‘Pizza’ Segera Guna Mission Wraps, Sapu Sos, Tabur Toppings, Gulung, Susun & Bakar!

Share

Mudah je rupanya mak-mak boleh buat ‘pizza’ segera. Tak perlu susah-susah nak uli doh pizza, guna wraps pun boleh! Menariknya, sesuai untuk hidangan minum petang mahupun sarapan pagi, dan pastinya amat mengenyangkan.Pastinya lebih puas hati sebab boleh letak dan pilih topping sendiri. Hanya perlu sapu sos, tabur toppings, gulung, susun dan bakar!

Berikut perkongsian cara nak buat pizza segera ini oleh Puan Suzi Yanti Md Hane sebagai panduan;

“Yang inginkan kelainan menikmati pizza. Boleh Cuba ye. Letak sos, Pepperoni,Mozarella cheese, Gulung, Susun dalam dulang dan bakar.Sedapppp Sangat.Hidangkan dengan sos Cili kegemaran anda.”

Bahan-Bahan:

Mission wraps (potato/ garlic)
Sos tomato Prego
Beef Pepperoni
Keju Mozarella
Keju Cheddar
Daging Burger (dimasak dahulu & dipotong kiub)

Cara Membuat:

1.Potong kepingan wraps kepada dua bahagian.


2.Sapukan dengan sos tomato prego, taburkan dengan keju mozarella, kepingan beef pepperoni, daging burger dan hirisan keju cheddar.


3.Gulungkan ia seperti dalam gambar.

4.Susunkan diatas dulang pembakar.


5.Taburkan pula dengan keju mozarella.


6.Bakar dalam Suhu 180 dalam 10 ke 15 minit.

Siap! Selamat Mencuba!

Jadi mak-mak bolehlah sediakan untuk hidangan minum petang ni. Cukup mudah dan senang je nak buat!

Sumber:Suzi Yanti Md Hane

IKLAN