Reen Rahim akui tak rugi amal sikap rendah diri. Kejayaan yang hadir pada hari ini daripada usaha kuatnya malah menurut pelakon dan ushawan Reen Rahim reda dan doa ibu ayah juga sangat penting.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Reen sangat bersyukur setelah 15 tahun menabur bakti dalam dunia seni, pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim akhirnya menerima pengiktirafan yang dinanti-nantikan.
Reen Rahim Akui Tak Rugi Amal Sikap Rendah Diri
Pada 29 Mei 2025, Reen telah dinobatkan sebagai Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia (APIUM) anjuran NiagaTimes .
Malah dirinya juga berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini, serta kepada keluarga tercinta, terutama ibu bapa dan mentuanya, atas doa dan restu mereka .
“Dengan reda dan doa ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai, yang miskin boleh jadi kaya, dan yang biasa boleh jadi luar biasa,” terang Reen yang turut memohon doa agar dirinya dan suami, Hazim Zainal, terus dikenali dan sentiasa merendah diri walau setinggi mana pun pencapaian mereka.
Sokongan Keluarga Kunci Utama
Reen dan suami juga turut menerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 atas kejayaan mereka dalam perniagaan produk penjagaan diri, Reen Rahim Hygiene Wash. Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha gigih dan sokongan keluarga adalah kunci utama dalam mencapai impian .
Untuk rekod Reen memulakan kerjaya seninya selepas menjuarai program realiti Pilih Kasih musim ketiga pada tahun 2012. Sejak itu, beliau telah membintangi pelbagai drama dan filem, termasuk “Pujaan Hati Kanda”, “7 Hari Mencintaiku 3”, dan “Evolusi KL Drift: The Series” .
Ads
Kejayaan selebriti ini juga merupakan satu inspirasi buat semua wanita. Ia membuktikan bahawa dengan ketekunan, sokongan keluarga, dan kepercayaan kepada diri sendiri, tiada yang mustahil untuk dicapai. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk Reen terus cemerlang dalam bidang seni dan keusahawanan.
Lebih sedekad mengukuhkan nama dalam industri seni, pelakon Reen Rahim bersyukur meraih pengiktirafan pertama sepanjang kariernya iaitu anugerah Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025.
Tak Pernah Diangkat & Dihargai
Terharu dengan penghargaan yang diberikan Reen mengimbas sepanjang 15 tahun dalam dunia seni dirinya tidak pernah diangkat dan dihargai.
“15 tahun dalam industri seni, saya tidak pernah diangkat dan dihargai.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini.
“Saya tidak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa.
Ads
“Saya rasa terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat tapi saya nak beritahu ‘VVIP’ saya iaitu mak ayah dan mentua saya terima kasih atas doa dan redanya,” ungkap Reen semasa menerima anugerah.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes pelajar jatuh tingkat 3, keluarga rayu saksi tampil beri keterangan. “Kalau sesiapa yang nampak kejadian (terjatuh) itu, tolong cakap benar dan tampil beri keterangan kepada pihak berkuasa untuk memudahkan urusan. Kami bukan nak cari salah tetapi nak cari penyelesaian supaya lebih telus.”
Kes Pelajar Jatuh Tingkat 3, Keluarga Rayu Saksi Tampil Beri Keterangan
Demikian harapan Muhammad Aidil Mansor, 34, bapa saudara kepada Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam.
Ahmad Irfan, 15, yang juga pelajar Tingkatan Tiga selamat menjalani pembedahan pada hari sama. Foto Ihsan Keluarga
Ahmad Irfan, 15, telah menjalani pembedahan pada hari kejadian dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh untuk pemantauan rapi.
Menurut Muhammad Aidil, keluarga amat terkejut dengan insiden itu memandangkan anak saudaranya dikenali sebagai seorang yang sopan, ringan tulang dan tidak pernah menunjukkan rasa takut untuk kembali ke asrama.
“Kami harap kejadian ini disiasat dengan telus dan adil, itu sahaja.
“Andai kesilapan itu di pihak anak saudara saya, kami akur tetapi kalau sebaliknya, biarlah diadili dengan sebaiknya.
Ketika Ahmad Irfan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Kredit foto: Sinar Harian
“Kami percaya kepada qada dan qadar Allah,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin sempat melawat keluarga pelajar berkenaan di Hospital Sungai Buloh dan meluangkan kira-kira setengah jam bersama mereka.
Muhammad Aidil juga menghargai perhatian yang ditunjukkan Kementerian Pendidikan (KPM) terhadap insiden tersebut, malah menganggapnya sebagai titik tolak untuk memperketat aspek keselamatan pelajar di asrama.
