Percaya Pada Sahabat Sendiri, Akhirnya Isteriku Dibawa Pergi

Percaya dan setia adalah antara dua perkara yang utama dalam rumah tangga. Begitu juga dalam persahabatan. Rasa percaya dan setiakawan membuatkan hubungan di antara dua individu yang tiada sebarang ikatan darah itu umpama saudara sendiri.

Walau bagaimana pun, hati manusia boleh berubah sekelip mata. Dek kerana godaan nafsu, isteri sahabat sendiri digoda hingga berkecai rumah tangga yang dibina. Ikuti luahan hati seorang lelaki yang dikhianati oleh rakan baik dan isteri sendiri.

Sahabat Susah Senang

Memang ramai sahabat yang baik di dunia ini, hingga mengalahkan keluarga sendiri. Namun, ramai juga yang hanya bertopengkan persahabatan namun akhirnya mengkhianati persahabatan yang terjalin.

Kenalkan aku sebagai A saja, berusia awal 30-an. Aku memiliki tiga orang sahabat karib. Salah seorang bernama Y. Dia kuanggap sahabat dunia akhiratku. Susah senang kami berempat bersama. Aku bertiga sama jurusan namun Y jurusan berlainan. Namun  Walau pun berlainan jurusan tapi kami rapat kerana sebilik.

Di universiti Y bercinta dengan seorang gadis sehingga tahun akhir. Aku pula jenis yang susah nak setia. Sepanjang di universiti tiga kali aku bertukar makwe. Waktu itu, aku tak serius memandangkan aku masih belajar. Lagi pun saham tengah tinggi. Y pula sebaliknya, memang jenis setia. Namun dia teramat kecewa bila gadis itu meninggalkannya tanpa khabar berita selepas tamat belajar.

Sama-Sama Dapat Kerja

Rezeki kami, tak lama menganggur selepas grad, kami mendapat kerja. Aku di bidang Oil & Gas dan Y pula di sebuah bank terkemuka.

Aku berkenalan dengan seorang gadis ayu bernama S. Dari awal sudah ku kenalkan kepada Y dan dia memuji S yang ayu dan lemah lembut. Beruntung katanya aku kenal dengan S. Bahkan sempat dia bergurau; kalau aku bukan kawannya mahu juga dipikatnya S. Aku hanya ketawa saja.

Percaya Pada Sahabat Sendiri, Akhirnya Isteriku Dibawa Pergi

Sekali Lagi Kecewa

Kerana kasihankan Y, aku dan S turut mengatur pertemuannya bersama rakan S bernama J. Namun ternyata J tidak menyukai Y dan ini membuatkan Y lagi kecewa.

Aku pula bertemu jodoh dengan S dan hubungan kami ke jenjang pelamin. Saat itu Y pula ambil keputusan untuk sambung belajar ke luar negara. Sejak itu kami terpisah namun saling berhubung di media sosial saja.

Dua Cahaya Mata

Empat tahun berkahwin, aku dan S dikurniakan cahaya mata kembar, dua-dua lelaki. Atas persetujuan bersama, kami tangguhkan dahulu untuk menimbang cahaya mata seterusnya kerana hendak fokus pada si kembar.

Ads

Lebih-lebih lagi keduanya memang lasak. Aku pula ditugaskan mengendalikan satu projek di sebuah negeri di utara tanah air. Kiranya aku terpaksa berpisah dengan anak isteri di ibu negara. Setiap seminggu atau dua minggu aku pulang menjengok mereka.

Kadangkala aku kasihan melihatkan isteri menguruskan anak-anak sendirian namun itulah pengorbanan yang kami kena lakukan untuk hidup lebih selesa.

Baca artikel menarik lain di sini:

Dengar SUARA Setiap Hari, Itu Ubat TENANG Suami Isteri Jarak Jauh

Suami Izinkan Isteri ‘Pasang Badan’, Tapi Akhirnya Curang Dengan Lelaki Lain!

Pasangan Pernah Curang, Macam Mana Nak Kembalikan Kepercayaan Yang Hilang?

Berjumpa Kembali

Empat tahun di luar negara, Y akhirnya kembali. Aku sangat gembira bila dia menghubungiku semula dan kami berjumpa. Memandangkan dia kini tinggal di ibu negara bahkan daerah sama dengan isteri dan anak-anakku, aku minta dia tengokkan keluargaku. Dari sinilah sebenarnya aku telah membuat kesilapan besar.

Ads

Percaya Pada Kawan Dan Isteri

Mungkin kerana aku bukan jenis yang cemburu buta dan sangat percaya pada kawan baik dan isteri, aku tak pernah cemburu bila S beritahu Y datang bawa anak-anak keluar. Bagiku, sekurang-kurangnya dia buat anak-anakku gembira bila aku kena kerja.

Bila kereta isteriku rosak, Y sanggup datang ambil isteri ke tempat kerja walau pun rumahnya kira-kira 40 minit dari rumahku. Apabila isteri beritahu, aku tak rasa apa-apa bahkan rasa gembira kerana ada yang sudi tolong isteriku.

Terlalu Percaya Hingga ‘Buta’ Kebenaran

Kalau ditanya, aku sendiri tak sangka bagaimana hubungan terlarang antara Y dan S bermula. Apakah kerana mereka saling ada saat susah membuatkan mereka rapat? Apakah S rasa sunyi kerana aku jauh dan tak ada di sisi saat dia susah dan penat? Y pula, apakah dia ingin membina kebahagiaan dengan keluarga yang aku miliki?

Tiada yang pelik bila aku balik ke rumah. Malah sering kali Y aku pelawa datang ke rumah untuk makan. Tapi lama kelamaan aku perasan anak-anak mula panggil Y ‘Papa Y’ sedangkan sebelum itu dipanggil ‘uncle Y’. Isteri pula akan berhias cantik bila Y datang. Bahkan beria-ia masak makanan kegemaran Y.

Dibongkarkan Oleh Adik S

Aku percaya, bila kita benar-benar setia dan jujur, Allah akan tunjukkan kebenarannya pada kita. Hubungan S dan Y dibongkarkan oleh adik kandung S sendiri. Dia sering kali ke rumahku bila perlu bekerja di ibu negara.

Waktu bersemuka denganku, dia memang serba salah namun dia kata tak sanggup lagi lihat aku ditipu dan dia sendiri tak bersetuju dengan apa yang kakaknya lakukan. Bila dapat tahu, aku terus ajak Y datang ke rumah. Aku jemput juga mak ayahku dan mak ayah mentua. Aku nak semua jadi saksi.

Ads

Talak Satu untuk S

Memang benar, Y mengaku dia mecintai S dan sanggup mengahwini S jika aku lepaskannya. Katanya memang sejak aku dan S bercinta dia sebenarnya ada simpan rasa suka pada S.

Ku pandang S dan kulihat tiada riak sedih, hanya ada sedikit ketakutan dan kekesalan kerana rahsianya terbongkar. Ku harapkan aku akan dapat lihat S menangis memohon maaf padaku, namun ternyata tidak. Dia memohon maaf namun dia minta dirinya dilepaskan. Ternyata cinta telah menggaburi mata S.

Hati Ini Kecewanya Tak Tergambar Dengan Kata-Kata

Pedih memang pedih. Sakit hati memang sakit. Hanya Tuhan yang tahu apa yang ku rasa. Tapi, apa gunanya aku teruskan perkahwinan bila aku tiada lagi di hati isteri yang selama ini ku sayang? Daripada menanggung dosa, biarlah ku lepaskan dia untuk mencari bahagia yang dikejarnya. Syaratku, biar anak-anak bersamaku.

Sudah dua tahu berlalu namun terasa umpama semalam peristiwa itu terjadi. Sebaik tamat edah, S berkahwin dengan Y. Aku? Masih tak mampu mengubat luka dikhianati oleh dua orang yang paling aku percaya. Biarlah masa yang menentukan. Bahagiaku ini bersama anak-anak yang makin membesar. Cukuplah mereka menyayangiku seikhlas hati.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI