Rangupnya Keropok Lekor Viral Mi Segera Ini, Cuma Guna 4 Bahan

Share

Biasa yang mak-mak tahu, keropok lekor guna isi ikan kan. Kali ini mak-mak boleh cuba keropok lekor viral mi segera. Cara buatnya pun mudah saja. Mak-mak yang nak cuba boleh hadamkan perkongsian Puan Zuraita Mohd Anua ini.

Keropok lekor guna mee segera. Selama ni cuma tahu boleh buat murtabak, tak sangka buat keropok lekor pun boleh. Resipi suruh guna mee segera Sedap, saya takde. Saya ganti dengan IndoMie Soto jer.

Saya tengok resipi ni kat Forum Cari. Senang giler buatnya. Confirm jadi. Anak-anak pun suka. Yang penting, makan masa panas-panas tau! Baru best. Dah sejuk, dia liat sikit macam keropok lekor jugak. Cubalah ye!”

Macam Ini Cara Buat Keropok Lekor Viral Mi Segera

 

Bahan : sebungkus mee segera pilihan, sebiji telur, tepung ubi dan tepung gandum.

 

Rebus mee segera sampai kembang.

 

Dah kembang, toskan.

 

Masukkan mee, serbuk perasanya, sebiji telur dan sedikit garam dalam blender. Kisar sebati.

 

Dah sebati.

 

Campurkan 6 sudu besar tepung ubi dan 2 sudu besar tepung gandum.

 

Uli sekejap je sampai tak melekat di tangan.

 

Bentukkan memanjang.

 

Bila air mendidih, rebuskan keropok lekor tadi. Tunggu sampai timbul, baru angkat.

 

Potong kecil.

 

Goreng.

 

Siap! Sedia dimakan bersama sos pilihan.

 

Mudahkan nak membuatnya mak-mak. Lepas ini bolehlah hidangkan keropok lekor viral mi segera dekat keluarga bila-bila masa yang mereka suka. Tak perlu tunggu sampai nak ke Pantai Timur.

Sumber/Foto : Zuraita Mohd Anua

IKLAN