Ada ketika disebebakan beberapa keadaan, badan kita rasa tak selesa, perut kembung, loya dan sebagainya. Jika dah jumpa doktor dan ambil ubat pun masih tak berkesan, boleh cuba rawatan tradisional pula sapu minyak urut sebagai salah satu ikhtiar.

Malah mak-mak boleh buat sendiri je minyak urut ni di rumah. Hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sedia ada di dapur sahaja. Ramuan dan cara membuatnya boleh rujuk perkongsian daripada Puan Sarifa Redzuan II ini.

Menurut wanita ini, minyak urut tersebut dimasak sendiri, manakala ramuan dan cara membuat pula dipelajari daripada neneknya.Ia sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.

Berikut perkongsian tersebut;

Minyak urut ini sangat bagus untuk perut kembung, loya loya, rasa gas dalam perut dan sebagainya.Dulu nenek masak minyak ni buat stok. Bila sakit perut, nenek sapu minyak ni. Rasa lega sangat. Cacing pun keluar bila membuang.

Banyak khasiat juga minyak ni. Boleh juga sapu pada tempat lenguh lenguh, ketat bahu, sakit tengkuk , sakit betis bila buat kerja berat. Sapu sama belakang badan.

Eh,boleh sangat kalau guna untuk urut. Orang dalam pantang pun boleh sapu. Pagi tadi perut cikgu sakit sangat mungkin makan macam macam semalam masa berbuka.

Jadi cikgu pun masak la minyak ni. Anak buah pun sakit perut cikgu sapu sambil urut urut skit. Gatal gatal pun boleh sapu tau. Alhamdulillah , lega.

Jom kita buat minyak ni buat stok!

Bahan-Bahan:

1 halia sebesar tapak tangan di hiris
2 lengkuas sebesar 3 jari di hiris
1 biji limau purut di hiris
3 sudu besar bunga cengkih
3 sudu besar lada Hitam
750ml – 1 Liter minyak masak sunflower
1 labu bawang putih
Segenggam daun pudina
3 sudu besar garam

Cara Membuat:

1. Tumbuk halia, lengkuas, limau purut, bawang putih, daun pudina, cengkih dan lada hitam.

2. Panaskan air dalam periuk.
3. Masukkan minyak sunflower dalam bekas kaca yang kuat atau periuk . Letakkan di atas air mendidih. Buat macam double boiler. Jaga sampai sampai air kering atau tercampur dengan minyak.

4. Masukkan semua bahan yang di tumbuk dan garam kedalam minyak sunflower itu dan kacau lawan jam sambil selawat dan bacalah doa doa sakit saraf, doa kesembuhan. Tutup periuk.

5. Masak sehingga 1 jam. Cukup masa tutup api biarkan sejuk sedikit tapis minyak dan simpan dalam bekas.

6. Hampas bahan boleh di simpan dan boleh dibuat lulur. Nanti cikgu share cara nak buat lulur guna hampas tu.

Okay dah siap! Selaman mencuba! Baik buat sekarang simpan stok sebab nanti masa raya makan macam macam perut mula meragam. Nak best lagi boleh peram minyak ni bersama kulit bawang putih.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Bolehlah cuba sebagai salah satu ikhtiar dalam merawat masalah kembung perut, loya dan sebagainya. Ramuan yang digunakan juga merupakan bahan-bahan alami yang ada di dapur, dijamin selamat digunakan.

Sumber: Sarifa Redzuan II

Jangan Lupa Komen

komen