Pizza Kuali Homemade, 100 Peratus Masak Atas Api Tak Perlu Guna Oven!

Share

Cuti hujung minggu, anak-anak ada di rumah memang seronok buat aktiviti masak-memasak ni. Bagi mak-mak, dapur memang sentiasa berasap je untuk sediakan makanan buat anak-anak. Baik sarapan pagi, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam. Belum campur kudapan sampingan.

Salah satu resipi yang mak-mak boleh buat dan jadikan aktiviti bersama anak-anak adalah buat pizza kuali dengan mereka. Tak perlu risau kalau rumah takde oven, sebab pizza ni hanya perlu masak atas api. Cukup mudah! Malah lebih jimat dan puas hati, boleh letak banyak-banyak ‘topping’ yang kita suka.

Berikut perkongsian resipi daripada Puan Murni Rahmat sebagai panduan;

“Pizza kuali lagi,kali ni untuk bekal anak gi sekolah.100% masak atas api,tak perlu oven.Yang dah masak, tabur oregano atas tu..memang sedap, kalah pizza hut & domino”.

Resepi untuk 5 keping pizza

Bahan-Bahan (Topping):

** Sos Pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam-macam topping (Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood)

Cara Membuat:

1.Tumis bawang holland dan bawang putih, bila dah wangi masukkan bahan basah yang lain. Contoh, ayam,hotdog dan cendawan.
2.Tumis sampai masak ye, perasakan dengan garam dan lada hitam, nak letak bbq sos pun boleh..ketepikan.

Kalau nak mudah.. beli apa-apa sos pasta perisa original/ traditional. Kalau nak buat sendiri;

Bahan-Bahan:

3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecik mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato

Cara Membuat:

1.Potong halus bawang putih dan tumis sampai naik bau.
2.Masuk bawang dan tomato yang dikisar, masak sampai pecah minyak.
3.Masukkan tomato puree/sos tamato.Tambah mix herbs dan kiub ayam.
4.Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Bahan-Bahan (Doh):

1kg Tepung gandum
2 cawan Air suam
1 peket Mauripan
2 sudu Minyak masak
1 sudu Gula
Secubit garam

Cara Membuat:

1.Gaul tepung dengan minyak.

2.Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat dekat tangan,tutup dengan tuala lembab, rehatkan 1 jam.

*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1cawan air tu,tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula..lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih baru campur dan uli tepung jadi doh.

3.Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.

4.Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.

5.Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.

6.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali.

7.Masa masak tu ikut tebal mana pizza tu..macam saya tebal dalam 1cm,api kecikkkk… dalam 10 mnit.

Info Ekstra!

* Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.

* Kalau suka lembut gebu macam roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.

*Susun siap-siap atas kuali ye..baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu..sebab topping tu berat..nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.

* Cheese tu ambil masa 3-4mnit untuk cair ye.Cheese kena pakai mozzarela untuk effect tarikkk.. kalau tak kisah boleh je guna cheese apa pun, sedap je tapi tak boleh nak main tarik-tarik la. Saya guna mozzarela dan cheddar.

* Nak cepat, buat pakai roti nan/arab.

* Resepi doh ni boleh buat donut,roti dan pau.

Siap! Selamat Mencuba.

Sumber: Murni Rahmat

IKLAN