Redha Sekalipun Suami Kahwin Lain Tak Perlu Dicerita Satu Dunia, Lebih Baik Diam

Share
Kalau redha sekalipun suami kahwin lain tak perlu dicerita pada satu dunia, lebih baik diam dan simpan baik-baik. Bila isu ini menjadi viral, mulalah muncul cerita-cerita kurang enak. Yang mulanya memuji mula mengeji.
Sebaiknya perkara ini tak perlu diheboh apatah lagi hati wanita ini berbolak-balik. Bayangkan berkongsi baju sekali pun, hati boleh terasa. Inikan pula berkongsi suami, insan yang paling kita sayang.
Ikuti perkongsian Puan Ell F. Azman dan hadam baik-baik ya.
Viral lagi kisah poligami bila si isteri sendiri hendak tunjukkan pada dunia betapa dia okay bila suami kahwin lain.
This happened many times before. Saya sedaya-upaya tak mahu tulis isu poligami sebab sangat sensitif, and it has nothing to do with my life.
Tapi saya tak boleh tahan bila komen-komen seperti ini mula muncul :
“Hebat puan.”
“Isteri solehah.”
“Syurgalah bagimu.”
Apa sang isteri kena benarkan suami kahwin lain ke baru digelar hebat? Kemudian, apa sang isteri kena bermadu dulu ke baru digelar isteri solehah? Selepas itu, apa sang isteri kena bergembira dengan jodoh  suami terus dapat masuk syurga?
How easy.
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Redha Sekalipun Tak Perlu Dicerita

Hari ini pula mula keluar cerita sebenarnya dia isteri kedua. Lalu komen-komen pun mula berubah tona. Daripada puji-pujian kepada maki-makian.
“Karma.”
“Laa kau pun ambil orang punya.”
“Dasar perempuan.”
Moral of the story. Kalau benarkan suami kahwin lain, redha sekalipun, tak perlu dicerita pada dunia. Diam-diam saja.

Lebih Baik Diam, Hati Kan Berbolak-balik

Tak perlu kita cuba tunjukkan pada dunia kita wanita terhebat, wanita terkuat. Realitinya, tidak. Kuat tidak sepanjang masa. Hati bolak-balik sentiasa. Harini mungkin suka, esok mungkin duka.
Kerana pada akhirnya kita juga akan sengsara. Bila keluar macam-macam cerita, selalunya  orang perempuan juga yang kena. Jarang nak letak kesalahan pada lelaki.
Sedangkan yang selalu jadi mangsa ialah orang perempuan. Yang memendam rasa, orang perempuan.

Berbeza Redha & Pasrah

Ada beza redha dan pasrah. Macam Lisa Surihani cakap dalam Ombak Rindu. Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Dan selalunya wanita hidup dalam pasrah dan menyerah, bukan sebab redha dan ikhlas. Bukan semua. Tapi selalunya, begitulah.
Jangan buat sesuatu hanya kerana mengharapkan pujian dari manusia, kerana itu semua sementara.
Kita hebat bukan kerana pujian dan pandangan orang lain terhadap kita. Tapi kita hebat bila kita tidak peduli apa pandangan orang terhadap kita.
Ell F. Azman
Tak benci poligami, cuma tak minat berkongsi.
MW: Sebaik mana pun mak-mak, redha macam mana sekali pun dengan pilihan suami untuk berpoligami adalah lebih baik diam. Esok, lusa kita sebagai wanita juga yang dipersalahkan jika apa-apa yang berlaku. Renung-renungkan.
IKLAN