Pesanan syahdu Zizi Kirana buat adik perempuannya. Allahu sedih pula bila Zizi Kirana tinggalkan pesana khusus buat adik perempuannya.
Zizi yang kini sedang berlayar menuju Gaza memberi pesanan buat adiknya Nurul Nazielah agar menjaga keluarga jika terjadi apa-apa tidak diingini sepanjang mengikuti konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) ke bumi dijarah Zionis itu.
Nurul Nazielah merupakan saudara perempuan nombor dua dalam adik-beradiknya.
“Ini adik perempuan saya nombor dua selepas saya. Jika apa-apa berlaku pada saya, dialah yang akan menggantikan tempat saya sebagai kakak sulung.
“Kakak Ela (nama panggilan), terima kasih untuk kasih sayang dari kecil kita sama-sama, tak pernah gaduh, tak boleh berpisah. Kalau berpisah sekejap mesti nangis.
“Saya tahu awak wanita kuat walaupun kadangkala awak sedikit beremosi. Jaga diri awak baik-baik dan famili kita. Jadi contoh yang baik untuk adik-adik kita yang lain.
“Tolong jaga ibu serta adik-beradik kita, berikan mereka kasih sayang yang melimpah ruah. Semoga Allah sentiasa melindungi awak semua. Sayang kamu Kakak Ela,” coretnya menerusi perkongsian di Insta Stories.
Seperti diketahui umum Zizi kini sukarelawan dari 45 negara lain yang menyertai misi bantuan ke Palestin sudah memasuki zon kuning iaitu sekitar 300 batu nautika dari Semenanjung Gaza.
Sepanjang pelajaran yang bermula pada awal bulan lalu, 54 kapal layar dan bot menuju perairan Gaza berdepan cabaran terutama ketika hampir ke zon kuning selaku kawasan berisiko apabila dipantau dan ditakutkan dengan kehadiran dron dipercayai milik tentera Israel.
Zizi sebelum ini berlepas pada 31 Ogos lalu turut disertai penyanyi Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta pempengaruh, Farah Lee.
BACA DISINI : Zizi Kirana Pilih Kekal Berhijab “Ibu Paling Gembira, Senang Hati. Memang Dari Dulu Suruh Pakai Tudung”
Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.