Sepanjang bulan Oktober lalu, Hard Rock Hotels, Cafes, dan Casinos di seluruh dunia ‘berubah warna merah jambu’ dengan mengambil bahagian dalam usaha mengumpul dana untuk menyokong Hard Rock Heals Foundation®, cabang kebajikan Hard Rock, di mana hasil kutipan akan disalurkan kepada American Cancer Society dan badan amal tempatan.
Hard Rock Hotel Desaru Coast terus memperkukuhkan dedikasi mereka terhadap bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mempromosikan pengesanan awal dan pencegahan dalam komuniti Johor.
Projek istimewa yang telah berlangsung selama lima tahun itu telah menunjukkan komitmen Hard Rock Hotel Desaru Coast mengumpul dana untuk ‘Prosthesis Project’ bersama Breast Cancer Support Group (BCSG) Johor Bahru, yang telah menyumbangkan prostesis yang mengubah kehidupan kepada 100 orang penyintas kanser payudara.
Wakil hard Rock Hotel Desaru bersama pihak media dan wakil Breast CancerSupport Group (BCSG) Johor Bahru
Gitar Tanda Tangan Sheila Majid
Salah seorang artis paling ikonik Malaysia, Sheila Majid, menunjukkan sokongan beliau untuk bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan menandatangani gitar eksklusif untuk Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Ads
Gitar ini akan menjadi tumpuan utama kempen PINKTOBER, mengingatkan kita tentang bagaimana muzik dapat menyatukan komuniti dan menginspirasi tindakan untuk tujuan yang bermakna. Anda boleh melihat gitar ini di acara PINKTOBER Tribute Night Event.
Tetamu hotel juga berpeluang menyokong bulan PINKTOBER dengan pelbagai cara di Hard Rock Hotel Desaru Coast. Sama ada anda menikmati menu istimewa PINKTOBER di Sessions, mendapatkan barangan eksklusif PINKTOBER di Rock Shop, atau sekadar menikmati suasana, anda turut menyumbang kepada pergerakan global untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara.
Kebun Komuniti
Pada tahun ini, kerjasama Hard Rock Hotel dengan BCSG menjadi lebih bermakna dengan menghasilkan resipi berkhasiat daripada kebun komuniti yang diusahakan oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah bersama sekumpulan penyintas kanser payudara.
Ads
Inisiatif ini bukan sahaja menekankan kepentingan pemakanan sihat untuk pencegahan kanser, malah memperkasakan penyintas dengan berkongsi perjalanan mereka melalui sajian yang menyihatkan. Buku resipi ini dijual pada harga RM40 dan semua hasil jualan akan didermakan kepada BCSG.
‘Prosthesis Project’ adalah inisiatif yang kami sertai sejak lima tahun lalu bersama BCSG. Projek ini bertujuan menyediakan prostesis yang berkualiti kepada mereka yang telah menjalani pembedahan mastektomi. Melalui hasil kutipan dana, kami telah membantu menyediakan prostesis kepada lebih 100 wanita, menjadikan hidup mereka lebih selesa dan yakin,”ujar Chef Halim.
Sebagai seorang chef, saya percaya makanan bukan sahaja mengenyangkan perut tetapi juga dapat menyatukan komuniti. Melalui projek ini, saya dapat menggunakan kemahiran saya untuk mencipta resipi yang menyokong gaya hidup sihat, khususnya bagi mereka yang sedang pulih daripada kanser payudara,”ujarnya lagi
Ads
Saya berharap projek ini akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai pejuang kanser di luar sana. Kami juga bercadang untuk memperluaskan inisiatif ini dengan melibatkan lebih banyak komuniti dan terus memberi inspirasi kepada mereka melalui program kesedaran dan aktiviti kulinari.
Sokongan anda, sama ada melalui pembelian buku resipi atau menghadiri acara kami, sangat bermakna. Ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang. Setiap langkah kecil membawa impak yang besar.
Chef Halim mengakhiri perbualan dengan harapan bahawa usaha kecil ini dapat mencetuskan gelombang perubahan positif dalam kehidupan ramai individu. Projek ‘Prosthesis Project’ adalah bukti nyata bagaimana gabungan kreativiti, komitmen, dan kasih sayang dapat memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan.
Setiap kali Ramadan semenjak enam tahun lalu, Majalah RASA tidak pernah gagal melunaskan program CSR dengan mengagihkan bubur lambuk dengan kerjasama
beberapa rakan penaja.
Terbaharu, program ini dianjurkan bersama AJI-SHIO® dan FGV Holdings Berhad (FGV) melibatkan penyediaan 2,000 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih-muih
tradisional, yang diedarkan secara percuma untuk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitarnya.
Acara yang berlangsung di Central I-City, Shah Alam baru-baru merupakan inisiatif bukan sahaja menyantuni komuniti Shah Alam, malah turut menyasarkan kumpulan petugas hospital dan pegawai agensi beruniform. Pengedaran khas kepada kedua kumpulan ini adalah sebagai tanda penghargaan bagi bakti mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat di bulan Ramadan.
Program sehari ini mencerminkan tekad Majalah RASA, AJI-SHIO®, dan FGV dalam memenuhi tanggungjawab sosial mereka selain menjalinkan ukhuwah dan persahabatan, selari dengan sambutan bulan Ramadan yang mulia. Seawal pagi segala persiapan memasak disediakan dan aktiviti rewang sebagaimana kita pernah saksikan dalam majlis perkahwinan di kampung dapat disaksikan.
Program ini juga menyajikan bubur lambuk dijamin sedap kerana menggunakan Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa daripada Aji-Shio serta beras wangi Malaysia daripada SAJI Aroma. Sebelum ini, program yang sama telah berjaya dijalankan pada 16 Mac 2024 di AEON Mall Shah Alam dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan.
