Sakit perut akibat senggugut setiap kali datang haid memang sengsara. Mood pun jadi tak menentu, serba serbi rasa tak selesa. Sebenarnya, masalah haid tidak lancar dan sakit senggugut ini boleh diatasi dengan petua mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja.Cara nak buat pun senang je.

Bukan mak-mak je yang boleh amalkan, anak dara pun sesuai sangat.

Berikut merupakan perkongsian petua daripada Sumaiyah Abdullah ini‎;

Bahan-Bahan:

8 batang serai-diketuk
1 ketul halia sebesar ibu jari
1 sudu besar habatussauda’
1-2 sudu besar madu
4 gelas air

Petua Mudah Lancarkan Haid & Redakan Senggugut Dengan 4 Bahan Ini

Cara Membuat :

1.Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

IKLAN

2. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum.

Petua Mudah Lancarkan Haid & Redakan Senggugut Dengan 4 Bahan Ini

Waktu Minum:

Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan segar.

IKLAN

Petua Mudah Lancarkan Haid & Redakan Senggugut Dengan 4 Bahan Ini

Info Ekstra!

KHASIAT SERAI

Bersifat antiseptik, anti depresi, anti mikrobial, anti fungal serta astringen. Membantu memecahkan angin serta melancarkan darah haid.

KHASIAT HALIA

Bersifat antacid, antibakterial serta anti fungal. Terkenal dengan alternatif untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan angin dan toksin dalam badan.

IKLAN

KHASIAT HABATUSSAUDA

Bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, antiseptik, anti aging serta anti fungal. Berupaya untuk merawat masalah peranakan termasuk melancarkan pengeluaran darah haid. Ia juga memelihara keseimbangan dan kekuatan sistem hormon serta melambatkan proses penuaan.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan mint-mint gitu. Amat berkesan untuk redakan senggugut.

*Elakkan minum ais untuk kesan optimum.

Selamat Mencuba!

Sumber: Sumaiyah Abdullah‎ via MAHN

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI