kebersihan

Kebersihan ini bukan pada pakaian atau bahagian yang nampak sahaja, bahagian intim pun nak kena jaga.

Bulu kalau dibiarkan panjang tak terurus akan menjadi tempat membiak bakteria dan kuman. Itu yang jadi gatal tetiba.

Ini termasuklah bahagian ketiak, tetapi bercukur tak boleh main hentam saja sebab silap cara kesannya jadi gelap atau hitam.

Jadi untuk tahu teknik bercukur yang betul, ikut tip ini…

1. Cukur Pada Waktu Pagi

Waktu terbaik untuk mencukur bulu ketiak adalah waktu pagi selepas mandi. Lagi pun mencukur pada waktu pagi akan menjadikan kulit bahagian itu lembut sepanjang hari. Jangan tangguh-tangguh, nanti lupa.

IKLAN

2. Buat Selepas Mandi

Sila cukur bulu selepas mandi sebab masa itu kulit masih kendur, malah bulu-bulu ketiak dan tempat intim lebih lembut. Kalau buat waktu kulit tidak kendur dan bulu kasar, kulit di sekitar ketiak akan ikut terkikis yang mana boleh menyebabkan kulit berubah warna menjadi lebih gelap.

3. Cukur Berlawanan Arah

Salah arah mencukur boleh buat pertumbuhan bulu jadi kasar. Kalau nak hasil yang terbaik, anda perlu mencukur berlawanan arah. Tetapi kalau kulit sensitif, cukurlah ikut arah.

4. Gunakan Shaving Cream

Sebelum cukur bulu, anda kena sapu ketiak dengan shaving cream. Fungsinya untuk cegah ketiak dari luka atau iritasi, yang menyebabkan kulit jadi gelap. Kalau tak ada shaving cream, gunakan conditioner.

IKLAN

5. Jenis Kulit Sensitif

Jarang berlaku tetapi andai kata tetiba tengok kulit jadi merah-mrah disebabkan bercukur, terus sapu gel atau losyen yang mengandungi lidah buaya untuk membantu menyejukkan kulit keradangan. Atau kalau iritasi makin teruk, terus letakkan kain basah di bahagian itu.

6. Jangan Terus Pakai Deodorant

Selepas cukur bulu, biarkan beberapa jam (1 atau 2 jam) dan jangan sapu atau sembur deodorant. Biarkan pori-pori kulit menutup sempurna untuk mencegah bahan kimia yang terkandung masuk ke dalam pori-pori.

IKLAN

Pilih Jenis Pencukur Bulu Yang Tepat

Ini penting, sekali pun nak cepat janganlah guna pencukur lelaki. Pilih pencukur bulu bersih dan tajam macam Gillette Venus Comfortglide White Tea Razor yang dikhususkan untuk perempuan. Pencukur yang tumpul boleh membuat kulit melecet, berbekas, dan menyebarkan bakteria.

Apa yang bagus, pencukur Gillette Venus Comfortglide White Tea Razor mampu mencukur bulu-bulu halus sampai bersih tanpa menyakitkan. Direka khas untuk kaum perempuan mengurangkan daripada rasa tak selesa ketika mencukur. Malah bentuknya juga inovatif dan fleksibel, mudah untuk dipegang ketika mencukur di bahagian sudut sulit yang kadang anda sendiri pun susah nak belek.

Kalau niat nak bersihkan bulu, sebaiknya belilah pencukur baru sebab alat pencukur yang sudah digunakan mungkin terselit bakteria.

Jadi wanita, kalau betul nak jaga kebersihan ikutlah teknik yang dinyatakan. Jangan sampai terbiar tidak terurus, tambah pula bahagian intim itu kawasan lembap yang boleh jadi tempat membiaknya bakteria dan kuman. Sebelum melarat, eloklah merawat!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI