Musim hujan-hujan ni memang perut selalu lapar dan minta diisi. Jika nak buat sarapan atau minum petang yang mudah, mak-mak boleh cuba resipi Roti Telur Sardin viral yang sedap ni. Hanya guna 6 bahan utama je dan cukup mudah disediakan dan pastinya sedap terutamanya bila makan panas-panas.
Berikut perkongsian resipi oleh Nur Aisya sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
Sardin
3 biji telur
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Daun sup
Bawang merah (hiris)
Cili merah (hiris)
Telur
Roti Potong
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
Ads
2.Celup roti dalam bancuhan telur, kemudian goreng dengan sedikit minyak.Goreng sehingga kekuningan.
Ads
Siap!
Info Ekstra!
Sardin tu, nak goreng dulu baru hancurkan pun boleh. Terus masukkan mentah pun boleh.
Ads
Makan dengan mayonis dan sos cili lebih sedap!
Semoga bermanfaat!
Mak-mak boleh lah cuba buat resipi roti sardin telur ini sendiri di rumah iya. Cukup mudah nak disediakan, anak-anak pun mesti suka!
Buah Tembikai antara buah kegemaran ramai dan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri.Namun bukan mudah untuk memilih buah tembikai yang rasanya segar, manis dan juicy.Seringkali ramai yang menyesal dan kecewa membeli buah ini, akibat tersalah pilih. Buahnya tawar, tak segar dan kurang berair.Sebenarnya ada beberapa tips tertentu yang boleh mak-mak jadikan panduan sebelum membeli buah ini.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.
Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.
Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni. Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.
Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.
Pilih tembikai yang mempunyai timbangan berat berbanding dengan saiznya. Walaupun kecil saiznya tapi berat bila ditimbang. Ini menandakan isi tembikai segar berair.
Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.
Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.
Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.
Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.
Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.
Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.
Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.
Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.
Semoga tips dan info yang dikongsikan ini bermanfaat, mak-mak bolehlah amalkan makan buah tembikai selalu dan ikut panduan ini sewaktu nak beli buah tembikai nanti.
Kasut bersepah itu memang semakkan pandangan. Rasa sakit hati tu makin bertambah bila tengok kasut dalam rak pun sama berterabur.
Tepuk dahi dibuatnya. Macam mana nak susuh kasut bersepah dalam rak bagi cantik. Macam Puan Maryam Salleh ini, awalnya dia panggil ‘orang buat kabinet’.
Tapi sekali tengok harga nak buat rak kasut built in saja, total kosnya dah cecah RM2500. Lagilah tepuk dahi.
“Haish! Bersepah-sepah kasut dalam rumah ini. Dah kena beli almari lagi ke? Kalau tambah almari tak ada space pulak.
“Baru je tu hari kasi mak satu almari kasut Jati. Takkan aku nak beli lagi.” Omong saya sendiri sambil garu-garu kepala.
Ambil fon terus whatsapp orang kabinet suruh datang buat almari kasut built in hari ini juga. Maka, datanglah brader kabinet. Tercungap-cungap ke rumah saya.
“Boss saya nak buat almari kasut built in dari bawah ini sampai syiling atas. Kasut banyak tak muat almari ini.”
Brader tu pun ukur panjang, ukur lebar space yang ada. Lepas siap ukur dan kira, total RM2500 siap pasang.
“Mak aii sampai beribu bos?” Terus hilang nafsu nak buat.
“Takpelah bos bajet kurang hado nak buat. Ingatkan bawah RM1000. Ni hampir RM3000, nampaknya saya kena menabung dulu lah ya. Cukup duit nanti saya roger bos!”
Brader tu pun balik dengan perasaan hampa.
“Nak jadikan cerita, saya ternampak shoe slot ni kat kedai Eco tu hari. Jadi saya cuba beli 7 pcs. Balik rumah susun kasut.”
Mak-mak perasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.Silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak.
Walaupun dekat paket silica gel tu tulis “THROW AWAY” tapi sebenarnya ia masih bermanfaat dan mak-mak ia boleh digunakan lagi untuk tujuan lain.
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan silica gel ini didalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
Bagi mak-mak yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut sukan. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin yang diletak dalam beg tu.
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan silica gel dan handphone kedalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.
Keadaan bilik mandi yang lembab dan basah menyebabkan alat pencukur mudah berkarat jika disimpan disini. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tidak berkarat caranya mudah. Hanya perlu meletakkan alat pencukur ini dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica diantara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, mak-mak boleh cuba silica gel untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada paket kedalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi selepas ini, mak-mak jangalah buang silica gel ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara tersebut.