Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu. Sehingga, ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Ditebak kepada selebriti popular Ayda Jebat tentang penyakit ain, dirinya akui dan tersedar penyakit ain itu benar-benar wujud apabila anaknya akan meragam setiap kali dirinya memuat naik video di media sosial.
Pada awalnya Ayda tidak menyedari hal tersebut namun apabila kerap berlaku dirinya terfikir tentang kewujudan penyakit ain.
Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1.
Penyakit Ain, Ayda Jebat Akui Setiap Kali Muat Naik Video Anak Akan Meragam
Sewaktu ditemubual baru-baru ini, Ayda menerangkan setiap kali memuat naik video di media sosial anak-anaknya pasti akan meragam.
“Kalau fasal penyakit ain dulu saya tak tahu sangat. Bila baca dan imbas kembali, setiap kali muat naik video anak saya contohnya Nayla, orang komen, malam nanti atau esok dia akan buat perangai (meragam).
“Sampai kita tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu dengar cakap. Dia akan berlawan dengan apa orang cakap.
“Saya sampai cakap dengan Nabil (suami), saya baru perasan orang cakap ada penyakit ain. Setiap kali muat naik fasal Nayla, pasti ada je ragam dia,” ungkap Ayda.
Ads
Tak Letak Batasan, Anak-Anak Terlibat Dalam Kempen
Ayda juga akui dirinya tidak boleh mengehadkan muat naik hantaran mengenai anak-anak kerana mereka juga terlibat dalam sesetengah kempen.
“Bukan perlu berjaga-jaga. Nak buat macam mana, kita bekerja dan anak-anak terlibat dalam kempen.
“Nak bataskan pun susah sebab ada benda yang kita perlu muat naik untuk kempen tapi dalam masa sama berjaga-jaga.
“Bagi saya memang betul (penyakit ain). Kepada selebriti yang tidak mahu tayang anak takut penyakit ain, memang benar. Ini bukan cerita bohong,” sambungnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu tolak stroller anak autisme beli roti jam 3 pagi kini koma, suami isteri mangsa langgar lari.Baru ini viral di media sosial seorang penghantar makanan, @nxjmxe yang berkongsi terserempak dengan seorang ibu berjalan sambil menolak anak autisme yang duduk di dalam kereta sorong bayi pada jam 3 pagi.
Dalam keheningan pagi, Muhammad Najmi dia terserempak dengan ibu ini ketika menghantar pesanan pelanggan dari Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh ke Tasik Biru Kundang, Rawang pada 21 Januari lalu.
Ibu Tolak Anak Autisme Beli Roti Jam 3 Pagi Kini Koma
Katanya wanita itu tinggal di Kampung Setia dan keluar ke kedai mencari roti buat anak tapi malangnya roti yang dicari tiada. Dirinya memaklumkan yang anaknya hanya makan roti vanilla dan stok roti di rumah sudah habis.
Melihat situasi itu, dia menawarkan diri membelikan roti di sebuah kedai serbaneka berhampiran. Selepas beli roti, saya berikan kepada wanita itu dan kami sempat bersembang sebelum saya meneruskan perjalanan manakala dia pulang ke rumah dengan anaknya.
Semalam berlaku satu peristiwa menyedihkan di mana adik kepada wanita ini memaklumkan yang kakaknya terlibat kemalangan jalan raya bersama suami dan anak OKUnya itu.
Sangat menyedihkan pasangan suami isteri itu kini koma selepas terlibat kemalangan langgar lari sementara anak OKU mereka dalam keadaan stabil.
Dalam menjawab komen dari pembaca, Syarifah Maziatul Syed Mansor memaklumkan abang iparnya belum sedarkan diri lagi kerana ada pendarahan dalam otak sementara situasi terkini kakaknya yang juga tidak sedarkan diri tidak dinyatakan.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak melompat gembira ibu dibebaskan, Eda Ezrin pulang selepas 9 bulan ditahan. Dua anak kepada penyanyi dikir barat moden Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail melompat kegembiraan sebaik mengetahui ibunya akan dibebaskan hari ini.
Anak Melompat Gembira Ibu Dibebaskan, Eda Ezrin Pulang Selepas 9 Bulan Ditahan
Menurut bapanya, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, cucu-cucunya yang berusia lima dan sembilan tahun begitu gembira selepas dimaklumkan bahawa ibu mereka telah dibebaskan dan akan kembali ke pangkuan keluarga.
Keluarga Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan yang lain mula berkumpul di luar perkarangan Balai Polis Sungai Golok. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
“Semalam sebaik dua cucu pulang dari sekolah, saya memaklumkan kepada mereka bahawa ibunya sudah dibebaskan dan mereka dapat berjumpa dengan ibu hari ini.
“Ternyata dua anak Eda begitu gembira dan melompat keriangan kerana sudah terlalu lama memendam rindu untuk bersama ibu mereka.
“Namun pagi tadi dua beradik berkenaan masih pergi ke sekolah dan mereka akan datang ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang petang ini untuk menyambut kepulangan ibunya,” katanya.
Semalam, media melaporkan bahawa Eda Ezrin bersama lima individu lain, termasuk suaminya, telah dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat, Thailand, selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Pembebasan itu dibuat susulan kegagalan pihak pendakwa raya Thailand untuk mengemukakan saksi dan bukti bagi merayu kes tersebut, sekali gus membawa kepada keputusan mahkamah membebaskan mereka.
Terdahulu pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35, telah didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil Yaba serta penggunaan dadah.
Namun pada 6 Mac, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan berkaitan pemilikan dadah tersebut.
Pembebasan ini tentunya membawa kelegaan kepada keluarga dan para peminat Eda Ezrin yang selama ini menanti penuh harapan agar penyanyi itu dapat kembali bersama anak-anak dan keluarganya.
Setiap individu pasti akan melalui fasa penuaan apabila tiba waktunya. Namun perkara tersebut tidak sama dilalui oleh wanita ini, yang kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar.
Tak terbayang perasaan apabila menghadapi keadaan sebegini. Walaupun usia masih muda, tapi keadaan fizikal tua, mengalami kulit kendur, berminyak dan sendi otot lemah.
Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS)
Seorang model kelihatan lebih tua daripada usianya apabila kulitnya kendur akibat menghidapi penyakit Dermatosparaxis Ehlers-Danlos Syndrome (EDS).
Meskipun terkejut dengan perubahan drastik kulitnya, Sara Geurts, 28, tidak menjadikan penyakitnya halangan untuk menjadi seorang model dua tahun lalu.Gadis dari Minneapolis, Minnesota memiliki kulit yang lembut, kendur, berminyak selain sendi ototnya lemah akibat penyakit itu.
Memulakan kerjayanya pada 2017, Sara memberitahu, dia sentiasa positif dan sering memuat naik gambarnya di media sosial hingga mendapat perhatian netizen.
Kesihatan Merosot
Sara kini memiliki peminatnya tersendiri dan hampir 80,000 pengikut di Instagram miliknya. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, kesihatannya Sara semakin merosot.
“Saya tidak lalu makan hingga hilang berat badan kira-kira enam kilogram. Ramai kenalan mengambil berat tentang saya. Mereka risau melihat saya kurus,” katanya mengetahui penyakit itu ketika usia 17 tahun.
Katanya, ketika berada di sekolah, dia sedaya upaya menyembunyikan perubahan drastik anggota badannya dan mengelakkan dari menjadi mangsa buli.
“Saya tidak mahu rakan tahu penyakit saya dan tidak berminat untuk memberitahunya.
“Namun ketika usia 22 tahun, saya mula sedar sampai bila saya perlu sembunyikan penyakit ini, hinggalah pada tahun 2015, saya memuat naik gambar di ‘Tumblr Page’ ‘Love Your Lines’.
“Maklum balas sangat luar biasa dan lebih 25,000 individu menyukainya,” katanya.
MW: Kasihannya, namun kagum dengan semangat wanita ini.Tetap yakin dan positif dalam menghadapi kekurangan diri.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!