Sudah tentu, sebagai seorang ibu tatkala hamil mengharapkan anak yang dikandung sentiasa selamat di dalam kandungan sepanjang kehamilan. Perasaan teruja pasti bermain di hati setelah mengetahui diri disahkan hamil.
Namun sebagai hamba-Nya kita akur jika sudah suratan anak yang dikandung keguguran tanpa “signal”. Sebagai ibu sudah tentu kita melakukan yang terbaik dalam menjaga kandungan yang diamanahkan.
Apatah ini merupakan pengalaman pertama buat Yatt Hamzah mengalami keguguran. Perasaanya sebak tak terkata apabila mengalami keguguran anaknya yang kelima ini selepas keracunan makanan.
Ikuti perkongsian pelakon dan selebriti, yatthamzah_suci di akaun instagramnya ini:
Bismillahirrahmanirrahim…
Ads
15 September 2020, wahai anak bonda yang ke-lima. Tiada rezeki bonda untuk mendakap dan membesarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain.
Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakap mu di akhirat nanti… Allah lebih Menyayangimu. Allah lebih Mengetahui.. . Ingatkan Keracunan Sahaja, Rupanya Keguguran
Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan surah Al-Fatihah buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi (ketika posting ini ditulis). . Kenapa ada ubat cirit birit? Sebab sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pada malam sebelumnya.
Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan makanan sahaja. Rupanya ada (anak dalam kandungan) yang nak pergi tinggalkan bondanya.
Ads
. Pengalaman Pertama Keguguran, Sebak
Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat.
Ads
Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya..
MW: Semoga Yatt Hamzah tabah mengharungi ujian ini dan jaga diri sebaiknya. Insyallah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Amin.
Di penghujung kehamilan pelakon manis, Ardell Aryana pernah menyuarakan kebimbangannya menanti detik melahirkan cahaya mata sulung bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.
Malah, pernah membayangkan bagaimana kelak jika terbersalin dalam kereta atau tiba-tiba air ketuban pecah sendiri.
Malam Rabu ini, Nadzmi berkongsi posting diinstagramnya menyatakan yang isterinya, Ardell sudah pun masuk dalam wad bersalin. Sayu hati suami mengenangkan apa yang bakal dilalui isterinya itu.
Dalam pada menanti debaran anak sulung, suami Ardell sempat memohon agar mendoakan keadaan isterinya dan bayi yang bakal dilahirkan.
Doakan Isteri Saya Dan Baby Kami.. – Nadzmi
Tulisnya,
“Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam. Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya.
“Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.
Kongsi Nadzmi lagi, “Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya. Sayang awak @ardellaryana
Sebelum mengakhiri bicaranya sempat Nadzmi memberi kata-kata semangat untuk isteri. “Selamat Berjuang @ardellaryana@babyadhwardell“
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Ardell menitiskan air mata sambil ditenangkan oleh doktor. Sebagaimana yang pernah Ardell maklumkan sebelum ini.
“Secara jujurnya saya berasa takut untuk bersalin dan ya, sepanjang tempoh kehamilan saya asyik kerap berfikir dan akhirnya air mata tumpah sendiri menangis.”
Semoga Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 kuat dan perjalanan melahirkan cahaya mata sulungnya dipermudahkanNya. Amin.
Jururawat khas. Biarlah orag nak cakap apa pun, kalau kita sebagai anak berkemampuan, sudah tentu akan berikan yang terbaik untuk orang tua. Hanya mak ayah yang kita ada dunia akhirat dan tiada galang gantinya.
Bukan tidak mampu untuk menjaga tapi kekangan masa yang ada. Jadi, bila ada kemampuan, bolehlah cari jururawat khas yang tahu tentang masalah kesihatan mak kita.
Inilah yang Chef Wan lakukan. Tak kisah apa yang orang kata nak menunjuk atau sebagainya. Ibu adalah segalanya dan demi kebajikan serta sedekah untuk ibunya dia sanggup mengupah jururawat khas dengan bayaran yang boleh dikatakan agak mahal juga.
Umum ketahui bahawa ibu cef selebriti Datuk (Dr) Cef Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami dementia serta disahkan menghidap kanser payudara.
Ibu Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 tahun tinggal Bersama-sama beliau. Namun, tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga orang tua terutama apabila menguruskan bab yang berkaitan dengan kesihatan.
Di samping Chef Wan sendiri yang menjaga ibunya, beliau turut mengambil jururawat khas untuk menjaga ibunya dengan bayaran RM180/hari. Antara ungkapan Chef Wan dalam intagramnya.
Mom and her new elderly dimentia / cancer nursing girl.
She lived just next to us in Putrajaya. Orang dari Sabah with 4 years previously working in a nursing home and caring for the terminally ill patients too.
Their agent charged rm180 per day from 9am to 6pm daily. Sebulan about rm5800 to more with OT.
Biar la mereka berjinak2 dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. When the time come she can handle her well.
Buat masa ini, hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang, saya dan pembantu rumah akan jaga. Saya agak selesa bila ada jururawat khas ini untuk mandikan dia, menukar lampin, bagi sarapan, ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang.
Banyak beza nya bagi maid dan prof nurse yg tahu handle dimentia and cancer patient pun.
Tak pe la duit boleh cari ibu ada la segala galanya.
U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.
Sedekah Untuk Kesejahteraan Ibu
Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi.
Sedekah kan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri.
Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti.
Some children ada kemampuan pun mereka akan kedekut dan bergaduh sesama adik beradik nak menjaga parent mereka yang tua. Duit itu baik la guna untuk kemewahan hidup mereka masing-masing.
Mereka macamak puas dan gelojoh mengumpul segala harta dunia ini tanpa memilkir kebajikan ibu dan bapa mereka. Baca ini pun mereka benci.
Saya di kutuk dan di kata macam-macam konon nak tunjuk kan diri saya ini baik. Wall have ears….ada yang sampai balik ke telinga saya.
Saya senyum dan maaf kan sahaja mereka ini kerana belum nampak kebenaran ini semua.
Jadi Inspirasi
Tapi bila saya baca di sini ada yang kata perbuatan saya jadi satu inspirasi kepada mereka masing-masing untuk ikut my journey i smile dan rasa bersyukur sangat.
Tak banyak di dalam satu juta ada satu orang pun boleh ikut macam saya i am very happy. U can never go wrong by being kind and generous to your own parent.
Insya Allah, Allah will blessed your life and after life.
Manusia yang terasa pedas ini yangg pasti akan mencebek mulut, mengumpat dan mengata. That normal in this life. Never ambil hati ignorance is bliss!
Mingguan Wanita : Betul sangat. Biarlah orang nak cakap apa, tapi hanya kita saja yang tahu dan mahu berikan yang terbaik untuk ibu kita. Moga Chef Wan dipermudahkan dan Cik Ani cepat sembut. Amiin.
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Khamis diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pernah berkata, “dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah,” ketika ditanya oleh seorang rakan asrama berhubung dakwaan kecurian barang milik pelajar lain pada 15 Julai lalu.
Pernyataan itu dimaklumkan oleh saksi ke-19, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam prosiding inkues Zara Qairina.
Pendedahan Saksi Dalam Inkues Zara Qairina
Peguam Mohd Azhier Farhan Arisin berkata, saksi berkenaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan Zara Qairina hanya kenalan biasa kerana tinggal di bilik asrama bersebelahan.
“Saksi menyatakan bahawa pada malam 15 Julai 2025, kira-kira jam 9 malam, rakan sebiliknya datang memaklumkan bahawa dompet yang mengandungi wang tunai dan kad pengenalan telah hilang.
“Rakan sebilik itu turut menyatakan syak terhadap Zara sebagai individu yang mengambil barang tersebut. Ketika Zara datang berjumpa dengannya, saksi bertanya sama ada dia tahu mengenai kehilangan dompet berkenaan,” katanya semasa prosiding inkues Zara Qairina.
Kenyataan Zara Qairina Sebelum Tragedi
Menurut Mohd Azhier, saksi menyatakan bahawa Zara menjawab “tahu” dan menafikan dia mencuri barang berkenaan.
“Saksi memintanya bersumpah dan Zara berkata, ‘Wallahi, saya tidak ambil barang tersebut’. Zara turut menambah, ‘dulu ja saya buat benda tu tapi sekarang saya berubah’,” katanya.
Tambah beliau, selepas perbualan itu, saksi tidak lagi bertanya apa-apa kepada Zara dan hanya berbual dengan rakan lain di asrama.
Situasi Ketika Malam Kejadian
“Saksi menegaskan bahawa dia tidak memarahi Zara semasa pertemuan itu, sebaliknya hanya bertanya dengan nada biasa sebelum menyuruh Zara pulang ke biliknya sendiri.
“Saksi turut melihat pelajar lain datang dan bertanya kepada Zara tentang kehilangan barang berkenaan. Salah seorang pelajar berkata, ‘kau mengaku saja kalau kau yang ambil, kami tidak marah juga,’ namun Zara tidak mengaku,” jelasnya.
Menurut peguam, saksi memaklumkan bahawa selepas perbualan tersebut, dia tidak lagi mencampuri urusan antara Zara dan pelajar lain yang terlibat.
Reaksi Zara Qairina Menurut Saksi
“Saksi memberitahu mahkamah bahawa reaksi Zara kelihatan normal dan dia menjawab dengan tenang. Lima minit kemudian, semua pelajar kembali ke bilik masing-masing.
“Saksi juga menyatakan bahawa dia tidak melihat Zara dalam keadaan tertekan atau menangis selepas pertemuan itu,” katanya.
Peguam Dan Perkembangan Inkues
Peguam Mohd Azhier bersama pasukannya — Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan — mewakili empat daripada lima remaja yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina.
Mereka hadir sebagai pihak berkepentingan dalam prosiding yang kini memasuki hari ke-20.
Latar Belakang Tragedi Zara Qairina
Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
Prosiding inkues Zara Qairina dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian pelajar berusia 13 tahun itu yang menggemparkan seluruh negara.
Kemalangan pikap polis Perlis mengakibatkan seorang pemuda maut selepas dirempuh. Keluarga kini menuntut keadilan. Baca laporan penuh perkembangan kes.