Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, dalam perjalanan urusan ziarah Arwah Nurly Sahirah. Hajat seorang pengantin baharu untuk menyantuni keluarga Allahyarham Nurly Sahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik bulan lalu tidak kesampaian apabila dia sendiri maut dalam kemalangan di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, pagi Rabu.

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Menurut adiknya, Wan Zainul Abidin Wan Abdul Halim, 33, abangnya, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, dalam perjalanan ke Besut bagi bertemu sekumpulan penunggang motosikal dari Kedah untuk merancang lawatan ke rumah keluarga Allahyarham Nurly Sahirah.

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

“Mereka dah janji nak berjumpa di Besut. Niat nak berbincang tentang ziarah keluarga arwah Nurly. Tak sangka abang pula yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara, malam tadi.

Tambahnya, arwah yang tinggal di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Jumaat lepas, bersamaan 1 Muharam, dan merancang mengadakan majlis kesyukuran pada September akan datang.

“Dia pernah cakap nak buat kenduri kesyukuran perkahwinan, nak raikan sekali bersama ahli keluarga, tapi semuanya hanya tinggal kenangan,” ujarnya.

Ads

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Nazirah Wan Pauzi, 37, serta tiga anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu berusia antara 9 hingga 13 tahun yang masih bersekolah di SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS1).

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Arwah juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Tekukur, selain dikenali sebagai seorang hafiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran serta aktif dalam misi kebajikan termasuk membaik pulih pondok di Thailand dan program khatan serta ibadah korban.

Ads

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Solat jenazah Allahyarham Wan Hasbullah diadakan di Masjid Khalifah, Kuala Terengganu malam tadi dan dihadiri lebih 2,000 jemaah sebelum jenazah dikebumikan sekitar jam 10 malam.

Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah

Ads

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi semalam, arwah maut selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke simpang kanan.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Rempuh Proton Saga

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI