
Pelakon terkenal, Rebecca Nur Al Islam sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi ucapan penuh emosi bersempena hari lahir bapa mentuanya yang disapa sebagai Abah.
Melalui satu hantaran di Instagram, Rebecca Nur Al Islam menzahirkan rasa hormat dan kasihnya terhadap lelaki itu, selain mendoakan agar bapa mentuanya terus diberi kesihatan yang baik serta berada dalam lindungan Allah SWT.

Ucapan Penuh Emosi Rebecca Nur Al Islam Buat Abah
Dalam ucapannya, Rebecca menulis:
“Semoga Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Amin.
Becca minta maaf tak sempat jumpa Abah. Abah jaga diri, ya.
Becca sayang Abah sangat-sangat. Esok, 21/11/2025, hari lahir Papa Becca. Becca dah tak ada Papa. Becca rindu pelukan seorang ayah sebenarnya.
Maafkan Becca, Abah dan Mak.”
Pelakon drama Awak Suka Saya Tak? itu turut meluahkan beban yang lama dipendam sepanjang menjalani kehidupan sebagai isteri kepada bekas suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman.
Rebecca Nur Al Islam Luah Perasaan Tentang Perkahwinan
Dalam luahan sama, Rebecca berkata:
“Perkahwinan Becca dengan Azam terlalu banyak yang Becca simpan dan tak mampu diucapkan dengan kata-kata, Abah.
Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika Becca pernah mengecilkan hati Abah dan Mak sepanjang menjadi menantu.”
Rebecca Nur Al Islam mengakui tidak pernah terlintas bahawa perkahwinannya akan berakhir dengan perpisahan, namun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka. Dia turut memohon agar segala aib diri dan bekas suami terus terpelihara.

Reda Dengan Takdir dan Mohon Dijauhkan Aib
Katanya lagi:
“Becca sendiri tak sangka jodoh Becca dan Azam setakat ini sahaja. Biarlah tiada siapa tahu kerana Becca percaya Allah Maha Mengetahui segalanya.
Semoga aib Becca dan aib Azam Allah simpan serta jaga. Tak kisah pandangan orang lain, hanya Allah sahaja yang tahu.”
Untuk rekod, rumah tangga Rebecca Nur Al Islam dan Datuk Nur Azman Sulaiman berakhir selepas 18 tahun bersama. Pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata dan turut menjaga seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, yang kini berusia 16 tahun.
Luahan ikhlas ini nyata menyentuh hati ramai peminat yang turut menitipkan doa dan kata semangat buat Rebecca Nur Al Islam agar terus kuat menghadapi ujian kehidupan.
Sumber: Instagram Rebecca Nur Al Islam
Artikel lain: Rebecca Nur Al-Islam, Genggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan UUM
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!