Program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan 2024 menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Halimi EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor merangkap Adun Kota Anggerik dan turut diiringi barisan pengurusan Ideaktiv Sdn Bhd, FGV dan juga AJI-SHIO®.
Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk ini, selebriti Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil dan Siti Elizad turut diundang. Artis Mila Jirin turut menyumbang suara merdunya di program ini.
Selebriti Turut Hangatkan Suasana
Bagi memastikan kualiti, kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikree dan Chef Naem, pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.
Istimewa pada tahun ini, orang ramai turut disajikan dengan pertunjukan fesyen baju raya inspirasi kuih-muih tradisional. Siapa sangka, rupa bentuk, tesktur dan warna kuih tradisional kita mampu memberi inspirasi kepada 6 pereka fesyen muda yang digayakan oleh 17 model dari QM Model House.
Sementara itu, AJI-SHIO® dan FGV turut melahirkan rasa bangga dan kesyukuran kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui program ini untuk menyatakan komitmen mereka dalam terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Pengedaran Bubur Lambuk telah diadakan di beberapa lokasi dengan edaran tertumpu kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas melalui lapan minggu penuh cabaran, hujung minggu lalu Tilmiz Amnan, 23, diangkat sebagai juara Akademi Qurra’ 2024 yang disiarkan secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah.
Kemenangan itu melayakkan Amnan atau nama sebenarnya Muhammad Amnan Muhammad Sani membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000. Tilmizah Syahira atau Nur Syahira Saiful Adli pula menduduki tempat kedua dan membawa pulang RM10,000, manakala Tilmizah Sofea mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.
Tilmiz Amnan yang ditemui sejurus usai rancangan tersebut berkata cabaran berbeza yang diterima setiap minggu merupakan sesuatu yang amat berharga buat dirinya dan tidak menjangkakan kemenangannya pada malam tersebut memandangkan rakan-rakan lain turut memberi persaingan yang hebat.
“Niat utama saya bukanlah kemenangan, tetapi hendak belajar dan program ini merupakan usaha atau dakwah kecil saya,” ujarnya yang juga merupakan pelajar Universiti Teknologi MARA Sarawak dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
Pentas akhir Akademi Qurra’ 2024 menyaksikan Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah sekadar meraih hadiah sagu hati dengan masing-masing membawa pulang RM1,000.
Dalam pada itu, Mudarrisah Nadia Hashim selaku tenaga pengajar memenangi Anugerah Mudarrisah Terbaik sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM3,000.
Bagi Anugerah Alunan Terindah pula diberikan kepada Tilmizah Syahira dan memenangi hadiah wang tunai RM500.
Akademi Qurra telah dihoskan oleh Raqib Majid di mana ia turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.
Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu jam 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim. Pada peringkat akhir, juri jemputan termasuklah Erma Fatima.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Saya pegang skrol ini bagi pihak anak saya yang tak sempat berjaya seperti yang dia impikan.”
Itu luahan hiba seorang ibu, Melor Ahmad, yang menyentuh perasaan seluruh dewan ketika majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 berlangsung baru-baru ini.
Dalam suasana yang penuh sebak, Melor dan suaminya, Zuliskandar Zolkeflee, tampil ke pentas mewakili anak sulung mereka, Allahyarham Muhammad Isyraf Mifzal Zuliskandar, yang telah pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan jalan raya, Ogos tahun lalu.
Ketika pasangan suami isteri itu menerima skrol Diploma Pengajian Perniagaan milik arwah anak mereka, air mata mengalir deras. Bukan sekadar kerana rindu yang tak berpenghujung, tetapi juga kerana impian dan cita-cita anak mereka tidak sempat direalisasikan.
Anak Sulung Yang Menjadi Harapan
Melor, 47 tahun, berkongsi bahawa Isyraf adalah seorang anak yang sangat bertanggungjawab, ringan tulang dan amat menghormati ibu bapa. Dia bukan sahaja anak sulung, malah menjadi harapan besar keluarga dalam mengejar ilmu dan mencipta kejayaan dalam hidup.
“Dia tidak pernah menyusahkan kami, sangat mendengar kata. Jika saya atau ahli keluarga perlukan pertolongan, dialah yang pertama akan datang. Anak saya ini terlalu baik… dari kecil sampai besar, dia sentiasa jaga hati saya,” ujar Melor sambil menyeka air mata.
Berjuang Demi Masa Depan
Isyraf merupakan penuntut semester kedua dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran. Kerana minat mendalam dalam bidang perniagaan, dia mengambil peluang cuti semester untuk bekerja sambilan sebagai penghantar makanan Foodpanda – bukan semata-mata demi wang, tetapi untuk mengutip pengalaman berniaga.
Namun, takdir berkata lain. Pada 25 Ogos 2024, ketika dalam perjalanan menghantar makanan di Kuching, Isyraf terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Lebih memilukan, kejadian berlaku sebulan sebelum tarikh lahirnya yang ke-23.
Reda, Tapi Rindu Tak Pernah Hilang
Sebagai ibu, Melor tetap reda dengan ketentuan Ilahi. Namun, rasa rindu terhadap anak tersayang tidak pernah berkurang, malah semakin menyesakkan dada terutama bila melihat rakan sebaya anaknya melangkah ke pentas konvokesyen.
“Saya tahu dia berusaha keras demi masa depan. Kalau dia masih ada, tentu dia sendiri yang berdiri menerima skrol ini… Tapi saya yakin, dari ‘sana’ pun dia pasti bangga,” ujar Melor dalam nada sebak mengakhiri perbualan.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan...