
Potong Rambut Di Salon, Betul Ke Muslimah Kena Bawa Balik Tanam
Potong rambut di salon, apa yang anda perlu buat dengan lebihan rambut yang sudah dipotong itu? Paling tidak kita biarkan tukang gunting uruskan.. betul tak? Rupanya sebaik dipotong, rambut perlu ditanam ya mak-mak. Hadam penjelasan yang dikongsikan oleh pendakwah bebas, yang juga penulis buku, Ustaz Mustafar Mohd Suki.
Apatah lagi rambut itu sendiri adalah aurat bagi wanita. Yang mana ia ialah bahagian wajib yang perlu dipelihara daripada dilihat oleh mereka yang bukan mahram. Namun, bagaimana cara yang sesuai malah terbaik untuk membuang atau melupuskan rambut yang telah dipotong supaya aurat wanita ini tak dilihat oleh sesiapa pun.

Hukum Memotong Rambut Bagi Wanita
MEMOTONG RAMBUT BAGI WANITA ASALNYA ADALAH DIHARUSKAN OLEH SYARAK. TETAPI MESTILAH TIDAK MENYERUPAI LELAKI, MENIRU ORANG KAFIR DAN SELAINNYA.
Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim yang mana Isteri-isteri Nabi Muhammad SAW pernah memotong rambut mereka. Para ulama berbeza pandangan dan pendapat berkenaan hukum rambut wanita yang telah dipotong sama ada ia dikira sebagai aurat atau tidak.

Mazhab Syafie menyatakan, ia ialah aurat dan wajib dipelihara daripada pandangan bukan mahram. Sementara itu, Mazhab Hanbali tidak menganggapnya sebagai aurat kerana ia perkara yang sukar dielakkan seperti rambut, bulu dan selainnya.
Cara Urus Lebihan Rambut Yang Dah Dipotong
Adapun, cara menguruskannya yang paling terbaik adalah dengan menanamnya dan ia termasuklah kuku dan bulu-bulu seperti pandangan Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitabnya, Mughni al-Muhtaj dalam Mazhab Syafie.
Sumber: Sinar Harian
Kredit foto (top image): Pexels
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
REZEKI Memang Sudah Dijamin, Tapi Kita Kenalah BERUSAHA, Bukan TUNGGU!

Orang tua-tua cakap, cacing celah batu pun boleh hidup, dengan kat lain orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan walaupun di tempat yang sukar. Itulah yang dikatakan rezeki tidak akan datang bergolek kalau kita tak berusaha.
Walaupun rezeki sudah dijamin oleh Allah tetapi jika kita tak berusaha tidak akan menjadi. Pernah kita dengar juga, makanan jatuh sebelum sempat masuk ke dalam mulut dan barulah kita cakap, bukan rezeki kita.
Apa pun, kalau nak kaya sekalipun, kita kena berusaha bukannya tunggu datang bergolek kepada kita. Yakinlah semua ini atas aturanNya. Malah, rezeki itu datang cepat atau lambat, yang penting kena usaha.
Perkongsian daripda Reni Rahmat cukup menarik dan boleh dijadikan pengajaran serta panduan buat kita. Jangan merasakan rezeki kita sudah jamin tapi kita langsung tak nak berusaha. Kena usaha juga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Dapat Anak Lasak, Kurang Bijak Semuanya Rezeki, Mereka ‘Tiket Syurga’ Mak Ayah, Bersyukurlah
Jangan Limitkan Rezeki Pada Kebendaan Saja, Cuba Pandang Orang Lebih Susah, Barulah Bersyukur
Info Lebih Menarik DI SINI
Rezeki, Berusaha Bukan Tunggu
Ada 2 orang sahabat, saling mempertikaikan tentang kebenaran “rezeki”.
Yang seorang; saya namakan sebagai A – mempertahankan pendapat;
Bahawasanya,
“Rezeki” ini tidak perlu di usahakan. Sebab sudah tertulis, yang rezeki ini sudah di jamin. Jadi, jika tidak berusaha pun, tidak mengapa.
Manakala, yang seorang lagi; saya namakan sebagai B – tetap juga mempertahankan hujah nya;
Bahawasanya,
Walaupun rezeki ini sudah di jamin, ia masih memerlukan “usaha”.
Tatkala tidak menemui satu titik persepakatan suara,
Si B mula menyarankan untuk membuat suatu eksperimen bagi membuktikan yang rezeki itu walau sudah di jamin,
Ia masih memerlukan usaha dari makhluk.
Berdekatan dengan tempat mereka ketika itu, kelihatan sebuah masjid.
Si B menyuruh Si A memasuki masjid tersebut dan menyorok di mana-mana tempat, di mana tiada sesiapa yang boleh melihat nya.
Ketika menyorok,
Beliau terdengar beberapa suara di luar yang sedang mengagihkan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
Sewaktu mengagihkan makanan, petugas tersebut bertanya,
“Ada sesiapa lagi yang belum dapat?”
Beberapa ketika, kelihatan tiada yang menyahut, maka, selesai sahaja pengagihan, mereka pun meninggalkan masjid itu.
Si A yang duduk di tempat persembunyian, masih bertahan tanpa makanan untuk hari pertama.
.
Hari kedua, petugas-petugas itu kembali lagi untuk mengagihkan makanan.
Dan soalan yang sama juga di ulang.
Sehingga mereka pasti tiada yang tertinggal untuk menerima makanan, mereka pun beransur pulang.
Masuk hari ketiga, Si A mula berasa tidak dapat menahan kelaparan lagi.
Tatkala, petugas mula bertanya,
“Sesiapa lagi yang belum mendapatkan makanan?”.
Tiba-tiba, kedengaran satu suara yang agak kuat sedang berdehem.
Petugas tersebut, mula melihat dan menjengok ke arah suara tersebut.
Dan akhirnya petugas tersebut menemui Si A yang sedang berada di sebalik almari (tempat persembunyian beliau).
Lalu berteriak lah petugas memanggil rakan nya untuk di berikan sebungkus lagi makanan kepada Si A.
Saya mengikuti kisah ini melalui perkongsian Ustaz Adi Hidayat.
Nyata, kata Ustaz,
Rezeki itu walau sudah di jamin,
Ia tetap memerlukan usaha walau sekecil usaha seperti “berdehem”
Seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Najm: Ayat 39 —
“Dan manusia hanya memperolehi apa yang telah di usahakan”.
MW: Rezeki jangan ditolak dan rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usah. Kena ingat!
Sumber: Reni Rahmat
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jadikan Cara Ini Sebagai Amalan Harian, Gerenti Kehidupan Kita Akan Lebih Baik

Setiap hari yang kita lalui tentulah ingin yang lebih baik daripada semalam. Sudah tentulah kehidupan ini perlukan perubahan dari pelbagai keadaan. Mungkin rezeki hari ini boleh jadi melimpah ruah daripada semalam. Kita tidak tahu kan!
Kadang-kadang, kita tak tahu apa yang kita lakukan semalam itu menajdi asbab untuk kita mendapat lebih baik tanpa kita duga. Namun, jangan fikir apa yang kia buat itu semata-mata inginkan ganjaran.
Dalam kehidupan, untuk menjadi lebih baik, kita boleh lakukan pelbagai perkara yang menjadi amalan harian. Praktikkan sentiasa dan mungkin lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dalam hidup kita.
Perkongsian daripada Nur Atiqah Othman ini oleh dijadikan panduan untuk memastikan kehidupan kita yang dilalui setiap hari menjadi lebih baik. Tapi ada caranya, bukan hanya perolehi dengan senang ye. Kena amalkan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya
Seeloknya Baca Al-Quran Waktu Pagi, Nikmat Seronok Umpama Selepas Bagi Sedekah
Info Lebih Menarik DI SINI
Hidup Lebih Baik – Lakukan Ini Sebagai Amalan
1. Bangun daripada tidur sebelum subuh dan sempat menunaikan solat sunat tahajjud walaupun cuma 2 rakaat.
2. Tunaikan solat sunat sebelum (qabliyyah) subuh kerana ianya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
3. Baca Al-Quran walaupun cuma 1 muka surat. Tetapi, semakin banyak dibaca, semakin banyak bahagia yang akan dipertemukan.
4. Sedekah walaupun cuma RM 1. Sedikit di pandangan kita, tetapi tidak di sisi Allah.
5. Tidak tidur selepas subuh.
6. Tiada iri hati melihat orang lain.
7. Mendoakan kebaikan juga kebahagiaan orang lain kerana doa itu akan berbalik semula pada kita.
8. Percaya bahawa pada setiap percaturan hidup adalah yang terbaik kerana ianya disusun oleh Yang Maha Berkuasa.
9. Solat sunat dhuha biarpun cuma 2 rakaat kerana ia hak tubuh.
10. Istighfar sekurangnya 100 kali.
11. Selawat sekurangnya 10 kali di waktu pagi dan petang.
12. Taat ibu bapa dan berbakti pada mereka.
13. Solat di awal waktu.
14. Hargai dengan apa yang ada.
Percayalah. Sesiapa sahaja yang mengejar dunia, dunia akan lari darinya dan sesiapa yang mengejar akhirat dunia akan tunduk padanya.
Begitulah.
Moga bermanfaat.
MW: Bila kita dah terbiasa lakukan amalan-amalan ini, rasa tidak akn lengkap mahu pun sempurna jika tidak lakukan.
Sumber: Nur Atiqah Othman
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
MEMINJAM DUIT, Jangan Sampai Orang Mengemis Duit Sendiri, Bayarlah Hutang!

Meminjam duit, memang suatu perkara yang agak memalukan, lebih-lebih lagi bila nak berhutang dengan ahli keluarga atau kawan sekalipun. Itu pun bila sudah terdesak dan tak mampu berbuat apa-apa.
Sesetengah orang, hilang rasa malu bila nak meminjam duit, demi untuk kelangsungan hidup. Tapi, bila dah pinjam, janganlah terlalu lama. Ada duit lebih bayarlah hutang. Kadang-kadang orang yang bagi pinjam duit tidak sampai hati untuk minta bayar balik.
Kadang-kadang, kita yang beri hutang pun tak kisah untuk orang yang meminjam duit nak bayar bila-bila. Tapi janganlah sampai buat-buat lupa. Tak kiralah hutang banyak mana sekalipun, waima RM1 pun wajib kita bayar.
Boleh dikatakan kalau bab berhutang ini menyebabkan hilang kawan atau mungkin putus saudara. Semuanya gara-gara berhutang atau meminjam duit.
Kalau dah niat berhutang, kenalah bayar, jangan sampai orang yang beri pinjam duit itu seperti mengemis untuk minta duit sendiri. Seperti yang dikongsikan oleh Aziz Mohd ini. Moga ia memberi panduan buat semua.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: HUTANG Mak Ayah Banyak Pada Anak, Marah Sekalipun Dia Datang Dengan Senyuman, Hiburkan
Jangan Tunda Bayar Hutang, Jadi Asbab ‘Putus Saudara’, Tersekat Urusan ‘Di Sana’
Info Lebih Menarik DI SINI
Meminjam Duit, Lunaskan
Sekitar 4 tahun lalu, sahabat saya meminjam duit, tidak banyak sekitar RM1000..
Dengan alasan untuk mengubati anaknya dan berjanji akan dibayar bila dapat gaji.
Saya berikan dengan niat menolong. Sebulan kemudian, bila tiba waktu gaji, saya menunggu dengan harapan sahabat saya akan melunasinya.
Bulan pertama tak ada khabar hinggalah bulan ketiga. Sampai suatu saat, saya melihatnya menggunakan motor baru dan baru sahaja selesai membeli belah di sebuat pasar raya. Saya nampak, banyak barang keperluan yang dibelanjakan.
Keesokan harinya, saya cuba hubungi dengan niat bertanyakan khabar. Namun, telefon saya tidak di angkat. Saya wassap tetap tidak dibalas.
Hinggalah 5 hari kemudian. Ketika berada di satu tempat, dengan tidak sengaja berjumpa dengannya.
Seperti biasa, saya bertanyakan kabar dan akhirnya bertanya.
“Bro, aku nk guna duitlah, boleh tak bayar hutang aku,”
Dengan lemah lembut dan penuh senyuman.
Namun, dia membentak saya dengan kasar sambil berkata:
“KALAU AKU ADA DUIT, AKU SUDAH BAYARLAH..
TAK PERCAYA SANGAT”
lalu dia berlalu pergi.
Sekitar 2 minggu kemudian, saya ke tempat kerja dan tak sengaja melihat dia sedang mengeluarkan duit dari mesin ATM dan duit yang dikeluarkan itu agak bantyak.
Sudah banyak kali saya melihat kehidupannya yang mewah tatapi tidak pula mampu untuk membayar hutang.
Sehingga sekarang, sudah 4 tahun lebih, saya pun sudah tidak berharap hutang itu akan dibayar. Sebabnya, setiap kali saya hubunginya, tidak ada jawapan dan dia selalu menggelak.
Saat itu, saya seperti pengemis yang meminta minta duit saya sendiri…
Jangan Kecewakan Orang
Saya hanya ingin semua yang pernah berhutang agar segeralah membayarnya. Ini kerana kekecewaan orang yang kita hutang itu sama seperti apa yang saya alami. Sentiasa menunda-nunda untuk membayar hutang.
Hiduplah dengan apa yang kalian miliki dan jangan memaksakan diri meraih kemewahan dengan cara menyusahkan orang lain.
SEDERHANA dengan HORMAT…
Jauh lebih MULIA…
Dari KEMEWAHAN sebuah PINJAMAN..
MW: Sebolehnya kita mahu menolong orang tapi kalau sudah terkena seperti ini, rasa serik pula untuk bagi hutang pada orang.
Sumber: Aziz Mohd
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

