Rasa bersalah perlu ada bila buat salah, tapi terlalu menyalahkan diri sendiri adalah masalah jika tidak dikawal dengan betul.
Sikap terlalu menyalahkan diri sendiri tentu saja akan melemahkan keyakinan diri sendiri dan juga menjadi bebanan dalam fikiran jika dibiarkan lama-lama.
Kongsi Dr Saidatul Husna, tidak dinafikan memang penting untuk bertanggungjawab bila kita buat salah.
Rasa Bersalah Perlu ADA Bila Buat Salah
Rasa bersalah perlu ada jika ada buat salah. Namun terlalu menyalahkan diri adalah satu masalah.
Pernah tak berhadapan dengan isu di bawah ni, kita jadi mudah serius :
– Bila ada yang sindir, kita terus terasa hati seolah ayat tu terus tuju ke kita.
– Ada pula orang pesan dekat kita minta maaf itu biar berpada pada.
– Bila ada benda tak kena, kita rasa kita yang paling bersalah.
– Malah, bila kumpulan sendiri kalah, kita rasa kita punca penyebab.
– Bila ada benda buruk, kita akan flashback semua benda.
– Lepas itu fikir balik kan bagusnya kalau peristiwa lepas tu tak pernah berlaku.
Ads
– Bila orang sekeliling berdukalara, kita rasa kita bertanggungjawab terhadap perasaan mereka.
Pernah kan jadi begini? Ini petanda anda berada dalam zon self blame (kitaran salahkan diri sendiri).
TAPI Terlalu Menyalahkan Diri Sendiri
Berusaha tangani isu yang tak dapat diselesaikan akan membazirkan masa kita.
Seolah kita meletakkan usaha kita ke tempat yang salah.
Seorang wanita yang self blaming akibat didera orang akan menggunakan tenaganya menjadi orang yang lebih tunduk dengan harapan dia dapat menamatkan penderaan itu.
Bila usahanya gagal, kitaran self blaming ini akan berterusan dan akhirnya dia yang burnt out.
Atau seorang wanita yang self blaming kerana rasa gagal menjadi ibu yang baik akhirnya membazirkan tenaga secara lisan dengan asyik marahkan diri sendiri.
Akibatnya, dia yang penat dalam mengurus anak-anak. Menyalahkan diri sendiri menghalang kita upgrade keadaan yang baik.
Ia membuatkan kita asyik fokus betulkan diri, walaupun tiada apa-apa pun yang perlu di baiki.
Budaya ini tidak sihat. Namun sekurangnya kita ada kesedaran yang self blaming ni tidak membawa kita ke mana pun kawan.
Ads
Ubah kitaran self blaming.
Insyallah dapat ubah kitaran overthinking.
– Saidatul Husna-
P/s : Jemput ke channel telegram saya untuk belajar lebih banyak ilmu berkaitan sayang diri. Join sini t.me/ContentSaidatulHusna
Mingguan Wanita : Apa pun sikap manusia, bersederhana dalam setiap perbuatan kita. Jangan terlalu negatif dan sedarlah kita manusia sememangnya tak sempurna.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Dikala mak-mak sibuk di dapur menyiapkan hidangan, jangan lupa untuk luangkan sedikit masa sekitar 3-5 minit menadah tangan berdoa kepada Allah SWT sebelum masuk waktu berbuka.Ini kerana ia adalah antara waktu mustajab berdoa.Malah dahsyatnya doa sebelum berbuka bagi orang yang berpuasa ini, dijanjikan dimakbulkan oleh Allah SWT dan antara doa yang tidak ditolak.
Berikut perkongsian oleh Ustaz Iqbal Zain yang boleh dijadikan panduan.
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur. Tetapi sayangnya ramai yang tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang sering dilakukan ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.
Amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa. Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan
Semoga memberi manfaat buat semua. Marilah kita bersama-sama merebut peluang keemasan yang dijanjikan Allah ini.
Tanah hak orang. Bila hidup berjiran, jangan fikir boleh ubahsuai rumah sesuka hati.Ada haknya dan bukan dengan sejengkal tanah di hadapn rumah itu milik kita.
Selalunya, ramai yang merasakan tanah yang ada di hadapan, hujung rumah atau belakang rumah kita milik kita sepenuhnya. Ini tidak ada yang sanggup buat ubahsuai rumah sampai ambil tanak hak orang lain.
Begitulah kalau hidup berjiran, ada hadnya dan jangan fikir tanah sekaki depan rumah pun milik kita. Jangan ambil tanah hak orang.
Nasihat yang boleh dijadikan panduan buat semua tentang jangan berlebihan tambah dan ubahsuai rumah seperti yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad.
1. Ada satu budaya kita tambah rumah sampai ambil tanah orang.
2. Walau tanah itu bukan milik orang, milik PBT untuk longkang dan jalan. Ia tetap satu kesalahan.
3. Di perumahan awam dan kos rendah hal ini sering berlaku. Lebih mengusarkan yang lakukan ini kebanyakkan yang beragama tauhid.
4. Di lorong perumahan ini, saya jalan pagi tadi ada 3 rumah yang tak buat penambahan. Istimewanya mereka bukan beragama tauhid tetapi agama budaya.
5. Jangan buat benda yang agama tidak redha, walaupun ramai orang buat di sekeliling kita. Apakah kita mahu kekal berjiran dineraka juga?
6. Bila kita tambah kediaman sampai tutup longkang, kerja selengara tidak boleh dilakukan. Bila banjir, kita mula salahkan PBT.
7. Bila PBT mula merobohkan kediaman, kita cakap PBT tidak manusiawi. Hakikatnya kita tidak mengamal agama samawi ini.
Kawan kawan,
Miskin macam mana hidup kita bukan alasan ambil hak orang lain.
Ada duit lebih bukan renovasi rumah. Tetapi belilah rumah yang kualiti kehidupan lebih baik.
Persekitaran yang baik bantu kehidupan kita dan anak anak lebih baik.
Kembalilah hidup beragama.
Mingguan Wanita : Kalau ada rezeki beli tanah dan buatlah rumah sendiri. Jalani hidp tenang dan tak perlu nak sakit hati, kalau ada jiran yang berperangai pentingkan diri sendiri.
Hilang 3 beradik sekelip mata kemalangan maut, pelajar tahfiz pelik adik beradik tak muncul. Ajal maut di tangan Allah taala. Hasrat berkumpul adik beradik berkongsi kegembiraan balik bercuti berakhir dengan tangisan apabila hasrat itu berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Janji adik beradik mahu mengambil adik balik bercuti di maahad tahfiz berakhir dengan tragedi apabila tiga dari mereka meninggal dunia sementara seorang lagi alami kecederaan parah.
Pelajar tahfiz, Nurul Syafiqah Yusri sepatutnya pulang ke kampung halaman di Kulai, Johor, pada Sabtu bersama abang, kakak dan dua adiknya, namun hasrat itu tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam perjalanan menjemputnya di pusat tahfiz tempat dia belajar.
Nurul Syafiqah, 18, berkata, dia berasa pelik apabila bapa saudaranya yang ‘muncul’ di pusat tahfiznya di Jerantut dekat sini, kerana sepatutnya adik-beradiknya yang akan datang mengambil, sebelum diberitahu mengenai berita buruk itu oleh bapa saudaranya.
“Saya menghubungi keluarga Sabtu lepas untuk meminta dijemput hari ini. Sejak pagi saya sudah bersiap menanti kehadiran kakak dan abang, tetapi tiba-tiba pak cik yang sampai pada 10 pagi dan beritahu mereka sudah tiada,” katanya semasa ditemui di pekarangan Unit Forensik di Hospital Jengka di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam, abang Nurul Syafiqah, Ahmad Basyir, 27, kakaknya, Siti Fatimah, 20, dan adiknya, Saiedah, 15, maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabas di Kilometer 165.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di sini pada Sabtu.
Kemalangan maut di lebuhraya LPT ini mengakibatkan tiga beradik meninggal serentak sementara seorang lagi cedera parahTerbabas dipercayai punca kemalangan maut ini terjadi
Kemalangan itu turut menyebabkan adik bongsu mereka, Adawiyah, 11, cedera parah di kepala dan dirawat di zon merah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Nurul Syafiqah berkata, jenazah Ahmad Basyir, Siti Fatimah dan Saiedah yang masing-masing anak kedua, lima dan tujuh daripada lapan beradik akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Jengka 11 di sini, sebaik urusan bedah siasat selesai, kerana mereka pernah menetap di tanah rancangan itu sebelum berpindah ke Kulai.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Muhatair Muhammad, 40, menyifatkan semua anak saudarnya itu sebagai anak yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain, dan kali terakhir mereka bertemu tiga hari lepas.
“Saya ke rumah mereka di Kulai dan sempat membawa Saiedah serta Adawiyah berjalan-jalan…semasa itu, mereka ada memberitahu tak sabar nak ke Jerantut bagi mengambil Nurul Syafiqah,” katanya.
Komander Operasi PPgB Shamsul Affendy Sulaiman dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran, memaklumkan, pihak mereka tiba di lokasi mengesahkan kejadian terbabit telah melibatkan 4 orang keseluruhan mangsa di mana 3 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan yang hadir. Seorang lagi mangsa pula mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital untuk diberi rawatan. Kesemua mangsa merupakan adik beradik.
Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan seramai 8 orang anggota menggunakan peralatan Rescue Tool sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya. Sumber :- BERNAMA
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”