
Hadirnya seorang pemimpin muda berjiwa besar memberi sinar baharu buat perjuangan melindungi anak-anak kecil yang tidak berdaya.
Children’s Protection Society (CPS) Malaysia dengan penuh rasa syukur mengumumkan bahawa Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan menerima tanggungjawab sebagai Penaung Diraja.
Keprihatinan Baginda terhadap isu belia sudah lama dizahirkan menerusi inisiatif Selangor Youth Community (SAY), sebuah platform yang dibangunkan oleh belia untuk belia.
Melaluinya, generasi muda dipupuk dengan nilai kepimpinan, ketahanan dan jati diri nilai yang seiring dengan misi CPS dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian, pembuangan dan eksploitasi.
Dengan latar pendidikan yang mengagumkan di mana baginda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekologi dan Biologi Alam Sekitar) dari University of Leeds, latihan ketenteraan di The Royal Military Academy Sandhurst, serta Fellowship Kepimpinan Transformasi di University of Oxford. Baginda membuktikan kepimpinan tidak hanya lahir daripada takhta, tetapi juga dari pengalaman, ilmu dan dedikasi.
Ditubuhkan sejak tahun 1991, CPS Malaysia terus gigih menjadi benteng utama dalam usaha memastikan setiap kanak-kanak membesar dalam persekitaran selamat, penuh kasih sayang dan sarat peluang. Melalui advokasi, pendidikan dan perlindungan langsung, CPS mendukung visi sebuah Malaysia di mana setiap anak dihargai, dilindungi dan berhak berkembang ke tahap potensi terbaik mereka.
Keprihatinan Tuanku terhadap pemerkasaan belia dizahirkan melalui Selangor Youth Community (SAY) yang telah membangunkan pelbagai platform dinamik, oleh belia untuk belia, dalam usaha memupuk kepimpinan, ketahanan serta jati diri.
Nilai-nilai ini selaras dengan misi CPS untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian, pembuangan dan eksploitasi, serta memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan sarat dengan peluang.
Dengan keberangkatan Tengku Amir Shah sebagai Penaung Diraja, misi ini bukan sekadar perjuangan sebuah pertubuhan, tetapi tekad bersama bahawa anak-anak kecil wajar tumbuh dalam dunia yang melindungi, bukan melukai mereka.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempat Terbaik Untuk Dilawati Di Sabah Ikut Personaliti Perjalanan. Menarik Untuk Diterokai

Pepatah mengatakan, “Untuk benar-benar mengenali dunia, kita perlu terlebih dahulu mengenal latar belakang sendiri.”
Seiring dengan persediaan negara dalam mengalukan kedatangan pelancong antarabangsa sempena dengan kempen melawat Malaysia 2026, kita perlu merebut peluang ini untuk menerokai destinasi tersembunyi dalam negara.
Anda pasti pernah terdengar tentang Sabah dan destinasi pelancongannya yang menarik dari gunung yang tinggi, hingga ke lautan yang dalam. Sebagai pulau ketiga terbesar di dunia, negeri Sabah yang terletak di bahagian utara kepulauan Borneo, menawarkan banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik dan harus dilawati.
Destinasi Versatil
Memang tidak dinafikan lagi, Sabah merupakan sebuah destinasi yang versatil. Sama ada anda gemar menyelam, meredah hutan, meneroka budaya atau pengembaraan, negeri Sabah merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk perjalanan solo, berbulan madu, aktiviti berkumpulan atau dinikmati bersama keluarga. Kenali 6 tempat yang wajib dilawati di Sabah untuk setiap jenis pengembara.
Si Pencinta Alam
Pencinta alam pastinya akan menyukai khazanah eko di Sabah, dari gunung yang tinggi hingga ke lautan yang dalam. Mari kita telusuri ke salah sebuah hutan hujan di Sabah iaitu Maliau Basin sambil menikmati muzik alam semula jadi. Bermula dari panggilan sang ungka pada waktu pagi hingga alunan bunyi si reriang yang kuat dan membingit telinga pada jam 5 petang.
Tamsilnya, Lembangan Maliau dan kawahnya yang unik merupakan salah satu misteri alam semula jadi terhebat di Borneo. Maliau Basin menawarkan pakej pendakian selama 5 hari, bagi lawatan air terjun yang terkenal, termasuklah merasai pengalaman berkhemah dalam hutan.
Walau bagaimanapun, jika anda belum bersedia untuk menghadapi pengalaman berkhemah, Pusat Kajian Lembangan Maliau juga menawarkan penginapan yang lebih selesa di rumah penginapan mereka. Penginapan ini sesuai bagi mereka yang mengambil pakej pendek untuk melakukan aktiviti seperti safari malam, berjalan menyusuri kanopi dan trekking ringan.
Bayangkan keindahan rantau dan peluang yang bakal dirasai apabila anda dapat melihat hidupan liar di sini. Pastinya percutian ini menjadi pakej yang tidak ternilai bagi pencinta alam di luar sana.
⦁ Destinasi bulan madu
Jika anda ingin menikmati suasana percutian romantik, Bigfin Beach Resort Kota Belud merupakan salah satu lokasi percutian anda yang ideal. Resort pantai yang menarik dan eksklusif ini terletak di atas bukit dengan pemandangan Teluk Mengakabar dan Pulau Pandan yang menakjubkan.
Pasangan bulan madu boleh menikmati pengalaman menyelam dengan persekitaran yang tenang di resort ini yang mempunyai kemudahan pusat menyelam PADI 5 bintang. Aktiviti lain termasuk papan kayuh berdiri, berkayak, snorkeling dan merentas hutan pada waktu malam.
Oleh kerana resort ini hanya mampu menampung maksimum 21 orang sahaja dalam satu masa sekaligus pasangan pengembara dapat menikmati percutian mereka di tepi pantai secara peribadi.
⦁ Kaki makan
Selain makanan tradisional, ramai pelancong gagal menyedari bahawa hampir setiap daerah mempunyai makanan yang unik untuk lokalitinya. Misalnya, bahagian pantai timur Sabah di Sandakan, merupakan destinasi yang sesuai untuk kaki makan merasai pengalaman pelbagai kulinari. Sebagai permulaan, bandar ini terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan murah. Antaranya ialah udang, ketam, kerang dan ikan yang dimasak menjadi juadah yang pelbagai. Selain itu, Sandakan juga terkenal dengan tart UFO, yee mee udang Sandakan, nasi kuning dan bah kut teh.
Bagi sesi minum petang pula, lokasi yang digemari ramai termasuklah Kedai Kopi Baru Bar Lok Yuen yang menyediakan ‘roti kahwin’ panas, pilihan pastri dan ayam goreng yang terkenal dari Mee Ngar, dan minuman cincau dari Kedai Yap Syn Kee.
Walau bagaimanapun, disamping keseronokan mencuba pelbagai makanan di Sandakan, terdapat beberapa lokasi yang terkenal di bandar ini yang harus dilawati, seperti Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC), Muzium Agnes Keith dan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) di Sepilok bagi peluang melihat maskot hidup TMM 2026.
⦁ Penggemar pengembaraan
Penggemar aktiviti pengembaraan pasti bakal teruja apabila mereka mengetahui tentang senarai pilihan yang terdapat di Sabah. Dari segi sukan lasak, Sabah terkenal dengan penganjuran pertandingan larian denai. Acara tahunan seperti Jejak Ultra TMBT dan Ultra Kadamaian bakal berlangsung tidak lama lagi pada bulan Julai dan Ogos ini di bawah gabungan siri Asia Trail Master. Kebiasaanya, anjuran ini diadakan di kawasan luar bandar kerana hutan hujan pergunungan di Borneo mempunyai rupa bumi berceranggah sesuai untuk larian denai yang mencabar.
Bahkan, ramai pelari yang berlumba akan mengambil kesempatan untuk berehat selepas perlumbaan dengan aktiviti berkhemah, mandi sungai dan menyertai program homestay. Walau bagaimanapun, jika larian denai terlalu lasak untuk anda, terdapat juga aktiviti pengembaraan santai lain yang boleh dilakukan. Antaranya, anda boleh berakit di Sungai Padas, luncur layar di Bukit Kokol, berbasikal di Lahad Datu, atau mengharungi ngarai Sungai Taralamas. Aktiviti ini pasti akan mencetuskan adrenalin yang menyeronokkan dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
⦁ Pencinta Budaya
Sesetengah pengembara suka menyelami budaya masyarakat tempatan. Malah mereka menganggap melancong sebagai peluang terbaik untuk mempelajari budaya, sejarah dan gaya hidup komuniti tempatan. Salah satu cara terbaik untuk merasai budaya dan tradisi Sabah adalah dengan menyertai lawatan homestay yang selalunya dikendalikan oleh penduduk tempatan di kawasan luar bandar sebagai inisiatif pelancongan berasaskan komuniti (CBT).