Dalam pada itu, Dr Afif memaklumkan keadaan Ahmad Irfan kini lebih stabil walaupun masih memerlukan rawatan intensif selepas menjalani pembedahan.
“Doktor memaklumkan Ahmad Irfan kini stabil walaupun masih memerlukan rawatan rapi selepas menjalani pembedahan,” jelasnya.
Sebelum ini, polis mengesahkan kertas siasatan telah dibuka berhubung insiden tersebut mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Penyanyi popular Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin berkongsi rasa bahagia di hati apabila menantunya, Putri Eliya Sofea melahirkan anak pertamanya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cucu sulungnya ini dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Ayden Johan.
Kata Nora, nama Ayden Johan itu sudah pun dipilih awal lagi oleh anak lelakinya, Syakir Iman dan isterinya, Eliya.
“Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.”
Akuinya, tentulah perasaannya cukup seronok dengan kehadiran cucu sulungnya ini. Malah, kedua anak perempuannya pun sama teruja kerana dapat anak buah.
Baca sini : Ada masa rasa down, anak-anak ceriakan saya.
Bahagia.. Hanya Allah Yang Tahu – Nora Ariffin
“Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yang tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & macam iman. Sama macam kita sambut Iman dulu. Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar..
Wan Doakan Ayden Ikut Jejak Langkah Arwah Atuk
Wan….happy dan sangat teruja. Wan nak Ayden jadi anak yang baik & soleh ye macam arwah atok… Johan Nawawi. Tq to all the staff from HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.
Menurut Nora lagi, menantunya itu akan menghabiskan tempoh berpantang di rumah keluarganya. Dan tentulah dia akan kerap menjenguk mereka kerana mahu bermain dengan cucunya itu.
MW : Tahniah! Buat Nora sekeluarga dengan kehadiran cucu yang dinanti-nantikan.
Daging antara rencah yang paling selalu digunakan dalam masakan.Macam-macam menu boleh dibuat dengan daging,seperti rendang, kari, stew,daging bakar dan sebagainya.Namun begitu, jika salah cara cucian dan potongan daging tersebut, ia boleh menyebabkan daging kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk.Sekaligus boleh mempengaruhi rasa masakan.
Sebenarnya, ada petua dan cara mudah untuk mak-mak mencuci dan potong daging bagi mengilangkan bau hamis serta membuatkan daging tersebut lembut dengan lebih cepat.Ikut langkah-langkah yang dikongsikan oleh Chef Khairul Hakimin Muhammad ni.
Bahan-Bahan:
Tepung Gandum
Asam Keping
Penapis
Besen
Cara Membuat:
1.Dah siap potong daging,letakkan dalam besen dan letakkan tepung gandum. Biasanya anggaran dalam 2kg daging bersamaan 1 senduk tepung.
2.Kemudian,masukkan air sampai penuh dan gaul-gaulkan ia. Kemudian, masukkan asam keping dalam 3-5 keping. Biarkan dalam 15-20 minit.
3.Sesudah itu, tuang semuanya dalam penapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
4.Akhir sekali, dah siap bilas, toskan. Siap!
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
1.Selain daging, cuci ayam pun boleh menggunakan cara ini, bagi mengelakkan bau hanyir dan mudah menghilangkan lendir-lendir yang melekat pada ayam.
2. Potong daging dengan cara berlawanan dengan urat. Bukannya potong ikut urat. Silap potong akan bawa padah, memang liat ya ampun.
3. Basuh daging dengan bersih. Eloknya guna tepung gandum, asam limau atau asam keping. Bilas dengan betul-betul bersih. Mana yang tak basuh dengan betul biasanya daging juga susah nak empuk.
4. Apabila memasak daging, elakkan letak bahan asam atau masin terlalu awal, ia akan melambatkan daging empuk. Jadi lewatkan masuk asam jawa dan garam.
5. Petua nak lembutkan daging dengan cepat, pertamanya guna periuk tekanan. Haha. Kedua, perap dengan nanas atau betik yang dikisar selama lebih kurang 30 minit. Atau ketiga, rebus sampai pengsan.
6. Enjoylah memasak. Kalau semua nak cepat, susah. Kalau benar nak masak terus empuk, eloklah kau rebus banyak-banyak, kemudian kau frozenkan. Apabila dah nak masak, baru kau keluarkan.
Begitulah. Aku tak ada petua nak letak sudu, sudip, semua. Kami geng orang kampung dan enjoy selalu lama-lama di dapur. Yang penting makanan kami masak dengan baik, sedap dan disukai ramai.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!