabit berkata hanya untuk melihat muka. Bahkan dirinya membuat permintaan itu berulang kali namun remaja ini berkata, ianya aurat dan tak boleh didedahkan.Dilihat dari cara pemandu e-hailing itu, ia mempunyai niat yang tidak baik.
Selepas sampai di destinasi, remaja ini bercerita kisah ini kepada keluarganya yang kemudian bertindak mengejar kenderaan e-hailing itu di mana mereka menahannya dan bertanya apa tujuannya meminta remaja berkenaan perlu membuka tudung.
Dalam video yang ditularkan, lelaki terbabit seolah-olah tidak rasa bersalah malah mengugut akan menyaman mereka yang merakam video keretanya.”Aku nak nangga muka ajak, salahkah (Saya hendak melihat mukanya sahaja, salahkah?),” katanya sambil duduk bersahaja di dalam keretanya.
“Saya mengikuti dengan serius insiden gangguan seksual melibatkan seorang pemandu e-hailing dan remaja perempuan berusia 15 tahun yang telah tular di media sosial. Video yang tular menunjukkan pemandu terbabit meminta mangsa membuka tudung semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Tindakan tegas bapa mangsa yang menggesa lelaki terbabit ke balai polis untuk membuat laporan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.
“Saya difahamkan bahawa kes ini kini berada di bawah siasatan pihak polis. Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera.
Sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, saya menyeru semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan masyarakat. Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri. Anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri. Pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasa keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.