
Pengasuh Cubit Bayi
Tergamaknya pengasuh cubit bayi perempuan sampai lebam, berani dia buat anak begitu ya! Padahnya, dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Apa yang mengejutkan, pengasuh itu didapati mencederakan bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan dengan cara mencubit kemaluannya sehingga lebam, tahun lalu.
Majistret Uthman Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh Masmariati Samsudin, 44, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dan fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap bayi perempuan berusia setahun sembilan bulan di sebuah rumah di Jalan Desa Taming Sari 3, Sungai Udang, di sini, pada 13 Februari 2025.
Mengikut fakta kes, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa mengambil anaknya dari rumah pengasuh kira-kira pukul 7 malam pada hari kejadian sebelum mendapati terdapat kesan lebam pada bayi berkenaan.
Apa pun, mak ayah kena beringat bila hantar anak rumah pengasuh. Sebaiknya check tubuh badan anak setiap kali balik ambil anak. Semoga apa yang berlaku ini beri pengajaran kepada semua pihak.
sumber: Kosmo!