Pasti ramai yang menggemari laksa tak kira laksa Johor, laksa Kedah, laksa Kelantan, laksa Sarawak dan sebagainya lagi. Setiap satu memiliki keunikan rasa yang tersendiri. Ada yang rasa lemak, ada juga yang rasa masam.
Malah kini, pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan laksa termasuklah hidangan ala barat. Yang penting, perlu kreatif ye..
Kali ini, Mingguan Wanita Talkshow telah memilih topik tentang laksa, antara makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Dikongsikan dua resipi laksa istimewa hasil air tangan Chef Nakhaee Issa iaitu Laksa Johor dan Laksa Aglio Olio. Jangan lupa cuba ye, gerenti sedap!

Laksa Johor
Bahan-bahan:
Pasta/Spageti
Ikan kembung/ikan selayang/ikan sardin
Air rebusan ikan dan tulang ikan yang dikisar – tapis
Udang kering
Santan pekat
Asam keping
Kerisik
Daun kesum
Bunga kantan
Serai
Garam
Minyak
Bahan kisar:
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Cili merah
Cili kering
Bahan Rencah:
Timun
Bunga kantan
Bawang merah
Tauge putih
Cili merah
Limau kasturi
Telur rebus
Bahan Sambal ( kisar):
Cili merah
Cili padi merah
Belacan bakar
Air perahan limau kasturi
Cara Membuat:
- Untuk sambal, kisar semua bahan hingga hancur dan sebati. Ketepikan.
- Untuk menyediakan kuah, panaskan minyak, tumis bawang merah, halia, lengkuas yang dikisar, diikuti rempah kari. Tumis hingga garing dan wangi.
- Masukkan pula pes udang kering yang telah ditumbuk. Tumis lagi.
- Masukkan cili kering dan cili hidup merah yang dikisar. Cili hidup merah itu adalah untuk memaniskan lagi rasa kuah.
- Masukkan isi ikan kembung rebus yang telah direbus bersama asam keping dan garam.
- Masukkan pula air rebusan ikan kembung.
- Masukkan asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
- Perasakan dengam garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan kerisik.
- Biarkan mereneh seketika. Tutup api.
- Untuk menghidang; masukkan spageti ke dalam pinggan, tuang kuah. Hiaskan dengan bahan rencah lain seperti hirisan timun, bunga kantan dan sebagainya.
- Letakkan sedikit sambal di atasnya. Sedia dinikmati.


Laksa Aglio Olio
Bahan-bahan:
Laksa licin
Udang – bersihkan, rebus
Bawang putih – cencang
Cili merah – racik
Cili padi – racik
Daun selasih/basil -racik
Daun pasli – racik
Tomato ceri – belah dua
Keju parmesan
Garam
Bahan perasa
Minyak zaitun
Cara Membuat:
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih, cili merah dan cili padi.
- Masukkan pula tomato ceri dan tumis lagi.
- Masukkan udang, diikuti daun parsli dan selasih.
- Setelah itu masukkan air rebusan udang.
- Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
- Masukkan laksa dan gaul. Biarkan ia masak.
- Untuk menghidang; masukkan ke dalam pinggan, tabur sedikit daun parsli di atasnya.
- Akhir sekali, tabur keju parmesan di atasnya. Sedia dinikmati.
Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini bersama pengacara, Kak Engku.
#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121