“Kami semua tolong cari keadilan untuk hang, pusing-pusing tempat kejadian untuk nak cari rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebagai bukti”.
Tular di media sosial luahan sahabat kepada Allahyarham Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh, Jumaat lalu.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun @lpnqis, kelihatan beberapa sahabat Allahyarham berkumpul dan bersama-sama cuba mendapatkan bukti rakaman CCTV ketika kejadian berlaku.
Bantu cari rakaman CCTV sebagai bukti
Katanya, ia bagi mendapatkan keadilan buat Mohammad Zaharif yang maut dalam kejadian tragis berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari selepas pulang dari sekolah.
Ads
Turut dikongsikan juga beberapa keping gambar memaparkan poster yang ditampal di kawasan sekitar beserta gambar Allahyarham ketika masih hidup dengan tanda pagar #JusticeforZaharif.
Sahabatnya juga menyifatkan Allahyarham merupakan insan yang baik kerana sering membantu dirinya ketika dalam kesusahan.
Ads
“Hanya Allah je yang tahu betapa rindunya aku dekat hang Zarep. Dialah sahabat susah senang aku. Sebelum ini dialah yang banyak belanja aku makan.
“Banyak nasihatkan aku, selalu ajak aku lepak. Ingat lagi dia pernah ajak duduk bilik sewa dengan dia.
“Tunggu aku dekat ‘sana’ tau. Al-fatihah buat sahabat susah senang, semoga kau tenang disana,” coretnya dalam video tersebut.
Ads
Ruangan komen di video tersebut turut dibanjiri sokongan dan semangat serta mendoakan agar pencarian sahabat-sahabat Allahyarham membuahkan hasil.
Terdahulu, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati sehingga tular di media sosial.
Susulan itu, seorang pengawai kanan polis dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan lima itu. Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mahkamah menetapkan 7 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Polis Langgar Pelajar SPM Gara-Gara Bunyi Ekzos. Perkongsian dari kakaknya, Nur Zawani yang ditakdirkan Allah berada berdekatan lokasi kejadian memaklumkan, selepas diberitahu tentang hal ini, dirinya bergegas ke lokasi adiknya dilanggar.
“Saya pangku kepala adik, ayah cuba ajar mengucap tapi adik pergi jua. Insiden menimpa seorang pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi yang meninggal dunia akibat dilanggar polis semalam gara-gara bunyi ekzos motor mendapat respon hangat dari masyarakat yang mahu keadilan buat remaja ini.
Di media sosial, rata-rata netizen menyuarakan hal ini dan meluahkan perasaan marah atas kejadian yang terjadi.
“Saya pangku kepala adik dan cuba selamatkannya. Saya beri bantuan CPR berkali-kali tapi tiada tindak balas. Ayah yang juga ada di situ bersama seorang ustaz cuba bantu adik untuk mengucap tapi akhirnya adik pergi jua.
“Berkali-kali ayah seru adik untuk bangun tapi adik sudah meninggal sebelum ayah pengsan pengsan kerana terkejut dengan kejadian yang menimpa adik,” katanya yang ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tanpa ditemani kedua ibu bapanya yang tidak kuat untuk menerima berita kematian adiknya.
“ibu dan bapa saya amat bersedih dengan kejadian tersebut tambahan lagi arwah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan kesayangan mereka.
“Mak dan ayah saya tak kuat sebab itu mereka tidak datang ke sini (hospital). Adik anak bongsu, dia seorang sahaja yang bersekolah dan anak kesayangan,” katanya.
Memetik laporan Kosmo Online, Nur Zawani mahukan keadilan atas kematian adiknya.
“Siapa pun pelakunya, individu itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
“Kalau dia buat salah sekali pun, jumpa mak ayah saya, mahu letak dia di lokap sekali pun tak apa, tapi bukan hak dia buat macam itu (langgar). Saya harap ada keadilan terhadap adik walaupun yang buat itu (pelaku) seperti yang ditularkan (pegawai polis),” katanya ketika di sini.
Dalam kejadian semalam, pelajar tingkatan lima Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, maut dilanggar dan diseret sejauh lebih 5 meter oleh sebuah kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Kedah.
Dalam insiden kira-kira pukul 12.30 tengah hari di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh, insiden dikatakan berpunca dari perahan bunyi bising ekzos motorsikal sebelum arwah dikejar oleh pemandu Ativa berusia 44 tahun.
Difahamkan, berlaku insiden tidak puas hati melibatkan pemandu Perodua Ativa terbabit dengan mangsa kerana membuat bunyi bising ekzos motosikal sebelum pemandu kenderaan itu yang dipercayai seorang pegawai kanan polis mengejar mangsa sejauh lebih kurang satu kilometer dan melanggarnya dari belakang.
Jenazah Muhammad Zaharif Affendi dituntut keluarga selepas selesai proses bedah siasat sekitar pukul 6.30 petang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar di sini.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kisah kebaya yang dikenakan Bunga Citra Lestari (BCL) saat majlis akad nikahnya dengan Ashraf Sinclair pada 8 November 2008. Pereka fesyen terkenal Indonesia, Anne Avantie, yang merupakan pereka kebaya itu pernah berkongsi cerita tentang fakta di sebalik kebaya yang dipakai untuk majlis akad nikah BCL dan Ashraf.
