Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.
Mangsa, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius selepas motosikal jenis Kawasaki Z1000 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang membelok.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris memaklumkan, insiden berlaku sekitar jam 10.40 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Besut.
“Siasatan mendapati kereta berkenaan sedang membelok ke simpang kanan selepas memberi isyarat, namun mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang dipercayai cuba memotong tetapi tidak sempat kerana jarak terlalu dekat.
“Motosikal mangsa melanggar bahagian pintu pemandu kereta berkenaan sebelum mangsa terjatuh. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Difahamkan, mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga empat hari lalu.
Tambah Mohd Zain, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu Proton Iswara yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami luka di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di hospital sama.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Ibu Terkejut Anak Maut Kemalangan Malam Tadi Hantar Fatin Naik Bas, Pagi Ini Dapat Berita Dia Dah Tak Ada
Penghantar Makanan Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Niat Bantu Mangsa Kemalangan Berakhir Tragedi
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE