Aik, pakai baju putih pun salah? Haaa… mesti penggemar pakai baju putih rasa tak puas hati. Sabar ya, baca dulu penjelasan daripada Ustaz Farid Rashidi kali ini, ada sebabnya bila terkaut dosa sekali. Jemput hadam dulu perlahan-lahan.
Pakai Baju Putih Tak Salah Tapi…
Trend sekarang ramai yang memakai baju kemeja putih, blouse putih atau baju t-shirt putih. Ada yang dipakai sedondon dengan pasangannya. Tahukah anda, salah memakai baju putih juga boleh mengundang dosa.
Eh, kenapa? Salahkah pakai baju putih?
Tak. Baju putih tak salah pun. Yang salah ialah cara memakai dan material yang digunakan si pemakai.
Hah? Suspennya!
Ingat tak, pernah masa belajar di sekolah dahulu, para ustaz, ustazah dan cikgu displin selalu pesan khususnya kepada pelajar perempuan supaya tidak memakai baju kurung putih yang nipis, jarang dan menampakkan warna kulit.
Pesanan mereka sangatlah betul. Bukan hanya peraturan sekolah. Ini kerana haram dan berdosa memakai pakaian putih (dan warna lain) yang nipis, jarang, menampakkan warna kulit dan aurat.
Sebenarnya bukan sahaja untuk pelajar sekolah, tetapi juga untuk semua perempuan di luar sana apabila usia mencecah aqil baligh. Tak kiralah, bujang trang tang tang ke, dah berkahwin ke, janda kak limah ke, mak budak ke asalkan yang namanya perempuan. Nenek tak payahlah, muntah hijau atok nanti.
Sebuah pesanan yang disampaikan oleh Saidatina ‘Aisyah dalam satu riwayat:
وعن علقمة بن أبي علقمة ، عن أمه قالت : دخلت حفصة بنت عبد الرحمن على عائشة وعليها خمار رقيق ، فشقته عائشة وكستها خمارا كثيفا
Daripada al-Qomah bin Abi al-Qomah, daripada ibunya berkata: “Hafsah binti Abdul Rahman (anak saudara ‘Aisyah) masuk menemui ‘Aisyah r.a ummul mukminin dalam keadaan Hafsah memakai tudung nipis di kepalanya. Lalu Aisyah r.a mengoyakkannya, kemudian memakainya tudung yang tebal.”
Juga menurut al-Hafiz al-Murtadha al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadah al-Muttaqin, jilid 3 /134 menyebutkan:
“Aurat seorang wanita merdeka adalah seluruh badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangan iaitu bermula daripada kepala jari jemari sampai ke pergelangan tangan.”
Katanya lagi:
“Syarat menutup aurat adalah memakai sesuatu yang menghalang daripada dapat dilihat warna kulit bukan daripada yang menghilangkan bentuk badannya (kerana sebahagaian manusia khususnya yang gemuk sukar untuk tidak menampakkan sedikitpun daripada bentuk badannya).”
Sebagai jalan selamat mengelak dosa, bila pakai baju putih, janganlah pakai baju dalam lain warna supaya tak jelas kelihatan dan pakailah baju lain untuk mengelakkan nampak warna kulit. Biar longgar, tebal dan tidak menampak bentuk badan.
Ya benar, putih itu suci. Tetapi boleh jadi putih itu bisa menjadi kotor akibat percikan dosa manusia.
Nak pakai baju putih, tak salah. Pakailah dengan bersyariat, tidak mendedah aurat. Jangan tunggu hingga orang lain yang tolong memakaikan tubuhmu dengan pakaian putih sudahlah.
Bantu share pesanan ini agar ramai kaum hawa berhati-hati ya. Diizin share ke seluruh sfera bumi.
∞
Walau dah lama berkahwin pun, ada suami mahupun isteri masih tak faham konsep berkongsi dalam rumahtangga. Inilah juga jadi punca, setiap ‘benda’ nak dibahagi sama rata.
Sudahnya mewujudkan sikap ‘berkira’ untuk melakukan apa juga perkara dalam rumah tangga. Baik pendapatan, harta, tenaga, usia malah berkasih sayang itu seharusnya dikongsi bersama pasangan.
Hadamkan perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri akan makna sebuah perkahwinan itu seharusnya bagaimana perlu dibentukkan.
Suami Isteri Masih Tak Faham Konsep Berkongsi Dalam Perkahwinan
Perkahwinan itu perkongsian seumur hidup pasangan suami isteri.
Berkongsi masa. Berkongsi tenaga. Berkongsi usia. Berkongsi kasih sayang.
Berkongsi harta. Berkongsi belanja. Berkongsi tugas. Berkongsi tanggungjawab. Berkongsi masalah. Berkongsi perasaan.
Berkongsi tempat tinggal. Berkongsi pendapatan.
Berkongsi anak-anak. Berkongsi keluarga besar kedua-dua belah pihak.
Berkongsi maknanya bertolak ansur. Banyak benda asalnya milik individu sudah mula bertukar status. Banyak hal yang tidak boleh dipertahankan sebagai hak milik mutlak lagi.
Semuanya adalah milik bersama mulai saat ijab dikabulkan. Bukan benda best saja dikongsi bersama. Benda yang tak best pun mesti dipikul bersama.
Tapi masih ada pasangan yang tak faham konsep perkongsian dalam rumahtangga ini.
Ada suami yang tak faham. Ada isteri yang tak faham. Ada suami dan isteri, kedua-duanya sekali yang faham.
Itu yang jadi berkira tu. Bahagi-bahagi semua benda. Tak boleh nak berlebih kurang langsung.
Semua Nak Dibahagi Sama-sama..
Ini aku punya, itu kau punya.
Keluarga kau, kau punya hal. Keluarga aku, aku punya hal.
Nak balik raya rumah aku, aku yang keluar belanja. Nak balik raya rumah kau, kau yang keluar belanja.
Ada yang sampai macam tu sekali.
Kawan-kawan, kemon la. Apa guna perkahwinan kalau hanya jasad nampak bersama tetapi tiada kesamaan dalam roh dan semangat?
Apa guna perkahwinan kalau suami isteri masih ada sempadan? Apa guna perkahwinan kalau susah dan senang tak boleh nak diharung bersama?
Perkahwinan itu perkongsian. Sebelum berkahwin pastikan betul-betul bakal pasangan kita. Adakah dia boleh berkongsi segala perkara?
Atau kita bakal mendapat sengsara.
Baca sini : Isteri Nak Rezeki Berlebih-lebih, Jangan Berkira Nak Belanja Suami Walaupun Itu Tanggungjawabnya
#KAB
Mingguan Wanita : Apabila sudah sefahaman, sehati sejiwa malah saling bertolak ansur tidak akan wujud tembok sempadan dalam sebuah perkahwinan.
Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri
∞
Damai je hati anak mahupun menantu, bila mana mak ayah puji masakan anak dan menantu yang dihidang depan mata. Lagi-lagi pujian yang disertakan dengan kata-kata yang baik.
Biarpun masakan anak dan menantu itu biasa-biasa saja, tetaplah dihargai penat lelahnya menyediakan juadah untuk keluarga.
Begitulah indahnya pelajaran kehidupan yang kedua ibu bapa ‘Azizah Mohamed ini tunjukkan. Tidak sesekali memperkecilkan usaha masakan anak mahupun menantu.
Ada pengajaran yang boleh mak ayah ambil tahu. Semoga Ramadan ini, jika lebih menjaga kata-kata.
Hilang Sakit Pinggang, Bila Ayah Puji Masakan Anak
Beberapa hari lepas. Saya hidang mee goreng untuk mak ayah.
Mak rasa sesuap.
“Sedap, Zah. Secukup rasa.”
Giliran ayah pula makan. Habis sepinggan ayah bersuara,
“Sedap betul mee Zah. Boleh buka warung depan rumah ni. Hantar Asma’ pergi sekolah, lepas tu start masak. Fuh!”
Ada sekali tu saya hidang ayam masak merah. Mak kata sedap.
Nak tahu ayah komen apa?
“Sedapnya. Macam ni gaya boleh jual dah. Cukup rasa. Eh serius ni. Jual lah. Ayah boleh jadi runner. Oven kat dapur muat berapa ekor ayam? Kalau jadi bisnes kita tukar oven besar.”
Pecah ketawa tukang masak dengar. Padahal ayam masak merah tak guna oven pun
Terhibur sungguh.
Hilang sakit pinggang berdiri lama di dapur. Walhal saya tahu masakan saya sangat sederhana. Namun terasa dihargai sebaiknya.
Alhamdulillah.
Ayah Puji Apa Jua Air Tangan Mak
Hakikatnya, itulah pemandangan di meja makan sejak kecil. Ayah akan puji apa jua air tangan mak. Di hadapan kami.
“Alhamdulillah. This is the best dinner for today!”
Ayat legend ayah. Riuh kami gelak ketawa di meja. Sebab dinner memang sekali sehari kan.
Bila kami dah besar ayah puji masakan anak dan menantu. Jarang ayah komen sepatah. Mesti ada extra feedback yang selalu buat kami ketawa terhibur.
Dan mak pula akan berterima kasih untuk setiap masakan yang terhidang. Sedangkan apalah sangat nak dibandingkan dengan air tangan mak sepanjang membesarkan kami.
Baca sini : Nak hidup tenang, jaga sungguh hati mak ayah, mereka kunci keberkatan
Melalui Mak Ayah, Ini Yang Anak Belajar
Ini bukan post bercerita kesedapan masakan sendiri. Tidak sama sekali.
Namun melalui mak ayah,
Kami belajar betapa mudahnya menggembirakan orang dengan kata-kata yang baik.
