
Pesan Dr Malar sempena bulan Ramadan, “Peniaga Makanan Sila Bersedia! Ingat, kebersihan tangan anda sebagai pengendali makanan menjadi impak secara langsung kepada kesihatan saya.”
Perkongsian di laman Instagram menerusi segmen Celoteh Dr Malar itu selalu mendapat perhatian orang ramai dan menjadi tarikan untuk sama-sama menjaga kesihatan.
Pesan Dr Malar Sempena Bulan Ramadan

Kongsinya lagi, “Bila saya tengok penjual kuku pun hitam ada banyak daki kat tepi tu, saya dah tak nak beli.
“Tapi masalahnya orang lain selesa sahaja membeli dekat gerai sedemikian. Jadi tolonglah kalau uols meniaga dekat bazar Ramadan atau buat catering, mahu pun buat cookies, tolong jaga kebersihan tangan,” tegasnya demi kesihatan bersama.
Peniaga Makanan Sila Bersedia!

Tidak elok jika main redah sahaja, sebagai peniaga anda kena bersedia banyak hal. Contohnya potong kuku pendek, cuci tangan bersih-bersih. Kalau pakai glove, itu sudah cukup bagus tetapi janganlah pegang sentuh semua tempat selepas itu pegang lagi makanan.
Sebagai peniaga, jadikan sebagai tanggung jawab anda untuk menjaga kebersihan tangan dan keseluruhan tubuh anda.
Mulakan Niat Yang Baik Di Bulan Mulia

Pesannya lagi, “Niatkan anda tak nak memudaratkan atau pun jejaskan kesihatan sesiapa daripada masakan atau pun makanan anda. Niatkan dahulu dengan baik-baik dalam bulan yang mulia ini.
“Lebih baik kalau anda sebagai pengendali makanan, kalau boleh dapatkan vaksin tifoid untuk cegah penyakit muntah dan cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan tifoid.”
Sebenarnya ini memang sesuatu yang wajib di bawah akta pengendali makanan di bawah kementerian kesihatan tetapi pihak pemantau pun diaorang tak dapat nak pantau semua orang. Nak tangkap semua orang. Jadi sebagai peniaga jadikanlah ia sebagai tanggung jawab anda sendiri.
Sambungnya lagi, “Niatkan yang kamu tak nak menyebabkan orang lain sakit muntah cirit-birit sampai hospital sesak disebabkan oleh jualan makanan anda. Boleh tak peniaga mulakan bulan puasa ini?
Haaa… apa pun pesanan ringkas dan padat ini sangat bagus untuk kita sama-sama elak daripada berlaku perkara memudaratkan kesihatan. Kena cirit-birit waktu bulan puasa, penat ya!
Sumber video: Dr Malar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




