Setiap kali Ramadan akan melabuhkan tirai, kita berdoa meminta Allah SWT lanjutkan usia serta dianugerahi kesihatan yang baik, mudah-mudahan dapat bertemu Ramadan akan datang. Ya, kita jarang memohon doa seumpama itu pada waktu-waktu lain, namun Ramadan mempunyai daya tarikan tersendiri untuk kita berbuat demikian.
Itulah kemuliaan Ramadan. Kehadirannya amat dinantikan setiap muslim mukmin yang faham erti kemuliaan Ramadan bagi meraih kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi, meraih pahala berlipat kali ganda.
Ramadan memberi peluang untuk setiap muslim mukmin meraih ganjaran daripada Allah SWT demi mencari kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki lagi abadi. Sejak awal bulan Rejab lagi Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya berdoa, “Ya Allah, berkatilah hidupku pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah aku (untuk terus hidup) ke bulan Ramadan.”
Maka sangat beruntung bagi insan-insan yang diberi kesempatan hidup pada bulan Ramadan kali ini. Rasa syukur itu harus dibuktikan dengan amal soleh yang disyariatkan Islam bagi memenuhi ruang masa di sepanjang Ramadan yang penuh kemuliaan ini.
Bukti Kecintaan Ilahi
Ramadan memperlihatkan tentang ketinggian kasih sayang (sifat al-Rahman dan al-Rahim) Allah SWT kepada manusia. Ramadan dengan segala kebaikannya dianugerahkan khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w yang amat dikasihi-Nya, umat akhir zaman yang singkat usia tetapi boleh menyamai amalan umat terdahulu yang panjang usia mereka.
Ads
Sebulan Ramadan merupakan puncak limpahan kasih sayang Allah SWT untuk semua insan khusus kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas berkorban demi mencari keredaan-Nya. Manusia dan dosa memang tidak dapat dipisahkan. Sempena kedatangan Ramadan, Allah SWT menawarkan peluang pengampunan dosa untuk setiap hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mahukan segala kesalahannya diampunkan. Mereka menyedari bahawa pengampunan dosa daripada Allah SWT merupakan limpahan kasih sayang-Nya.
Bersihkan Diri
Makanya tempoh sebulan Ramadan merupakan peluang terbaik untuk setiap insan kembali membersihkan diri daripada dosa dengan bertaubat kepada-Nya. Ini peluang untuk insan kembali kepada sifat fitrah yang pernah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w seumpama seorang bayi yang baru dilahirkan ke muka bumi.
Teringat kita kepada hadis Rasulullah s.a.w yang sangat masyhur tentang Ramadan, “Bulan Ramadan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada azab api neraka”.
Sabda baginda yang lain, “Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
Ads
Justeru itu, rebut peluang ini dengan memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan atas kesalahan dahulu. Segala kesalahan mohon Allah SWT ampunkan, yang kecil, yang besar, yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Maka mohonlah keampunan dengan sepenuh keinsafan serta menanam keazaman untuk tidak mengulanginya lagi.
Pengorbanan
Setiap insan pasti akan kembali menghadap Ilahi suatu hari nanti. Atas maksud itu, setiap insan harus berusaha memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan untuk kehidupan ukhrawi nanti.
Ambil peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadan ini dengan ganjaran kebaikan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Rebut lah segala kelebihan yang dijanjikan Tuhan di sepanjang Ramadan. Allah SWT kurniakan Lailatul Qadar di mana ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan.
Ads
Rasulullah s.a.w memotivasikan para sahabat dengan menyebut bahawa pahala ibadah digandakan sehingga seribu kali ganda, pahala amal sunat digandakan menjadi pahala wajib. Pintu syurga dibuka luas dan pintu neraka ditutup rapat.
Semua iblis dan syaitan dibelenggu supaya tidak ganggu manusia. Sehubungan itu, selalulah bermuhasabah tentang matlamat asal kehidupan ini. Matlamat yang kita ingin capai adalah kehidupan akhirat yang hakiki dan kekal abadi. Awasi diri agar tidak tertipu oleh kehidupan duniawi yang sementara dan penuh tipu-daya ini. Kekalkan diri secara istiqamah dengan matlamat hidup yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru itu, kedatangan Ramadan kali ini perlu disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan kerana Allah SWT masih mengasihi kita. Kegembiraan hati ini merupakan lambang keyakinan dan keikhlasan kita menghambakan diri kepada-Nya. Mohonlah agar kita direzekikan kekuatan fizikal, emosi dan spiritual untuk beramal soleh di sepanjang Ramadan tahun ini, insya-Allah.
Artikel sumbangan: Dr. Muhammad Jantan, Perunding Motivasi & Psikologi RMJ Holistic Solution, yang juga kolumnis ruangan Mencari Keredaanmu di dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pernah tak kita jamak dan qadar selepas habis period. Biasanya, bila time period, memang akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk wanita. Mungkin ada juga yang mengambil masa agak lama untuk habiskan periodnya. Walau bagaimanapun, jika lebih daripada 14 hari, wanita perlu tunaikan solat. Katanya, darah yang keluar itu bukanlah dari period, mungkin darah penyakit.
Dalam tempoh inilah, wanita tidak boleh tunaikan solat sebab tidak berada dalam keadaan suci dan bersih. Apa yang boleh dilakukan adalah kena jamak dan menqadakan solat yang tertinggal. Namun, tidaklah perlu menqadakan solat dalam tempoh period kerana ia tidak perlu menggantikan solat.
Tetapi, apa yang dikatakan qada solat ini adalah sebelum period.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang qada solat ini, Norhafizah Kamilan ada mengulas tentang hal ini. Miga ia memberi pengetahuan dan ilmu untuk wanita di luar sana.
Wajib Jamak Dan Qada
Ramai sebenarnya Wanita yang failed bab haid, nifas dan istihadah… bab haid ni perincianya sangat mendalam. Jangan main agak-agak dengan hukum. Ramai wanita tak tahu sehingga mereka rasakan mereka datang haid namun bila darah berhenti kurang daripada 24 jam dia tidak menggantikan solat yang dia tinggalkan setelah mana darah berhenti.
Ini kerana apabila darah berhenti kurang daripada 24 jam maka ianya bukanlah darah haid kerana sekurang-kurang bagi haid adalah 24 jam dan selewat2 bagi haid adalah 15 hari. Maka wajib dia qada kan solat yang dia tinggalkan.
Ramai juga tidak tahu apabila darah haid berhenti pada waktu solat yang boleh di jamak kan sebagai contoh haid berhenti pada waktu asar maka wajib dia solat zohor dan asar.
Kalau perincian yang diatas itu kita dah tercengang, belum lagi bahas yang panjang maka kita berhajat kepada ilmu agama.
Wahai wanita di luar sana, kewajipan bagi kamu adalah mempelajari ilmu fardhu ain. Jangan sekadar bab aurat sahaja kamu menjaganya.. tapi bab haid kamu langsung tak peduli.
Ramai manusia sekarang tak mahu berlajar ilmu yang WAJIB di pelajari. Bila ada kelas fardhu ain mereka perlekehkan kononya mereka sudah tahu dan sudah berlajar di sekolah, sedangkan FARDHU AIN ITU ADALAH WAJIB.. terus terang saya katakan di sekolah dahulu fardhu ain yang kita berlajar syarahnya jauh daripada garis panduan Ulama.. silibus hancur yang mengajarnya pula tidak ambil ilmu secara talaqqi dengan sanad yang soheh.
Ini baru bab haid, kalau masuk bab yang lebih penting seperti Aqidah yakni beriman kepada Allaah dan Rasulnya serta hukum-hukum riddah, bab yang mana jika seseorang jahil tentanya maka matinya dalam kekufuran dan akan mengakibat dirinya kekalan dalam neraka selama-lamanya, masih lagi ramai yang tidak tahu tentangnya.
Kata Syeikh ” Orang yang tidak berlajar ilmu fardhu ain ini, boleh mengakibatkan dua natijah, yang pertama melakukan maksiat yang besar dan yang keduanya yang paling merbahaya adalah dia jatuh kedalam lembah kekufuran dan kekalan dia dalam neraka selama-lamanya”.
Agama ini di telusuri dengan menuntut ilmu, bukan berfacebook atau google.. kena pelajari ilmu secara talaqqi dengan guru yang diketahuinya bersumberkan sanad yang soheh.
Semoga mati kita semua dalam golongan hamba yang bertaqwa dan semoga Allaah merahmati kita semua ameen…
Fasha & Aidil tak gemar tayang kebahagiaan berlebihan, terima kekurangan pasangan. Pasangan selebriti popular Fasha Sandha dan suami Aidil Aziz kelihatan begitu bahagia apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata tercinta.
Apatah lagi dengan kehadiran si comel Aisha Amaira ditambah kemeriahan dengan dua anak bersama perkahwinan terdahulu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha & Aidil Tak Gemar Tayang Kebahagiaan Berlebihan
Mendirikan rumah tangga sejak tiga tahun lalu, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan menerangkan dirinya tidak mempunyai sebarang resipi kebahagiaan.
Malah dia dan suami bagaimanapun lebih selesa menjalani rutin hidup secara sederhana.
“Tiada apa-apa rahsia kehidupan harmoni yang kami jalani. Sama sahaja seperti pasangan lain. Cuma mungkin kami memilih untuk menerima kekurangan masing-masing selain hidup dalam serba sederhana saja. Bagi saya hidup bersederhana itu penting kerana mampu membibitkan rasa bahagia,” terang Fasha yang bersyukur dengan kehidupan yang dilalui hari ini.
Amalkan Kehidupan Yang Serba Sederhana
Difahamkan Fasha juga tidak gemar menayang kebahagiaan rumah tangga secara berlebihan di media sosial.
“Kita boleh berkongsi tetapi sebaiknya tidak keterlaluan, sederhana saja. Dalam apa yang kita buat jangan berlebihan. Sebab saya percaya bila berlebihan itu, ada ketikanya ia boleh datangkan masalah semula kepada kita. Saya dan suami sangat bersederhana,” terang Fasha.
“Selebriti Juga Punya Hak Terhadap Sosial Media Masing-Masing”
Fasha juga menerangkan sebagai selebriti dia punya hak jika mahu memilih untuk lebih privasi.
“Bagi saya, itu adalah sosial media yang kita punya. Jadi sudah tentu kita ada hak untuk mencorakkannya.
“Sebagai contoh, kalau memilih untuk lebih privasi, kita boleh lakukan dan begitulah sebaliknya. Selebriti juga mempunyai hak terhadap sosial media masing-masing,” terangnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Mingguan Wanita: Seronok tengok kebahagiaan Fasha dan Aidil. Sememangnya cukup manis. Malah Fasha juga kelihatan begitu seronok bergelar ibu kepada tiga cahaya mata.
Punyalah Teruja Balik Kampung Beraya, Tak Sedar Tertinggal Isteri Tepi Jalan. Dalam keterujaan untuk balik ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hara Raya, macam-macam ragam dan kerenah boleh terjadi.
Tertinggal Isteri Tepi Jalan
Seorang lelaki yang teruja untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak sedar dia tertinggal isterinya di sebuah pos pemantau ketika dalam perjalanan dari Jakarta ke wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Jawa Pos hari ini.
Lelaki dikenali sebagai Adam itu menunggang motosikal bersama isteri dan anaknya yang membonceng di bahagian belakang.
Tak Sedar Isteri Turun Motorsikal
Semasa dalam perjalanan, Adam berasa keliru terhadap laluan, menyebabkan dia berhenti di tepi jalan. Dia tidak sedar bahawa isterinya sudah turun dari motosikal sebelum meneruskan perjalanan tanpa isterinya.
Anak mereka yang membonceng motosikal kemudian bertanya di mana ibunya selepas mereka bergerak dengan agak jauh, menyebabkan Adam baru menyedari ketiadaan isterinya serta menyangka wanita itu terjatuh daripada motosikal.
21 Panggilan Telefon Bimbit
Adam kemudian memeriksa telefon bimbitnya lalu mendapati terdapat 21 panggilan tidak dijawab daripada nombor yang tidak dikenali. Setelah menghubungi nombor itu, Adam dimaklumkan bahawa ia adalah daripada pos polis Brebes yang memberitahu isterinya berada dalam keadaan selamat bersama pihak berkuasa.
Ketua Polis Brebes, Gunut Muhammad Tariq berkata, Adam berpatah balik untuk mengambil isterinya dari Pekalongan ke Brebes dalam perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.