Bahkan, terdapat lebih 30 persatuan pelancongan daerah Sabah yang aktif dalam menawarkan produk CBT seperti inap desa. Sebagai contoh, Homestay Sunsuron di Tambunan menawarkan pengalaman tempatan asli yang dipilih susun oleh tuan rumah Kadazandusun sendiri.
Aktiviti lain termasuklah lawatan ke Pusat Maklumat Rafflesia, lawatan perkampungan, penanaman padi, mendaki ke Bukit Kolindasan dan kelas membuat tapai. Lazimnya semasa malam kebudayaan, tetamu dapat mengambil bahagian dalam tarian dan seterusnya berpeluang mempelajari tarian tradisi. Pengalaman seperti ini sangat menyeronokkan dan memperkaya pengalaman budaya.
⦁ Peminat kemewahan
Bagi pelancong yang mementingkan suasana santai seperti layanan VIP, Gaya Island Resort di Kota Kinabalu merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Perjalanan bot yang singkat dari terminal Jesselton Point akan membawa anda terus ke resort pantai tropika yang zen di sudut Taman Marin Tunku Abdul Rahman.
Bahkan, tempat peranginan eko-mewah berhadapan pantai ini berlatarbelakangkan hutan hujan semula jadi. Terdapat juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan, seperti berkayak bakau, yoga, perkelahan pantai, dan pengalaman kulinari Borneo, semuanya di kawasan resort peranginan ini, seterusnya memberikan pengalaman yang intim.
Setiap vila di resort ini direka khas dengan keanggunan kontemporari yang luas untuk memberi pengenalan budaya di Sabah. Setiap kakitangan Gaya Island Resort juga berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan hospitaliti yang terbaik mengikut keperluan setiap tetamu. Bagi percutian yang tenang, Gaya Island Resort oleh YTL juga menawarkan pengalaman eksklusif di darat dan laut.
Sama ada anda mendambakan adrenalin atau lebih suka percutian santai, Sabah akan sentiasa menawarkan tempat menarik untuk setiap jenis personaliti pengembara. Negeri ini menawarkan penerokaan, penemuan, dan pengalaman menakjubkan yang bakal mentakrifkan Sabah sebagai destinasi utama untuk budaya, pengembaraan dan alam semula jadi.
Justeru, anda dijemput datang beramai-ramai untuk mengunjungi Pavilion Sabah pada 18 hingga 20 April 2025 di Pameran Pelancongan Matta, MITEC Kuala Lumpur untuk mengetahui maklumat lanjut tentang tempat-tempat menarik di Sabah. Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bersama lebih 40 agensi pelancongan dari Sabah akan mempamerkan pakej-pakej pelancongan menarik ke Sabah.
Bahkan banyak kejutan hadiah yang bakal ditawarkan dan aktiviti menarik seperti permainan Watch & Win and Find Me! Selain itu, dengan tema ‘Teroka Sabah, Dulu Bah’ STB akan memberikan rebat baucar pelancongan sehingga RM100.00, dengan setiap pembelian transaksi yang dibuat daripada mana-mana ejen pelancongan dan hotel Sabah.
Pameran Matta ini juga akan mempamerkan jenama pakaian tempatan Chanteek Borneo dan minuman premium Uinah di Pavilion Sabah. Rebutlah peluang ini dan jumpa di sana!
Maklumat lanjut di www.sabahtourism.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Heliza Helmi & Adik, Nur Hazwani Antara Aktivis Global Sumud Flotilla Ditahan Tentera Israel Di Satu Tempat

Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini memperlihatkan detik cemas apabila para aktivis dan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dikumpulkan di satu kawasan selepas ditahan oleh tentera Isr4el.
Dalam rakaman itu, turut kelihatan wajah dua anak Malaysia yang kita kenali, penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah.
Video berdurasi singkat tersebut memperlihatkan kesemua aktivis dari pelbagai negara duduk berkelompok di atas lantai, sementara Menteri Keselamatan Isr4el, Itamar Ben-Gvir berdiri di hadapan mereka sambil bercakap dalam bahasa Ibrani. Kehadiran beliau nyata menimbulkan keresahan, apatah lagi ia dimuat naik dengan naratif propaganda yang cuba melabelkan aktivis kemanusiaan ini sebagai “pengganas”.
Disahkan Oleh Cinta Gaza Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mengesahkan bahawa dua sosok yang dirakam dalam video itu sememangnya Heliza dan Hazwani. Malah menurut beliau, The Helmis merupakan peserta terakhir yang dipilih menyertai misi flotila, selepas sanggup meninggalkan Madinah demi menyertai perjuangan membawa bantuan untuk Palestin.
“Semangat mereka tinggi, masa ditangkap pun cukup gagah dan reda. Kakja (Heliza) dan Ika (Hazwani) antara peserta akhir yang dipilih kerana sanggup berkorban untuk bersama misi ini,” jelas Nadir di Instagram.
Beliau turut menegaskan bahawa video yang disebarkan Israel itu jelas berbentuk propaganda, kerana hanya menunjukkan sepotong rakaman semata-mata. Menurutnya lagi, tentera Zionis cuba menggambarkan seolah-olah flotila hanya membawa satu kotak bantuan, sedangkan hakikatnya ratusan kotak telah dibeli, dipaket dan diagihkan oleh pasukan Sumud Nusantara ke dalam kapal misi.
Doa & Harapan Dari Rakyat Malaysia
Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, turut berkongsi semula rakaman berkenaan di Instagram Story sebagai bukti kehadiran isterinya serta adik ipar di lokasi kejadian. Sementara itu, di ruangan komen media sosial, ribuan rakyat Malaysia tidak putus-putus menitipkan doa agar semua aktivis berada dalam keadaan selamat.
“Heliza dan Hazwani duduk dekat tengah-tengah tu. Cuba tengok, ada tentera bersenjata di belakang mereka,” tulis seorang pengguna.
“Ya Allah, lindungi mereka. Semoga kembali ke tanah air dengan selamat,” doa seorang lagi netizen.
Propaganda Zionis Semakin Ketara
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Ben-Gvir mendakwa aktivis flotila membawa “bahan kimia” di atas kapal. Tuduhan yang jelas tidak berasas dan sengaja dicipta untuk mengaburi dunia. Rakaman turut menunjukkan beliau memasuki salah sebuah kapal dan cuba menuduh kononnya wujud elemen berbahaya di situ.
Walau apa pun cubaan Zionis, semangat perjuangan dan keberanian para aktivis, termasuk Heliza dan Hazwani, menjadi bukti bahawa misi kemanusiaan ini bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa suara hati jutaan rakyat dunia yang mahu melihat Palestin bebas dan merdeka.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah “Tidak Ada Fasa ‘Declare’, Bila Serius Bawa Beli Cincin”

Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah. Bagaikan satu kejutan apabila mengetahui perkhabaran perkahwinan pelakon Redza Rosli dan hos Hlive Bella Hanna.
Pasangan yang berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka itu, telah selamat bernikah petang tadi. Tidak disangka pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta yang sama-sama dibintangi Redza dan Bella telah menyatukan pasangan ini.
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah
Pasangan sama cantik sama padan itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur berwalikan bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Pada majlis tersebut Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Manakala pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dari pengantin lelaki dan dibalas tujuh.
Tak Nak Berkawan Lama-Lama
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Redza menjelaskan dirinya dan Bellas sudah lama berkawan.
“Kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” ungkap Redza.
Tanggungjawab Besar Sebagai Suami
Kini selepas bergelar suami, Redza akui tanggungjawabnya semakin besar.
“Selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” ungkap Redza.
Baca Disini :Lelaki Termasuk Yang Dah Kahwin Memang Suka Tengok Perempuan Lain, Sekadar Pandang, Itu Normal
Sumber : Harian Metro & Facebook TV3 Malaysia
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI