perangai isteri

Buat suami yang suka buat keputusan last minute, anda patut selami beberapa jenis perangai isteri sebelum bagi cadangan nak pulang ke kampung. Kalau silap gaya, boleh jadi isteri buat muka!

Haaa… dah kenapa tetiba ajak balik kampung pun isteri nak marah? Jawapannya ada dalam perkongsian Pak Utih ini, jadi mohon suami siap sedia sebelum memandai buat keputusan nak balik kampung.

Ini 1001 Perangai Isteri

“JOM SIAP BALIK KAMPONG”. Isteri, “Uhhh!!!!”

Wahai suami, jika perasaan dan hatimu pada masa itu terasa sangat nak balik kampung kerana rindu pada ibu dan ayah, jangan terburu-buru suruh isteri bersiap.

Kalau suami ajak isteri last minit pergi shopping, ok je dia. Janji Abang bayar semua.

IKLAN

Jika suami tetiba je ajak isteri tengok wayang, tidak masalah bagi dia. Pakai baju tidur pun dia boleh pergi.

Ini nak balik ke rumah mertuanya. Nak berjumpa dengan ibu mertuanya.

Orang yang dia berkongsi kasih sayang suaminya.
Manusia yang rasa curiga sama ada anak lelaki ini bahagia atau tidak hidup dengannya.
Seseorang yang sentiasa jeling-jeling kat dia semasa dia memakai pakaian atau asesori baru kat tangan dan leher.

IKLAN

Mestilah ada perancangan yang rapi sebagaimana pihak Jabatannya menjemput VVIP datang merasmikan Majlis Tahunan Jabatannya. Nanti jatuhlah maruah dan standard Jabatan jika sambutan ada cacat celanya.

Kaum lelaki ni, bila terasa nak balik je.. Terus ajak balik. Sabarrrrr.

Tip Kalau Nak Ajar Isteri Balik Kampung

1. Sebaik-baiknya buat perancangan tahunan. Bila nak balik ke kampung. Agar isteri tadi boleh buat persiapan awal.

IKLAN

2. Persiapan yang perlu dia buat itu mengambil masa paling minimum 1 minggu. Dia bukan saja bincang dengan suami, tetapi akan juga mendapatkan pandangan daripada kawan-kawan sepejabatnya dan ada juga minta komen daripada kawan-kawan FBnya.

3. Isteri kena fikirkan, bagaimana keadaan rumah ini untuk ditinggalkan selama 2 hari. Apa bekalan yang mesti dibawa dalam perjalanan terutama yang ada anak. Apa hadiah nak diberikan sebagai buah tangan kepada ibu dan ayah. Apa peralatan yang perlu dibawa yang tiada di dalam bilik di rumah di kampong itu. Apa cara yang perlu dilayan ibu dan ayah mertua selama dua hari itu nanti. Apa pakaian yang perlu dia pakaian selama 2 hari nanti. Macam-macam lagi hingga tak habis kertas ini jika nak difikirkan.

Jadi kalau nak ajak isteri pulang ke kampong rumah suami. Mesti dapatkan restu isteri dahulu.

Selamat bersyura suami isteri!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI