Setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masih ramai yang ditahan pihak polis kerana melanggar arahan. Hanya atas sebab degil dan tidak mahu mengikut arahan, mereka perlu membayar denda dan kemudian ada yang dipenjarakan bergantung kepada mahkamah.

Setakat ini, polis hanya melaksanakan tangkapan terhadap individu yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi tidak ada kuasa memenjarakan mereka. Jelas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata hukuman termasuk penjara adalah dalam bidang kuasa mahkamah.

Katanya polis maklum mengenai situasi kesesakan dalam penjara sekiranya pesalah PKP ditempatkan di penjara namun polis hanya melaksanakan tangkapan.

IKLAN

Dalam masa yang sama, pegawai penjara ini turut meluahkan rasa bimbangnya jika ramai orang awam ditangkap atas kesalahan melanggar PKP seterusnya dimasukkan ke penjara. Nasihatnya pesalah PKP jangan sampai “masuk dalam” (penjara) atas kesalahan kecil ini, nanti menyesal dan gelap masa depan.

Ikuti perkongsian Mohd Izrul Helmy Ishak :

IKLAN

Penjara ibarat “BOM JANGKA” bagi pesalah COVID-19 ?

Sebenarnya benda ini sudah lama kita cuba sampaikan kerana saranan Menteri Kesihatan sudah maklumkan untuk putuskan rangkaian penyakit ini. Kita harus jaga jarak, jaga pergerakan antara satu sama lain. Kita ambil satu contoh mudah yang boleh kita ambil adalah tiada kemasukan orang luar ke sesuatu daerah ke daerah. Begitu juga untuk di “PENJARA” .

Untuk makluman sesebuah penjara maksimum boleh mencapai sehingga muster 4 hingga 5 ribu penghuni (penjara yang besar). Bayangkan jika penghuni 4 hingga 5 ribu dijangkiti COVID-19?

IKLAN

Disini kita akan jelaskan satu per satu.

Pesalah PKP adalah (orang awam) yang dimasukkan ke dalam penjara adalah sangat yang berisiko. Macam mana polis usaha untuk tidak menangkap hanya sekadar merotan untuk memberi pengajaran (tahniah untuk pegawai polis kerana usaha yang dilakukan). Begitu juga penjara. Kesan pesalah muda PKP jika dimasukkan ke penjara.

  • Tiada perjumpaan keluarga ketika musim Covid-19. Jika dua tahun musim covid-19 maka dua tahunlah tiada perjumpaan.
  • Rekod dimasukkan ke penjara kekal sehingga akhir hayat. Tidak berpeluang menjawat jawatan kerajaan seperti anggota polis, askar. Sayang seribu kali sayang ada di antaranya memang berkelayakan tapi disebabkan “nakal, degil” hilang segala-galanya.
  • Kemungkinan ada yang mengalami “kemurungan” akibat tekanan jiwa dengan keadaan di dalam penjara.
  • Penjara bukan tempat yang sesuai untuk pesalah-pesalah yang kecil. Sesuai dengan saranan Pengarah Penjara Malaysia, pesalah kecil hanya dikenakan perintah kerja SOSIAL DI BAWAH AKTA KEHADIRAN WAJIB 1954 di mana mereka dikenakan hukuman menjalani perintah khidmat masyarakat tanpa menjalani hukuman pemenjaraan. Kita semua pernah melalui zaman “Nakal”, “Tidak matang”.
  • Artikel Berkaitan:PKP Tak Halang Ibadat, Untung Berkurung Di Rumah Sepanjang Ramadan-UAI

    PKP Diteruskan Atau Tidak, Kerajaan Buat Keputusan Ikut Situasi Semasa COVID-19

    Kesan Kepada Banduan

    Mendapat risiko yang tinggi dijangkiti disebabkan kemasukan pesalah PKP. Ketua Menteri Kesihatan, Dr Noor Hisyam sudah maklumkan bahawa “mereka yang tidak ada gejala pun boleh positif”.

    Bayangkan jika salah seorang pesalah yang ditangkap atas kesalahan melanggar PKP adalah positif dan dimasukkan ke dalam penjara dengan banduan 4 hingga 5 ribu di dalamnya? Bom jangka?                                                                                                                                                                                                                        Kita sedia maklum bahawa di penjara tiada kelengkapan PPE yang mencukupi hanya sekadar mask, sarung tangan, sanitizer. Itu pun bukan untuk semua kakitangan. Malah kemasukan pesalah PKP tidak membuat saringan kesihatan terlebih dahulu dan ini membahaykan penghuni penjara termasuk staff.                                                                                                                                                                                      Untuk rekod perjalanan pula, pesalah PKP juga boleh menipu seperti yang terjadi di hospital di mana pegawai perubatan, nurse turut disahkan positif akibat “pesakit” merahsiakan maklumat. Ayat yang sesuai adalah “menipu”.

    Di dalam penjara, banduan juga mengalami pelbagai penyakit antaranya HIV, tibi, darah tinggi, kencing manis dan warga emas . Akibat “sistem pertahanan lemah” boleh membahayakan nyawa mereka sendiri. Untuk rekod kematian covid-19 kita boleh simpulkan bahawa kematian disebabkan penyakit yang kronik dan sistem pertahanan tubuh badan yang lemah.

    Kesan Kepada Staf?

    Kami tidak dibekalkan kelengkapan PPE yang secukupnya. Jika “diasingkan” sekali pun kami tetap perlu buat rondaan setiap bilik mengikut SOP. Ketika kerja syif malam, setiap staf perlu buat rondaan tidak lebih dari sejam sekali. Seperti mana yang kita tahu virus ini boleh hidup di batang besi beberapa hari.                                                                                                                                                                                         Pakai sarung tangan? Topeng muka? Ini manusia pasti berlaku error juga! Orang kerja (banduan) juga turut boleh dijangkiti ketika edarkan catuan pagi, tengah hari, petang. Bila selesai orang kerja lakukan tugas akan balik semua ke wing masing-masing. Then jika dijangkit? Zombiee Time! Reload! 😂

    Apa yang kita cuba sampaikan hanya sekadar untuk “AVOID” dari berlaku sesuatu yang buruk terhadap banduan dan staff yang menjaga. Kami tak perlukan elaun, kami tak perlukan nama cukup sekadar selamat masuk ke tempat kerja dan balik ke rumah dalam keadaan baik dan selamat.
    Kalau nasi sudah menjadi bubur tidak berguna…
    Benda yang boleh elak, baik elakkan?
    Jalan terbaik untuk tempatkan pesalah PKP? Tunggu abang balik meeting dengan bos-bos besar..                                                                                                                                                                                                                                              Sumber: Mohd Izrul Helmy Ishak                                                                                                                                                                                                        

  • MW:  Hargailah tempoh PKP ini sebaiknya, luangkan masa dengan keluarga. Jika degil dan didenda RM1000 apabila ditangkap, ia sangat merugikan kerana wang tersebut sepatutnya kita gunakan untuk membeli keperluan asas dan makanan.