Berita Sosial

Rakan Lama Dedah Kisah Kak Liza Teluk Intan, Orangnya Memang Cantik Dan Pelajar Cemerlang SPM

Share

Kak Liza Teluk Intan, seorang penjual wanita dalam talian (live seller) dari Teluk Intan, Perak, yang menjadi tular di media sosial kerana gaya bersahaja dan nyanyian uniknya semasa berniaga.

Rakan Lama Dedah Kisah Kak Liza Teluk Intan

Namun baru-baru ini nama Kak Liza Teluk Intan kembali menjadi perhatian selepas seorang individu yang mendakwa pernah bersekolah bersamanya berkongsi kisah mengenai sosok berkenaan di media sosial.

Perkongsian itu menarik perhatian apabila rakan lamanya, norlie573769, mendakwa Kak Liza merupakan antara pelajar yang dikenali ketika zaman persekolahan kerana memiliki rupa paras menarik, bijak serta berbakat dalam bidang nyanyian.

Menurutnya, Kak Liza yang pernah menjadi seniornya di sekolah dahulu mempunyai penampilan seperti anak patung dan sering mendapat perhatian kerana kecantikannya.

Malah, dia turut menggambarkan Kak Liza sebagai seorang pelajar yang pandai dan mempunyai suara yang sedap.

Orangnya Memang Cantik Dan Pelajar Cemerlang SPM

Selain dikenali kerana kecantikan, Kak Liza juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Menurut rakan lamanya, Kak Liza kerap menyertai pertandingan menyanyi dan pernah meraih kemenangan dalam pertandingan tersebut ketika di bangku sekolah.

“Dulu Kak Liza ini terlalu cantik masa di sekolah. Muka seperti anak patung, putih, hidung mancung, pandai pula tu. Kemudian suara sedap juga. Kerap menang pertandingan menyanyi,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mendedahkan bahawa kehidupan Kak Liza berubah selepas dia disahkan mengalami masalah kesihatan.

Rakan lamanya berkata, ketika melanjutkan pengajian di universiti, dia mendapat tahu mengenai keadaan Kak Liza yang sedang berdepan sakit.

Pada ketika itu, dia masih mengikuti perkembangan Kak Liza menerusi Facebook dan melihat sendiri perubahan yang berlaku dalam kehidupan bekas seniornya itu.

Lebih menyentuh hati, rakan tersebut mengakui berasa sedih melihat keadaan Kak Liza hari ini berbanding sosok yang dikenalinya ketika zaman persekolahan.

Sebenarnya ramai yang simpati selepas membaca kisah Kak Liza, lebih-lebih lagi yang sudah lama mengenalinya.

Ada kenalan terdekat menyifatkan Kak Liza suatu ketika dahulu merupakan seorang wanita yang sopan, cantik dan mempunyai pencapaian ketika zaman persekolahan.

Begitulah putaran hidup, kita tidak pernah akan tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Berusahalah jadi versi yang terbaik dan membahagiakan orang lain. Siapa pun Kak Liza di mata kalian, hormatinya dan jangan persendakan dan ambil kesempatan atas kekurangannya.

Published by
Nadia Mohamad