“Please jangan panik!” Pesan lelaki ini, Hamdan Hashmuddin yang disahkan positif Covid-19 dan ketika ini sedang menjalani rawatan di dalam hospital.
Katanya lagi, bukan semua demam selesema mahupun batuk itu adalah Covid-19. Sebagaimana simptom yang dialami dirinya, berbeza dengan simptom ibu ayah yang turut disahkan positf Covid-19.
Hamdan berkongsi kisah di dalam laman sosial facebook miliknya, bagaimana dia boleh mendapat jangkitan ini dan tanda-tanda yang dialami.
Kongsinya,
Lupa mentioned pulak duk dalam hospital lama-lama sebab apa tadi.. Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid-19.
Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing dari yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB.
Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini?
Saya terkena jangkitan dari ayah saya yang mendapat jangkitan dari satu mesyuarat bersama glc. Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid-19. Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit Covid-19. Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.
Ads
Please jangan panik bukan semua demam selesema or batuk tu Covid-19.
Ini pengalaman saya sendiri.. Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk. Ya means that paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.
Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung.. apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.
Sehingga hari ini parents saya masih positif namun tiada apa-apa sakit. So one might get infected or positive Covid-19 but takde sakit apa-apa pun.. While ada yang kena lalui seperti saya.. shortness of breath and batuk yang sangat perit.
To all of my friends do take care of your family member. Keep yourself sanitize and stay indoors preferably at this moment.
Ads
Kredit foto : infosihat.gov.my
Kredit foto : infosihat.gov.my
Kredit foto : infosihat.gov.my
Ambil Langkah Pencegahan Covid-19 Ini
Pakar Perunding Penyakit Berjangkit, Hospital Sungai Buloh, Dr Suresh Kumar Chidambaram memberikan pesanan kepada orang ramai agar tidak seharusnya berasa panik, sebaliknya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19.
Antaranya,
Jadikan amalan mencuci tangan dengan lebih kerap.
Jangan menggosok muka atau mata tanpa terlebih dahulu mencuci tangan
Kongsinya, disebabkan panik hinggakan ada yang meminta menjalani ujian saringan kesihatan di bahagian kecemasan walaupun tiada sebarang gejala jangkitan Covid-19.
Ads
Malah, ada yang pernah datang dalam bilangan yang ramai (satu bas) kerana dihantar majikan ke hospital untuk pemeriksaan.
Termasuklah mereka yang tak pernah berhubung dengan mana-mana kontak rapat, tetapi didorong kebimbangan kerana demam dan batuk.
MW :Semoga mak ayah semakin cakna, sentiasalah membasuh tangan dengan sabun. Sebaik-baiknya selama 20 saat. Dan fahamkan langkah pencegahan virus Covid-19 yang dikongsikan ini.
Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi. Takdir bagi pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang sejam dan dikebumikan bersama-sama hingga ke liang lahad.
Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.
Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap. Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.
Tak Dapat Menahan Kesedihan
Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.
“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula meninggal dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.
Tokoh Agama Peribadi Mulia
Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian. Muhammad Yunus berkata, sepanjang hayatnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.
“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.
“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.
Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.
Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah meninggal dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.
MW: Salam takziah buat keluarga pasangan ini. Semoga roh mereka keduanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takdir menentukan pasangan ini meninggal dan dikebumikan bersama-sama.
Soal anak, jodoh, berat badan adalah antara perkara sensitif untuk dijadikan bahan gurauan mahupun topik bersembang. Dalam meraikan Aidilfitri ketika ditebak dengan soalan-soalan ini oleh makcik-makcik bawang, memang boleh hilangkan mood untuk terus beraya.
Baru-baru ini, pelakon Siti Elizad ada meluahkan perasaan berang dan terkilan didalam ig story dan twitternya dengan tindakan segelintir tetamu yang sering bertanya soalan berkaitan cahaya mata kepadanya ketika sedang sibuk meraikan Aidilfitri. Elizad atau Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 34, menyifatkan soalan-soalan yang diajukan tersebut sebagai sensitif dan tidak menghormati perasaan orang lain.
“Kepada makcik-makcik bawang, yang kepochi (kepoh) masa beraya, ini aku nak cakap sikit bagi lekat dekat kepala. Soalan di hari raya, bila nak ada anak? Bila nak buat anak? Tak ikhtiar ke? Cara tak betul ke?
“Mari sini aku nak cakap aku ni manusia biasa, jadi tiada jawapan untuk semua itu,” tulisnya di Twitter dan Instagram miliknya pada Selasa.
Elizad telah mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman, 46, pada 11 Januari 2015. Lebih jengkel lagi kata Elizad, pertanyaan tersebut diikuti dengan tindakan memegang dan mengusap perutnya. Pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu berkata, pertanyaan tersebut juga menjejaskan emosinya untuk beraya.
“Sekarang aku faham macam mana budak-budak bujang yang belum ada jodoh, kau sibuk tanya bila nak kahwin? Aku yang sudah kahwin belum ada anak orang sibuk tanya bila nak ada anak?
“Pegang-pegang perut aku sambil cakap belum ada isi ke dalam? Menunjukkan betapa ceteknya didikan kau, kau rasa seronok ke melawak tentang benda tu semua?” ujarnya.
Elizad mengingatkan agar orang ramai tidak lagi bertanya tentang itu kerana ia bukanlah satu gurauan. Tambahnya, sebagai seorang manusia biasa, dia sendiri tidak mengetahui rezeki dan jalan hidup yang sudah disusun untuknya.Malah, dia juga mempunyai harapan untuk dikurniakan cahaya mata seperti mana pasangan suami isteri lain.
“Berhenti bertanya soalan begitu. Kalau tiada soalan nak tanya atau tidak reti bergurau lebih baik diam.
“Belajarlah menghormati perasaan orang sebab itu aku ni jenis tidak lama beraya dekat rumah orang,” katanya.
Ada benarnya apa yang diluahkan oleh Siti Elizad ni. Tak perlulah bergurau atau tanya isu-isu sensitif musim-musim raya ni. Daripada elok nak merapatkan hubungan silahturahim jadi sebaliknya pula, bermasam muka dan berkecil hati.Doakan je yang baik-baik. Semoga Siti Elizad banyakkan bersabar dan dimurahkan rezeki dengan anak satu hari nanti.
Pelakon yang aktif menghiasi kaca TV menerusi karya-karya drama lakonannya, Idris Mat Diah telah meninggal dunia. Arwah yang popular dengan watak ‘Pak Andak’ menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2.30 pagi pada usia 61 tahun di kediamannya di Persint 9, Putrajaya.
Arwah Idris sewaktu membintangi drama 7 Hari Mencintaiku
Seperti mana yang diberitahu kepada Mingguan Wanita menerusi Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, anak Allahyarham, Alia menerangkan ayahnya disedari tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan setengah jam kemudian.
Tiada Selera Makan
“Sejak dua tiga hari lalu, arwah tiada selera makan, sebelum tidak sedarkan diri pada jam 2 pagi tadi,” katanya.
Dalam pada itu, Alia juga turut memaklumkan agar kenalan bapanya untuk menghubungi pihak waris, sekiranya arwah ada berhutang.
“Saya mohon jika ada ayah ada hutang sesiapa untuk hubungi saya,” ujarnya.
Dikenali Menerusi Drama TV
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11 pagi tadi di tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Kepong.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Allahyarham cukup dikenali menerusi drama TV dan sering memegang watak sebagai bapa yang penyayang.
Antara drama lakonannya ialah 7 Hari Mencintaiku, Menantu Bilal, Cucu Tauke Beras, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap dan lain-lain.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!