Tiada siapa menyangka apa akan berlaku dalam hidupnya, kali ini seorang penuntut wanita IPTS di Kuala Lumpur juga menjadi mangsa keenam terkorban dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2), dekat Bukit Besi selepas pulang dari perhimpunan RXZ Members 8.0.
Penuntut Wanita IPTS Mangsa Keenam RXZ Members 8.0


Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Arissa Shazzira Zainudin, 21, yang beralamat di Taman Bukit Goh Perdana, Kuantan, Pahang.
Pihak polis menerima makluman daripada orang awam berhubung insiden kemalangan jalan raya berkenaan jam 5.10 petang.
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa.
Kedua-dua kenderaan berkenaan datang dari arah yang sama iaitu dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Program RXZ Members 8.0.
Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dimana pemandu pacuan empat roda menuju ke Ampang, Selangor manakala penunggang motosikal berkenaan menghala ke Kuantan, Pahang.
Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton itu berhenti di lorong kecemasan untuk berehat.
Bagaimanapun, motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggangi mangsa tiba-tiba datang dari arah belakang lalu melanggar bahagian belakang kenderaan berkenaan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa telah tercampak ke tengah-tengah jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Salam takziah buah ahli keluarga mangsa, berat ujian yang Allah kirimkan. Namun sudah tertulis ajalnya begitu, semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya kepada Allahyarhamah, melapangkan kuburnya, serta menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.