Pasangan suami isteri ini, Nor Shaeriani Awang Hamat dan Mohamad Farishal begitu bertuah memiliki 7 cahaya mata perempuan kesemuanya. Dua daripadanya pula sepasang kembar. Tetap yang paling bongsu, anak perempuan berusia, dua bulan.
Ketujuh-tujuh anak perempuannya berusia dalam lingkungan 13 tahun hingga 2 bulan. Tetap, kehadiran anak perempuan ini tak sekali pun mematahkan semangat suami isteri ini untuk menimang anak lelaki.
Rezeki dikurniakan 7 anak perempuan buat pasangan ini bersyukur. Dalam masa sama tak putus asa. “Saya dan suami okay saja. Berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini. Mudah-mudahan sebelum 40 tahun. Bermakna ada tiga tahun lagi untuk kami mencuba. Mana tahu dapat rezeki kembar lelaki pula.”
Suatu ketika dulu, orang tua pernah beri Nor pesanan, kalau nak anak lelaki kena curi senduk di rumah keluarga yang ramai anak lelaki.
“Saya tak mahulah curi-curi ini.. tapi kalau beritahu tuan rumah, petua tu tak menjadi.”
Tak cukup dengan itu, suami isteri ini cuba juga petua pemakanan. Ambil banyak daging dan seafood dalam makanan harian.
Mencubalah suami isteri ini makan daging dan seafood banyak-banyak. Sudahnya kolesterol suami pula yang naik. Tetap, anak perempuan juga yang mereka peroleh.
Bila mengandungkan anak ketujuh ini, ramai ahli keluarganya yang tertanya-tanya akan jantina anak bongsunya itu. Waktu mengandung Nor dah dapat agak yang anak terakhirnya ini juga perempuan.
Nor sedar melalui alahan yang sangat teruk dari trimester pertama sampai 4 bulan. Sama saja macam kehamilan sebelum-sebelum ini.
Tapi, Nor tidaklah kecoh-kecoh. Dia pendam saja nalurinya itu. Rupanya, suaminya pun merasakan hal yang sama. Sampailah Nor bersalin, mereka masih merahsiakan jantina bayi ketujuhnya itu dari pengetahuan anak-anak yang lain, ahli keluarga mahupun kenalan.
Sampaikan anak-anak yang lain telefon sebab tak sabar nak tahu jantina adik mereka. Ayah pula yang minta kakak-kakak bersabar dan tunggu saja adik pulang ke rumah.
Ads
Elok saja sampai rumah, kakak-kakak terus selak pampers adik. Terkejut masing-masing bila tahu mereka dapat adik perempuan lagi. Gelagat lucu anak-anaknya itu sempat dirakam buat kenangan.
Ragam 7 Puteri, Masing-masing Berbeza Perangai
Kata ibu ini, setiap anak-anaknya berbeza perangai. “Yang kembar lain perangainya. Kakak pula ragamnya lain. Adik pun lain caranya. Kalau bergaduh mulut, biasalah perempuan.. gaduh mulut saja.
“Kalau bab makan, lebih senang. Semua ikut selera mak dia. Bab beli baju pun mudah. Cuma beli tiga saiz saja; yang besar, tengah-tengah dan bayi. Sama juga dengan permainan. Semua sama harga dan patern.”
Dari kecil, Nor didik anak-anak perempuannya buat kerja rumah. Buat yang ringan-ringan dulu. Misalnya, sidai, angkat dan lipat baju, cuci pinggan mangkuk dan kemas rumah.
Kalau tak sekolah kena bangun awal. Solat Subuh dan Maghrib berjemaah.
Ads
Itulah usaha kecil yang ibu ini cuba terapkan dalam diri anak-anak. Lagipun, dia sedar tak selamanya ibu ayah diizinkan hidup. Dan usaha itu jadi lagi mudah bila kakak-kakak sudah boleh diharap.
Disebabkan tujuh anaknya perempuan, setiap kali ke luar rumah dan hadiri mana-mana majlis, keluarga ini sering jadi tumpuan. Ada yang bertanya ‘bila nak dapat anak lelaki.’
Bagi suami isteri ini, anak lelaki atau perempuan keduanya sama saja. Yang penting, cara didikan mak ayahnya. Doa anak soleh tetap sampai pada kedua ibu bapanya. InsyaAllah.
“Ini semua rezeki dari tuhan. Pasti ada hikmahnya. Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan, tak apa. Nanti tunggu menantu lelaki pula.”
MW : Memang meriah bila rezeki dikurniakan 7 anak perempuan ini. Bila dah ramai-ramai macam tu, masing-masing nampak macam BFF saja.
Cuba perhatikan dalam rumah, cuba mak-mak tengok keadaan kipas siling. Nampak masih ok atau dah nampak buruk dan berkarat? Hah, ini lah waktunya untuk bagi cantik sikit kipas siling tu.
Sebenarnya, ia boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar ataupun nak kena tukar kipas yang lain. Dengan hanya menggunakan semburan ‘Spray Paint’ sahaja.
Cara nak buatnya pun mudah sangat. Hasilnya nanti, kipas siling lama nampak baru dan cantik.
Ikut cara ini.
Bahan Diperlukan:
Cat Semburan ‘Spray Paint’ (Ikut Suka Pilihan warna)
Kipas Siling Lama
Scrapper (pengikis)
Kain pengelap
Cara-Caranya:
Langkah 1: Buka dan bersihkan bilah kipas dengan kain lap, kikis sisa karat yang ada pada bilah kipas.
Langkah 2: Semburkan dengan spray paint warna pilihan anda.
Langkah 3: Biarkan semalaman atau tunggu sehingga ia benar-benar kering dan pasang semula kipas tersebut.
Siap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Najman Positif Covid-19 tahap 4, begitulah perkembangan terkini bekas penyampai radio Era dan Sinar FM, Najman Mohamed, 51 yang sedang dirawat di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru selepas disahkan positif Covid-19 tahap empat.
Seperti yang difahamkan perkembangan terbaharu keadaan Najman kini sudah berada ditahap empat berikutan paras oksigen dalam badannya yang semakin menurun. Sementara isterinya beransur pulih yang sebelum ini Positif Covid-19 di tahap empat.
Najman Positif Covid-19 Tahap 4
Sebelum ini menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, Najman berkongsi tentang keadaan dirinya yang terpaksa menggunakan oksigen.
“Demam melampau, level oksigen bawah level 92. Atas nasihat doktor guna oksigen.
“Ya Allah, sembuhkan penyakit hambamu ya Rabb,” tulis Najman.
Malah pada masa yang sama Najman juga turut menerangkan isteri, Hawa Atan dan dua anaknya Amirul Akidd dan Amirul Akiff turut disahkan positif.
“Isnin pagi buat senaman paru-paru, rasa lain macam dan terus ke hospital. Sampai terus terus buat Xray dan City Scan sebelum disahkan Covid tahap 3.
“Isteri ditahan di hospital pada 13 Ogos lalu dan sekarang berada di tahap empat dan sampai hari ini oksigen tidak stabil serta diberikan bantuan oksigen. Anakanda Amirul Akidd pun positif dan menjalani kuarantin di rumah,” luahnya yang pada waktu itu berasa tidak sedap badan ketika melakukan senaman sebelum dimasukkan ke hospital.
Allah Jua Yang Maha Penyembuh
Najman juga memohon doa dari orang ramai agar keluarganya diberi kesembuhan.
“Mohon doakan kami diberikan kekuatan dan kesembuhan. Allah jua yang Maha Penyembuh.
“Stay at home. Virus ni tak nampak dan tidak bergerak, manusia yang menggerakkannya,” terang Najman.
Sumber/Sumber Foto: Facebook Najman Mohamed
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi Nurul Wahab (Nourul Depp) atau nama sebenarnya Noorulhuda binti Abdul Wahab merayu kepada rakyat Malaysia yang prihatin agar sama-sama membantu Pertubuhan Kebajikan Nur Hati untuk membaik pulih penempatan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Kata Nurul lagi ketika ini pertubuhan kebajikan ini terpaksa menghentikan sementara projek membaik pulih rumah berkenaan memandangkan mereka kekurangan kewangan untuk meneruskan kerja-kerja tersebut.
“Kami memohon sumbangan ikhlas. Pertubuhan Kebajikan Nur Hati ini adalah sebuah rumah yang terletak di Ampang. Yang menempatkan anak-anak yatim, anak-anak tak sah taraf dan juga ibu tunggal.”
Anda yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya ke :
MAYBANK NURHATI SERVICES 562674227790
Atau hubungi talian : 01132313138 en zaid @ 01132540540 pn natasha
Ibu Anak 3 Ini Makin Cantik Di Usia 40-an
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian dan saya mohon sharekan post ini.” tutur Nurul dalam instagram miliknya.
Akui Nurul lagi rumah kebajikan ini merupakan rumah kebajikan nombor 1 yang dia sukan bantu. Sekitar Disember tahun lalu, Nurul turut menjayakan malam amal ‘Glitter & Masquerade Cahrity Party bersama Dee (Jangan Ketawa) bagi membantu dana rumah kebajikan ini.
Nurul yang ketika ini bersama Herballife Malaysia sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti menyihatkan tubuhnya. Dia tak lupa untuk membuat rutin senaman, malah aktif berzumba. Tak hairanlah dalam usia 40-an ini, Nurul tetap kelihatan cantik jelita. Malah tubuhnya makin langsing dan menawan.
Siapa kata, wanita 40-an tak boleh cantik. Nurul telah buktikan yang gaya hidup sihat inilah yang menjadikan minda seseorang lebih positif dan cergas sepanjang masa.
Cikgu BI mengaku dakwaan Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh hanya ‘content’ TikTok. Seorang guru Bahasa Inggeris mengakui kandungan TikTok yang mendakwa remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, meninggal dunia akibat dimasukkan ke dalam mesin basuh hanyalah sekadar ‘content’.