Melalui perkongsian Anne dilaman Facebooknya kira-kira tiga tahun yang lalu sebagai mengenang perjalanan kisah cinta BCL dan Ashraf, Anne memuat naik beberapa foto momen akad nikah BCL dengan suaminya, Ashraf.
Catatan penuh makna itu dicoretkan oleh Anne pada hari pulangnya Ashraf ke pangkuan Ilahi.
Dalam muat naik pada akaun Instagramnya, @anneavantieheart, Anne Avantie menulis kisah di sebalik kebaya perkahwinan BCL. “Kisah KEBAYA Akad BCL dan ASHRAF …, sangat sedih … sangat sedih apabila saya ingat membuat pakaian WEDDING mereka. Anne menceritakan bagaimana kebaya putih dengan esen emas yang sepatutnya diserahkan kepada BCL tiba-tiba hilang.
Anne menyedari kebaya tersebut hilang ketika berada di depan rumah pelantun “Cinta Sejati” itu. …..teringat waktu itu BAJU AKAD BCL tiba tiba HILANG .., di GANTUNGAN BAJU saat akan dikenakan, saya bawa dari Butik Grand Indonesia … ke rumah BCL ..,” tulisnya lagi. Peristiwa itu bahkan membuat Anne menangis di dalam kereta di depan rumah BCL.
Selepas mencari, ternyata baju itu jatuh dari gantungan pakaiannya, di kawasan parkir Grand Indonesia. Nasib baik, petugas letak kereta di pusat beli-belah itu menemuinya. Dua jam kemudian, Anne berjaya mendapatkan kebaya untuk majlis akad nikah BCL dan Ashraf. Semasa menulis cerita di sekeping kertas untuk BCL, Anne juga meninggalkan mesej untuk BCL agar tetap setia antara satu sama lain sehingga kematian dipisahkan.
Sebuah pesan yang akhirnya kini benar-benar menjadi kenyataan. “Dan hari ini .., JANJI SETIA Sehidup semati .. sampai MAUT MEMISAH kan .. benar benar nyata ..Saya Berpesan .. Tetaplah SETIA sampai MAUT memisahkan. Ini surat buat kalian.., sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD .. mu,” tulis Anne masih disertai emoji menangis. Ashraf Sinclair meninggal dunia dalam usia 40 tahun di Rumah Sakit MMC, Jakarta Selatan, pukul 4.51 pagi setelah mengalami serangan jantung.
Posting lengkap kisah kebaya BCL ini boleh dibaca seperti di bawah ini:
Sebuah kisah KEBAYA Akad BCL dan ASHRAF ..,?? Sedihhh sekali .., sangat sedihh teringat saat saya membuat baju PERNIKAHAN mereka . . ???? Saat yg sangat indah .., teringat waktu itu BAJU AKAD BCL tiba tiba HILANG .., di GANTUNGAN BAJU saat akan dikenakan saya bawa dari Butik Grand Indonesia … ke rumah BCL … ???????? Waktu masuk mobil jelas jelas di bawa …, tapi mau diturunkan H-1 .. Baju itu TIDAK ADA .., saya nangis di mobil di depan rumah BCL ..????????> Dan berusaha berjuang mencari dimana hilang nya .. ??? Anehh . ???????? Kira kira satu jam di telusuri ternyata ada di PARKIRAN Grand indonesia terjatuh dari HANGER ..????ditemukan petugas PARKIR .. ????????• Sebuah kisah yg tidak banyak orang tau …yg tidak terungkap kata saat itu …???? Ketika .., KEBAYA Akad nikah itu sampai di tangan saya kembali setelah 2 jam yg di temukan oleh tukang parkir .. saya tak hentinya BERSYUKUR .. lalu saya menuliskan kisah KEBAYA itu dan saya serahkan secarik kertas itu kepada BCL dan ASRAF .. ????usai Acara ..???? Saya Berpesan .. Tetap lah SETIA sampai MAUT memisahkan .????????>> Ini surat buat kalian .., sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD .. mu .????????????• Dan hari ini .., JANJI SETIA Sehidup semati .. sampai MAUT MEMISAH kan .. benar benar Nyata .. ???????????? Selamat jalan yg terkasih @ashrafsinclair …, Inna lillahi wa inna illahi roji’un …???? Doa kami mengantarkan mu dalam kehidupan kekal nan abadi.
BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020. Hasil perkahwinan dengan Ashraf, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.
BCL bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada 2 Disember ini.
BCL melalui kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020. Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair.
BCL bakal melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada 2 Disember ini.
Konsep 2-4-2 menjadi amalan mudah untuk kekal bertenaga ketika berpuasa. Ketahui cara pembahagian air 2-4-2 yang dikongsi doktor bagi elak dehidrasi dan badan lemah sepanjang Ramadan.