Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai, “Minta Bekas Suami Munculkan Diri…

Share

 Raja Azura tuntut nafkah anak selepas 15 tahun bercerai. “minta bekas suami munculkan diri. Selepas mendiamkan diri selama 15 tahun tidak membuat tuntutan nafkah selepas perceraian, hari ini Raja Azura muncul di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah.

Jelasnya tindakannya berdiam diri sebelum ini bukan bermakna dirinya berdiam namun gerakan hati ini datangnya dari Allah taala.

“Alhamdulillah, mungkin ini gerak Allah. Saya rasa, hari ini adalah hari yang sangat sesuai,” katanya kepada media.

Mesra disapa Kak Engku, jelas pelakon dan pengacara ini dia meminta agar bekas suaminya, Adzmin untuk memunculkan diri selepas menghilang sejak 2010.

“Ini bagi  memudah dan melancarkan urusan tuntutan nafkah ketiga-tiga anak saya. Sewaktu saya bekerja di Suria FM pun, saya pernah berikan bayangan kepada bekas suami. Waktu itu, topik yang dibincangkan adalah mengenai ‘provider’ (pemberi nafkah).

“Waktu itu, saya nak dia munculkan diri. Kalau tak nak jumpa saya pun, boleh berjumpa dengan pengurus saya. Dia boleh berhubung dengan pengurus saya. Tapi, tak ada sebarang maklum balas,” katanya memaklumkan sejak berpisah pada 2010, dirinya memang tidak pernah bertemu bekas suami atau berkomunikasi.

Kak Engku tak pernah mengajar anak-anak membenci bapa mereka sebaliknya menasihati anak-anaknya seramai tiga orang untuk menghormati ayah mereka.

Masa yang sama, walau sudah berpisah lama, dirinya sentiasa mengingatkan anak-anaknya iaitu  Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 agar tidak membenci bapa mereka walau apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

“Anak-anak tidak membenci bapa mereka kerana saya didik mereka supaya tidak membenci. Apa sahaja yang berlaku, jangan benci. Terima dengan ketentuan Allah SWT dengan baik. Terima dengan tenang.

Tambahnya Raja Azura lagi, dia menyeru bekas suami untuk memunculkan diri bukan untuk membuka aib sesiapa.

“Dalam hal ini, kita nak santai-santai dan berharap dia dapat muncul. Mungkin dia malu atau segan. Jangan. Saya tetap Raja Azura seperti yang dulu,” katanya.

“Jangan menghilangkan diri. Kalau dia dah berkahwin dan berkeluarga pun, beritahu. Sekurang-kurangnya, anak-anak tahu kalau mereka ada adik beradik lain,” katanya yang berkahwin pada 2001 dan berpisah sembilan tahun kemudian iaitu pada 2010. Sumber :- Harian Metro.

Published by
Almaswa Haji Che Ros