Portal Pantau Anak Ponteng Sekolah, Mak Ayah Sila Semak Sini

Share

Berdepan anak-anak zaman sekarang cabarannya memang lain macam. Bukan semua, segelintir mak ayah berdepan dengan masalah anak ponteng sekolah. Di mata mak ayah anak ke sekolah. Hakikatnya, bila mak ayah jauh dari pintu pagar, anak melencong ke tempat lain.

Tahu-tahu dapat panggilan dari pihak sekolah menyatakan anak tidak hadir untuk sekian-sekian hari. Permasalahan ini sememangnya berlaku dan Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Sungai Besar, Abdul Muiez Ruslee

berkongsi info untuk mak ayah.

Apa perlu dibuat untuk memantau kehadiran anak-anak di sekolah.

 

Kredit foto : backgrounddownload.com

Tahu-tahu Dah 3 Hari Anak Ponteng Sekolah

Isu ponteng adalah isu global sejak zaman tok kaduk lagi. Lebih dahsyat, bila anak pergi sekolah dengan memakai pakaian seragam tapi tak sampai ke sekolah. Melencong ke tempat lain.

Mak ayah mati-mati ingat anak ke sekolah. Rupanya tidak.

Tuan. Anak tuan dah 3 hari tak sekolah. Tuan tahu tak?”

Eh, cikgu. Anak saya pergi sekolah lah. Saya yang hantar dia setiap hari. Macam mana cikgu boleh kata dia tak datang sekolah?”

Macam ni lah tuan. Apa kata kalau tuan datang sekolah. Kita bincang

.”

 

 

Portal Semak Kehadiran Anak Ke Sekolah

Itulah antara dialog yang kerap kedengaran bila ada kes ponteng. Lebih perit, bila mak ayah hanya tahu anak tak datang sekolah bila dapat surat amaran pertama. Sedih betul.

Tapi sekarang, jangan risau. KPM telah memberi satu solusi kepada ibu bapa untuk menyemak kehadiran anak-anak di sekolah. Kiranya, anak tak boleh tipulah.

Macam mana nak semak? Senang saja.

https://public.moe.gov.my

buka link ini. Lepastu daftar.

Kemudian pilih kehadiran. Nah. Semua nama anak tuan-tuan dan puan-puan yang bersekolah di sekolah kerajaan akan tersenarai. Pilih, dan semaklah kehadiran mereka.

Tolong cakna ya mak ayah. Kalau tak nak menyesal satu hari nanti.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

IKLAN