Ads

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Detik bersejarah penyatuan Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain, bukan sahaja mencuri perhatian kerana keindahan majlis, malah keunikan mas kahwin yang dipersembahkan turut menjadi bualan ramai.

Di sebalik pokok ufti yang dihiasi 24 keping dinar emas itu, tersimpan kisah kejutan penuh makna yang tidak disangka-sangka oleh Erra sendiri.

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Menurut pemilik butik gubahan Flora dan Koleksi Meksu, Siti Morni Ismail, 71, Erra sebenarnya turut terkejut apabila menerima mas kahwin berupa pokok ufti emas tersebut walaupun sudah dimaklumkan tentang jumlah 24 keping dinar yang bakal diterima.

“Erra tahu pasal 24 keping dinar itu, tetapi dia tidak menjangka ia digubah dalam bentuk pokok emas. Itu memang kejutan daripada suaminya,” ujar Siti Morni yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam bidang gubahan hantaran.

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Ads

Bertapak sejak 1994 di Kompleks PKNS, Shah Alam, Siti Morni mengakui tanggungjawab menggubah mas kahwin istimewa itu diberikan secara langsung oleh Ezwan, atau lebih dikenali sebagai Mr. E, bersama ibunya yang juga kenalan rapat beliau.

“Ezwan ada beri gambaran kasar tentang apa yang dia mahukan. Dia memang mahu sesuatu yang istimewa, bererti dan boleh menjadi kenangan sepanjang hayat buat Erra,” katanya.

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Bukan Mudah

Proses merealisasikan permintaan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Siti Morni mengakui beliau perlu ‘memerah otak’ untuk mencari idea terbaik agar 24 keping dinar emas itu dapat digubah dengan kemas, elegan dan membawa simbolik tersendiri.

Ads

“Ia perlukan penelitian dan pengalaman. Alhamdulillah, bila niat baik, Allah permudahkan. Idea itu datang dan semuanya berjalan lancar,” katanya bersyukur.

Lebih mengagumkan, gubahan pokok ufti emas berkenaan berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 10 hari sahaja. Hasil sentuhan kreatif itu dipersembahkan pada majlis pernikahan Erra Fazira dan Ezwan Zain yang berlangsung tepat jam 9.19 pagi, Jumaat lalu, di sebuah dewan perkahwinan eksklusif di Kampung Melayu Subang.

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Selain mas kahwin, Siti Morni turut diberi kepercayaan menyediakan buah tangan berupa coklat dan buah-buahan semasa majlis merisik, sekali gus menjadikan sentuhan beliau sebahagian daripada perjalanan cinta pasangan tersebut sejak awal.

Ads

Kehalusan gubahan pokok ufti emas itu nyata mencuri perhatian tetamu yang hadir, malah ramai yang tidak segan menegur dan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas menyaksikan sendiri hasil kerja tersebut.

Pokok Ufti Emas 24 Dinar, Kejutan Istimewa Suami Buat Erra Fazira

Bagi Siti Morni, kejayaan sesuatu gubahan bukan sekadar terletak pada keindahan visual, tetapi pada nilai emosi dan makna yang tersirat. Dan dalam perkahwinan Erra Fazira ini, pokok ufti emas itu bukan sekadar mas kahwin, tetapi lambang kasih, kejutan dan permulaan baharu yang sarat dengan simbol cinta dan penghargaan.

Sumber: Kosmo https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/wanita-popular-kerana-pokok-ufti-mr-e-erra/

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Wanita “Madukan Suami” Sudah Berpisah Sejak 2022, Bekas Suami Pertama Mengaku...

Kontroversi seorang wanita yang didakwa "memadukan suami" di mana pada siang hari berada di rumah suami kedua dan malam di rumah suami pertama seperti didedahkan oleh adik iparnya, Ekin Derahim jelas mengejutkan masyarakat.