Bagi peminat haruman eksklusif di utara tanah air, nama Perfume Paradise bukan lagi asing. Produk yang sudah tiga tahun menawan hati pelanggan di Euphora Pulau Pinang  menjadi tumpuan utama dalam acara Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise yang berlangsung baru-baru ini.

Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise Curi Tumpuan di Pulau Pinang, “70 Pilihan Haruman Menjadi Kegemaran Pelanggan” .

Menurut Mohd Syamil Khusairi, Pengurus Euphora Pulau Pinang, produk ini bukan sahaja antara ‘top seller’ di kedainya, malah kekal menjadi pilihan pelanggan kerana kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.

Ads

“Kami ada lebih 70 wangian berbeza yang memenuhi cita rasa pelanggan – daripada aroma lembut dan feminin sehinggalah haruman maskulin dan eksklusif,” jelas beliau.

Wangi, Berkualiti & Mampu Milik

Euphora Pulau Pinang yang sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu, kini dikenali sebagai antara destinasi wajib bagi pencinta haruman. Kejayaan Perfume Paradise menambat hati pelanggan bukan hanya terletak pada variasinya, tetapi juga kualiti dan harga yang berpatutan.

Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise Curi Tumpuan di Pulau Pinang, “70 Pilihan Haruman Menjadi Kegemaran Pelanggan” .

“Sokongan dari pihak HQ Perfume Paradise juga sangat kuat. Mereka sentiasa memastikan produk mudah didapati dan sampai ke tangan pelanggan kami dengan pantas,” kata Syamil.

Ads

Pesta Wangi-Wangian Perfume Paradise Curi Tumpuan di Pulau Pinang, “70 Pilihan Haruman Menjadi Kegemaran Pelanggan” .

Tarikan di Pesta Pulau Pinang

Dalam penyertaan mereka di Pesta Pulau Pinang lalu, Euphora bersama Perfume Paradise mencuri tumpuan ramai. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan, membuktikan permintaan terhadap produk ini semakin meningkat.

Ads

“Pelanggan bukan sahaja tertarik dengan pilihan wangian, tetapi juga konsep booth kami yang mesra pelanggan. Kami beri peluang untuk mereka cuba dan alami sendiri keunikan setiap haruman,” tambah Syamil.

Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa

Dengan tagline “Haruman Yang Menyatu Dengan Jiwa”, Perfume Paradise bukan sekadar minyak wangi, tetapi identiti dan emosi dalam setiap semburan. Tidak hairanlah jenama ini terus menjadi pilihan wanita dan lelaki dari pelbagai peringkat usia.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI