Berita Sosial

Perjalanan Guru Dan Tiga Pelajar Sertai Kejohanan Ping Pong Bertukar Jadi Tragedi, Barangan Peribadi & Wang Hampir Diambil!

Share

Perjalanan seorang guru dan  tiga pelajar untuk pulang ke sekolah selepas menyertai kejohanan ping pong bertukar tragedi apabila dua daripadanya parah setelah kereta Proton Saga dinaiki terlibat nahas di Solok Duku dengan sebuah lori.

Perjalanan Guru Dan Tiga Pelajar Sertai Kejohanan Ping Pong Bertukar Jadi Tragedi

Dalam kejadian itu, guru pengiring berusia 24 tahun dan seorang pelajar tingkatan empat yang duduk di bahagian penumpang belakang mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam Proton Saga dinaiki mereka.

Dua lagi pelajar berusia 15 dan 16 tahun mengalami patah kaki serta cedera akibat hentakan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh kurang 10 minit menggunakan peralatan khas.
Kesemua mngsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan.

Menurut laporan, lima mangsa terlibat dalam kemalangan itu. Empat mangsa menaiki Proton Saga dengan dua daripada parah, manakala pemandu lori berusia 46 tahun terselamat.

Operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 10 minit menggunakan peralatan hydraulic rescue tools.

Barangan Peribadi & Wang Hampir Diambil!

Turut mendapat perhatian apabila anggota bomba bertindak pantas menyelamatkan barangan peribadi dan wang milik guru selepas dipercayai berlaku cubaan individu tidak bertanggungjawab mahu mengambilnya di tempat kejadian.

Semua barangan itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan.

Difahamkan, kesemua mangsa daripada Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab dan nahas berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Ping Pong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Cheng.

Semoga guru dan para pelajar diberikan kesembuhan sepenuhnya serta dipermudahkan segala urusan buat keluarga mereka.
Sumber: Sinar Harian
Published by
Nadia Mohamad