Perkataan yang baik akan pergi jauh. Meresap masuk ke dalam hati pendengar. Lantas memberatkan neraca amal soleh kita.
Insya-Allah.
Perkataan yang buruk juga akan pergi jauh.
Menyakitkan hati pendengar. Lalu menjadi pemberat dosa. Melambatkan urusan kita memasuki syurga.
Nauzubillah.
Maka, selagi bernyawa, hati-hati memilih perkataan kita. Moga setiap patah kata menjadi penyelamat di akhirat sana. Di saat mulut ini tidak lagi boleh bersuara mempertahankan kita.
Terima kasih ayah.
Terima kasih mak.
Terima kasih ibu ayah semua.
Syurgalah buat kalian yang mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik. Moga Allah izinkan kita semua berkumpul di sebaik-baik tempat di Syurga.
Yang padanya ‘mereka tak akan mendengar percakapan yang sia-sia dan yang menimbulkan dosa’. (Al-Waqiah:25)
Aamiin ya Mujib.
Mingguan Wanita : Menggembirakan hati orang lain dengan kata-kata yang baik juga memberi kebahagiaan kepada orang di sekeliling. Jagalah tutur kata, jika tiada perkataan baik mahu disebut, maka lebihlah baik berdiam diri.
Sumber/Foto : Anak yang menyerap pelbagai kisah, ‘Azizah Mohamed.
∞
Ramai sebenarnya suami macam ni dekat luar sana. Cuma tidaklah sampai majoriti. Sebahagian saja, suami suami yang tak nampak baiknya isteri.
Buatlah apa pun. Soleklah muka tebal seinci. Kalau hati dah terpana dek kekasih gelap, takkan maunya suami berpaling kat isteri.
Silap-silap disindirnya lagi kita. Dikata, kalau muka dah ghope tempayan jangan cuba cuba menjadi bekas kristal.
Hah! Silap besar lah suami yang menghina isteri semacam itu.
Sebab sekarang Allah bayar cash!
Wahai isteri! Kalaulah suami mu ada ciri-ciri lelaki di atas apa yang perlu kita buat.
Meroyan! Balas dendam! No.. no.. no.. sebab kau takkan menang pun.
Nah, ini tips untuk isteri yang diuji dengan suami lupa diri mata keranjang. (Marah betul ni..)
1. Tengok Solat Suami Mu
Ini paling basic. Kalau solat dia pun tunggang langgang. Kadang buat.. kadang tak.. tak payah harapkan apa-apa dari dia.
Sedangkan dengan tuhan yang menciptakan dirinya pun dia pakai langgar, inikan pulak diri kita.
Yang sesama manusia.
Jadi, forgive and forget saja. Kau move on. Mulakanlah hidup baru.
2. Bagaimana Dia Layan Mak Ayahnya
Katakan suami lulus point pertama tadi. Okay, tengok pulak cara dia layan mak ayahnya.
Berlemah lembutkah? Atau kasar sampai hilang hormat.
Kalau yang ini juga gagal. Jangan diharap kasih anak yang derhaka pada mak ayahnya sendiri.
Sebab kau takkan bahagia pun nanti. Percayalah, bahagianya rumah tangga bila ada restu mak ayah kedua belah pihak.
3. Hadam Baik-baik Cara Dia Melayan Diri Kita
Yang ini paling sukar nak dibuat timbang tara. Sebab melibatkan hati dan perasaan.
Kadang kita rasa suami tak banyak membantu dalam urusan kewangan keluarga.
Tapi dari sudut baiknya, suami sangat mengambil berat akan hal anak-anaknya. Sakit demamnya dialah yang jaga.
Cuma perangainya saja tergelincir dari landasan. Jadi, fikir masak-masak perlukah ruang perasaan diberikan untuk suami.
4. Isteri.. Belajar Belajarlah Sayang Diri Sendiri
Dalam hidup kita ni. Suami itu sebenarnya hadiah dari Allah untuk kita. Bila-bila masa dia boleh ambil.
Sebab tak ada pun yang hak dalam hidup kita ni. Sedangkan diri kita pun sebenarnya hak Allah jua.
Dan ketika diuji suami yang ralit memandang perempuan lain dari isterinya sendiri. Segeralah sedarkan diri.
Rujuk balik poin-poin kat atas tu. Belajarlah sayangkan diri sendiri pula. Iya mula-mula memang susah.
Tapi kalau dah terbiasa nanti, rupanya potensi hidup kita nak jadi orang yang lebih berjaya tu lebih besar lagi.
Dah terbukti dah pun.. isteri-isteri yang dicurangi ni.. bila dia kuat, dia bangkit, dia move on.. dia jadi SANGAT SANGAT HEBAT.
Dan bekas suami yang mencurangi tu tak ke mana pun. Lagi ada rasa bersalah dalam hidup dia ada.
Iya! Dia tak sebut.. tapi ada titik perasaan tu dalam hidup dia. Lelaki kan ego.
∞