paha

Muka kecil tapi paha jenis bersayap? Alahaaiii… nak pilih saiz baju pun agak susah kalau macam ini!

Percayalah, lemak kaum perempuan tidak terkumpul di perut tetapi di paha. Sebab itu ada sesetengah perempuan yang kelihatan kurus di muka, tapi sebenarnya masih mengalami masalah berat badan berlebihan.

Emosi perempuan akan berkecamuk dan tak selesa nak makan banyak! Bukan sahaja peha yang besar, ada juga yang mempunyai punggung yang lebar. Haaa… inilah tip dan cara mengecilkan paha yang bakal memberikan anda keyakinan baru!

1. Sayuran & Buah-buahan

Sayuran dan buah-buahan adalah kunci kepada kesihatan pencernaan yang baik.

Apabila anda lebihkan sayuran dan buah-buahan, anda juga akan lebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan ‘portion’ makanan anda.

Selain itu, gantikan snek dengan buah-buahan sihat atau kekacang seperti badam, pistachio, atau almond. Lebih sihat!

2. Lakukan Senaman ‘lunges’

Kebanyakan wanita memang kurang bersenam. Tetapi hakikatnya, ‘lunges’ adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah dan terbukti berkesan membakar lemak dan kecilkan perut, punggung, dan peha.

Ikuti 2 langkah mudah seperti dalam gambar di bawah ini.

IKLAN

Teruskan ‘lunges’ ini selama 30 saat pada posisi A sebelum beralih kepada posisi B

3. Pakailah Bengkung Atau ‘Shapewear’

Jika malas melakukan senaman, anda boleh juga melabur sedikit untuk membeli bengkung atau ‘shapewear’.

Dapatkan material yang sesuai dengan saiz yang elok supaya shapewear yang dipakai dapat memberi kesan yang optimum.

Selain mengurangkan lemak-lemak yang terkeluar, ini turut memberi kesan untuk jangka masa panjang.

Menariknya, anda juga dapat melihat kesan serta-merta. Ini amat berguna, lebih-lebih lagi jika anda sedang bercadang untuk menghadiri makan malam yang penting!

IKLAN

4. Guna Krim Anti-Selulit

Peha dan punggung adalah antara bahagian yang selalu menjadi mangsa selulit.

Tapi jangan risau kerana terdapat krim di pasaran untuk membantu menghilangkan kesan selulit pada kaki.

Krim ini boleh menjadi sangat berkesan dalam melicinkan kemunculan lubang-lubang kecil akibat selulit apabila digunakan secara konsisten.

Jika anda tidak mahu membeli krim selulit, boleh buat skrub sendiri di rumah dengan menggunakan 1/4 cawan serbuk kopi, 2-3 sudu besar minyak zaitun, dan 3 sudu besar gula perang.

5. Tolak Ketepi Gula!

Sebuah kajian yang dilaporkan oleh CNN menunjukkan 10 hari tanpa gula akan menunjukkan kesan kesihatan serta pelangsingan yang jelas.

IKLAN

“Walaupun kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak, tiada sebab ia tidak memberi hasil yang sama kepada orang dewasa,” kata Dr Robert Lustig dan kumpulannya yang menjalankan kajian tersebut.

Jika anda berasa sukar untuk menghentikan pengambilan gula serta-merta, cubalah berhenti secara perlahan.

Contohnya, menahan daripada mengambil gula pada makan malam terlebih dahulu.

6. Buat Senaman Kardio

Satu lagi cara yang sihat untuk kecilkan perut, punggung, dan peha adalah dengan melakukan senaman kardio.

Apabila anda membakar lebih banyak kalori berbanding yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan dan mendapat kesihatan yang lebih baik dan tentulah tubuh yang cantik.

Senaman kardio yang paling berkesan adalah joging, berjalan, naik turun tangga, atau berbasikal dam kesemuanya menggalakkan pergerakan kaki yang aktif.

Macam mana, masih nak biarkan lemak semakin bersarang atau kikis bagi hilang? Tepuk dada tanya selera!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI