Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Ads
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
Ads
3.Simpan dalam peti sejuk.
Ads
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah! buat pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang menerima cahayamata pertama baru-baru ini.Bukan mudah seorang isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak buat suami. Perjuangan 28 jam di bilik bersalin, pastinya suatu pengalaman hebat dan akan menjadi kenangan manis buat pasangan ini.
Menerusi akaun Instagram, Ezzaty berterima kasih kepada ibunya dan juga rombongan Umrah yang berada di tanah suci kerana mengerjakan solat hajat bagi mempermudahkan proses bersalinnya.
Dia juga memberitahu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan kini dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Berkongsi mengenai proses kelahiran bayinya itu, Ezzaty memberitahu ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan selepas bertarung nyawa selama 28 jam di dalam bilik bersalin. Bagaimanapun dia bersyukur semuanya selamat dan berharap puteri sulungnya itu dapat menceriakannya mereka sekeluarga.
“Terima kasih kepada semua rombongan jemaah umrah ibu dan bapa saya di Makkah buatkan solat hajat untuk saya. Alhamdulillah baby dan saya sihat. Terima kasih juga kepada followers yang sentiasa mendoakan & menasihati saya. Semua saya hargai sangat-sangat. Alhamdulillah syukur. Pengalaman di labor room selama 28 jam ni jadi satu kenangan dan pengajaran buat saya dan suami yang takkan kami lupakan. InsyaAllah dgn kehadiran puteri sulung kami ni akan menceriakan lagi keluarga kecil kami❤Sekali lagi terima kasih sangat semua.”
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Azwan Kombos dia menceritakan perjalanan sebelum bergelar seorang bapa.Dari seorang lelaki yang gemarkan muzik heavymetal, berusaha menjadi lelaki yang penyayang dan jatuh cinta dengan sesorang yang berbeza.
Kemudian kini, kelahiran anak perempuan seberat 2.9kg, miliki rambut yang lebat dan berkulit cerah.Dilahirkan secara normal pada 6 Disember pada pukul 10.27 malam, setelah 28 jam berada didalam bilik bersalin.Azwan juga rasa bersyukur proses kelahiran bayi mereka dan segalanya berjalan lancar.
“Once upon a time theres a boy who really love heavymetal music. Then he had grown up to be as charming as he can or at least he tried. Then he fall in love to someone who just out of his league. And now, theres a baby!! Weight about 2.9kg, massive hair with a fair skin. She was born normally on 6 of december at 10.27pm after struggling for 28hours in a labor room. Alhamdullilah. Everything went well with Allah’s will. And the boy who had grown up to be a daddy will love his daughter until more than the end of time. Ameen.”
Rata-rata pengikut IGnya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Kami daripada team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kelahiran cahayamata ini. Selamat berpantang buat Ezzaty dan semoga bayi menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah.
Kalau kerap sangat anak demam suhu panas yang agak lama berbanding biasa, itu mungkin tanda-tanda tonsil menyerang. Selain itu anak-nak akan jadi sakit tekak dan sukar menelan, radang atau bengkak tonsil biasanya disertai sakit telinga, sembelit, sakit kepala,lemah tubuh dan hilang selera makan.
“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.
Gambar 2 menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mantapnya lakonan Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin dalam Fatonah Azali. Wataknya buatkan mak-mak yang menonton cerekarama itu lebih sayang dan dekat dengan ibu Fahad Ibrahim ini. Terutama mak ayah yang ada anak-anak istimewa, autisme.
Ramai sebenarnya yang belum faham, anak-anak autisme ini bagaimana. Ada yang melabelkan mereka sebagai terencat akal walhal anak-anak istimewa ini ada ciri-cirinya. Dan setiap mereka unik.
Bila Nad Zainal jadi Fatonah dalam cerita itu, dia menjiwai wataknya dengan berkesan. Nad dapat tonjolkan ciri-ciri autisme yang ada dalam sesetengah kanak-kanak.
Buat mak ayah yang ada pengalaman yang sama, lagi dekat dengan cerita itu. Nad sendiri terima ‘surat cinta’ daripada ibu bapa istimewa ini. Banyak sekali. tapi ada satu yang benar-benar terkesan di hatinya.
“Saya buka DM saya hari ini, banyak betul “surat cinta” buat Fatonah.. tapi yang paling buat saya tersentuh ialah.. INI.
“Mereka yang punya anak autisme, percayalah Allah menyayangi anda. Anda sudah ada saham di akhirat kelak. Anak autisme ialah insan terpilih.. Anak syurga. Insyaallah, amin. Tahniah kepada ibu bapa, anda sangat HEBAT!”.
Luah Nad pada kiriman DM yang disampaikan oleh peminatnya bernama Sabrina yang ada anak autisme bernama Qaisara Firzanah.
“Semalam teruk saya menangis bila cerita Fatonah Azali. terbayang macam mana agaknya hidup anak saya di masa hadapan.
“Sejujurnya, awak berjaya menghidupkan watak Fatonah. Rasa macam tertusuk pisau hati ini dirobek-robek bila orang jahat buat perangai.
“Lagi sedih masa ending dia. Masa hantuk-hantuk kepala kat almari sebab ingat balik apa orang jahat itu buat. Sedih giler. Menitik-nitik air mata ni.
“Moga awak terus berjaya menghayati watak. Awak dah banyak menyentuh hati mak bapak yang ada anak istimewa ni. Tak percaya gila FB Autime Malaysia.
“Dan awak akan tau betapa lakonan awak berjaya menyentuh hati kami semua.” Kata Puan Sabrina dalam DMnya pada Nad Zainal sehari yang lalu.
Sebelum ini watak gadis autisme pernah Nad Zainal bawakan dalam telefilem ‘Andai Bukan Khilaf’. Karya itu juga sebuah naskhah berat yang perlu Nad jayakan. Kali ini, sekali lagi Nad berjaya membuktikannya.
Sememangnya pelakon lulusan Diploma Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini berusaha keras menjiwai wataknya. Sampaikan Nad yang berkawan dengan Sharifah Sakinah tak bertegur sapa sepanjang pengambaran.
Ini dikhabarkan oleh pelakon Sharifah Sakinah dalam instagramnya, “Kudos to Nad Zainal for playing her part as special girl who was born as autism.
“Too bad we didn’t have single pics together, it’s because we didn’t even talk to each other in order for her to really feel and be in character. Hahah tu lah sampai tak bertegur.”
Begitulah baik Nad Zainal mahupun Sharifah Sakinah, masing-masing memberi komitmen dan menghormati karakter masing-masing.
“Tau ramai lagi tengah layan Fatonah, ada yang dah record ada yang tengok kat Tonton, ada jugak di saluran saluran “gelap”.
“Dah la tu.. hapuskan airmata mu.. boleh move on dah.. lusa tengok Jurnal Suraya tapi ini pun kena standby tisu. Bye dari Fatonah and Fatonah Azali Team.” Perkongsian terbaru Nad yang sudah pun move on dengan watak Fatonah.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.